Kenapa Aku Yang Disalahkan?

Assalamualaikum. Straight to the point saja. Hati ni luluh hanya Tuhan yang tahu.

Aku seorang pesakit depresi. Tapi aku dihentam beramai-ramai oleh orang-orang yang turut pesakit depresi disebabkan aku menasihati mereka dengan nasihat agama. Padahal, mereka salah faham dengan apa yang aku nak sampaikan. Siap kena sumpah. Gelak beramai-ramai mengejek aku. Kenapa?

Mereka cakap aku judgemental. Mereka cakap aku tak memahami. Mereka cakap aku tak faham apa yang mereka rasa. Padahal aku pun pernah rasa benda-benda tu semua. Aku pun rasa sakit. Dengan takut nak bersosial, dengan masalah family, dengan tak ada sokongan di sana sini. Pernah disisih, dipulau, ditolak kepala, disalahkan tanpa sebab. Macam macam lagi. Cukup buat aku rasa sakit.

Siapa yang tahu berapa kali tangan ni dihiris? Siapa yang tahu yang air mata ni dah tak mampu nak mengalir lagi? Siapa yang tahu entah berapa kali kita berdiri dekat bangunan tinggi, nak terjun dan tamatkan riwayat hidup ni? Aku tanya, siapa yang tahuu?

Tujuan aku post, nasihat pasal agama, sebab aku nak mengajak kita kembali memahami fitrah, dan cuba untuk terus bertaqwa kepada Allah. Bukan bermakna kita Islam kita tak perlu lagi mencari hidayah. Bukan bermakna kita dah cukup solat, puasa, mengaji dan syahadah kita tak payah minta petunjuk pada Allah. Kenapa aku yang disalahkan bila aku nak kita semua cuba bertenang dan muhasabah?

Aku kata lihat rohani. Mereka maki. Langsung tiada niat aku untuk judge orang tak ada iman, atau lemah iman. Aku tak kata weyyhhh iman ko lemah sebab tu ko depress. Langsung tidak! Tapi aku boleh mengaku yang kita semua manusia berdosa, iman tu naik dan turun, sebab tu aku ajak mereka untuk cuba menyelami bersama-sama ketenangan yang ada dalam Islam.

Ini ayat yang buat mereka terlalu marah

‘Lihat juga apa yg kita lakukan setiap hari. Aurat kita, terjaga betul ke tidak? Mulut kita, suka mencarut tiap² hari? Solat kita, cepat sangat maybe? Sunnah nabi, kita ikut sebaiknya? Jangan kita tolak ayat Al Quran ‘hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang’ kerana sakit yang kita hadap. Allah yang memberi sakit, Allah juga berhak menariknya kembali. Dan Allah lah sebaik² tempat kembali.’

Ingat, aku juga pesakit depresi. Aku juga melalui hari hari yang menyakitkan. Aku juga pernah merasai lemah dan putus asa dalam hidup. Aku juga seperti kalian! Dan aku nak kita semua sembuh. Aku nak kita tenang. Dan hidup dengan senang seperti orang lain yang tak ada masalah kemurungan.

Tapi, kenapa aku yang disalahkan?

– Miss PJ

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *