Kenapa Berat Asyik Turun Ni?

Assalamualaikum. Disebabkan ada org pernah confess betapa dia terasa hati dikutuk sbb kurus. Alah, kita sama lah.

Aku pun alami perkara yang sama. Actually, aku pun taktau camne aku boleh jadi kurus sampai macam ni. Dulu aku berisi wehhhh (utk yang pendek mcm aku). Lepas sekolah, berat aku naik sikit sikit sampai lah masuk u berat aku almost 49kg dgn ketinggian 148cm. Semua org tegur aku makin berisi sampai lah habis sem 3 aku dapat rasa yang aku makin kurus. First weight loss aku experience, dalam 5kg sebab aku ada frust bercintan kut. Lepas tu aku dah move on lah kan(takguna semua tu hahaha) so aku gain semula tapi 3kg je mampu.

Okay lepastu berat aku makin susut. Aku jenis yang tak berpantang pun makan. Mmg pantang nampak makanan. Yelah aku bukannya gemuk sangat pun nak diet, berat ideal. Tapi makin hari berat makin turun sampai aku 3rd year. Aku start susah hati lah sebab berat aku dah tinggal 44kg. Aku teruskan hidup mcm biasa, selera pun makin besar gak lah. Aku kalau lepas makan banyak, eksaited gila nak timbang berat sbb nak pastikan naik berat ni. Tapi setiap kali aku timbang, berat aku mesti makin turun. Serious aku taktau kenapa. And last alu timbang berat lepas raya yang aku expect berat aku naik sbb melantak banyak gila masa raya. 2nd day raya aku timbang, berat aku 41kg and minggu kedua raya aku timbang berat aku 39kg wehhhh. Terkejut beruk aku sendiri punya berat turun sampai ada nombor 3 kat depan! Mana taknya, masa bulan puasa aku punya lah nak maintain berat so aku ambik protein drink kuttt. Bukan setakat gak maintain, malah turun lagi 2kg. Down jugak rasa bila sampai tahap ada nombor 3 kat depan. Dah underweight dan aku taktau apa puncanya.

Jadi para doktor ke pakar apa ke kat sini please lah suggest kan apa patut aku buat. Cara apa lagi yg boleh naikkan berat ni. Sbb aku dah jumpa doktor and buat checkup, hasilnya dia cakap aku normal je. Kadang stress jugak lah bila terfikir. Sbb susah jugak kurus sgt ni, skirt labuh aku semua longgar sampai tahap kena gulung getah di pinggang. Pakai baju saiz S aku rasa mcm pakai saiz L dah. Now aku takut nak check berat sbb takut makin turun dan buat aku stress hahaha.

Kalau org lain nak tips kurus, aku pulak nak tips supaya berat aku ideal semula. Bukan tak bersyukur, ni demi kesihatan aku jugak sbb now aku takleh buat kerja berat sgt sebab cepat rasa penat. Kpd yang nak kurus, perbetulkan niat kenapa anda nak kurus. Contohnya kurus sbb nak mudahkan buat ibadah, senang nak duduk bangun masa solat etc. Jangan ingat nak kurus sbb boleh pakai lawa2. Pastu dah kurus, pakai ketat melekat. Kang gemuk semula baru kau tauuuu. Haha. Bersyukur keh!

– emin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit