Kenapa Dia Tak Nak Bagi Aku Nafkah Ya?

Assalamualaikum semua. Nama aku Bunga, berusia 30an. Ada sorang suami, dua anak, dan sudah 7 tahun di alam perkahwinan.

Aku bekerja dan ada sedikit bisnes online. Kalau ada order, perbelanjaan harian, makan makan kami anak beranak agak mewah. Mewah untuk b40 sahaja. Harapkan gaji cukup cukup bayar hutang je.

Suami aku pun kerja dari basic 1k naik 1.3k, naik RM1.8k dan terbaru naik RM1.9k.

Gaji aku juga 1.8k sahaja selama 7 tahun lebih bekerja disini. Aku bertahan sebab banyak kemudahan dari segi kelonggaran masa kat sini.

Dari mula kahwin sampai lah sekarang boleh kira dengan jari je berapa kali dia bagi aku nafkah duit. Kadang sampai bergaduh sebab aku mintak.

Ni pun bergaduh lagi sebab haritu dia seronok dapat naik gaji aku cakap boleh la bagi aku nafkah tiap bulan lepas ni dan dia cakap okay.

Tapi bila gaji masuk senyap je. Salah ke kalau aku terasa?

Bayaran dan perbelanjaan rumah dikongsi bersama, kerja rumah dan urusan anak anak lebih pada aku.

Jadi salah ke aku nak merasa jadi seorang isteri yang diberi nafkah oleh suami?

Aku tak mintak banyak pun, RM50 sebulan tetap pun jadi la. Tapi aku pelik dia sentiasa tak berduit. Sedangkan dia selalu OT balik malam.

Dia tak keluar lepak, dia takde beli apa apa pun tapi aku taktahu kenapa dia asyik takde duit. Nak kata dia menyimpan pun takde.

Memang Tak ada. Yang ni aku pasti.

Aku bukan jenis kedekut dengan suami, family suami, aku ada duit aku belanja sama rata. Bayar makan beratus ratus pun aku tak kisah kalau order aku lebat.

Setiap pagi sebelum hantar anak sekolah kalau aku tak sempat masak aku akan beli sebab sekolah anak tak sediakan makanan. Aku tak pernah mintak duit dia.

Barang dapur dalam sebulan ada la dia beli sekali tu pun ayam sekor, ikan sikit yang basic basic je. Mana tak cukup aku topup beli sendiri.

Kadang teringin nak makan udang ketam sotong aku beli je kalau aku berduit takde pun aku berkira.

Keluar jalan jalan aku bagi duit minyak, aku belanja makan. Dia pun ada juga belanja makan dan isi minyak tapi lebihnya aku.

Aku tak kisah sebab aku anggap rezeki order yang aku dapat ni rezeki suami dan anak anak aku juga yang Allah kirimkan melalui aku.

Tapi bila setiap kali dia gaji sikit pun takde hulur dekat aku aku rasa macam perkahwinan aku ni cuma perkongsian macam housemate ke?

Kau bayar tu aku bayar ni, kau kau, aku aku. Macam tu ke?

Takde ke terdetik dalam hati dia asingkan sikit amount untuk bagi kat isteri dia ni? Perbelanjaan untuk aku ni takde ke dalam list dia? Sedihnya..

Ni gaduh dia tak nak bercakap dengan aku, campak beg duit sebab aku tanya kata haritu gaji naik nak bagi orang duit ni takde pun, duit mengaji anak tak bagi duit transport anak tak bagi.

Dia boleh marah marah lepastu campak beg duit dia cakap duit aku ada banyak ni je lagi. Entahlaa…

– Bunga layu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *