Kenapa Nak Sedekah?

Kenapa Nak Sedekah?

Sebenarnya bila fikir logik, kalau kita ada RM10 then bagi kat orang rm2 semestinya akan tinggal rm8 kan ? So buat apa bagi (sedekah) kalau hanya membuatkan duit berkurang ..

Lagi lagi dh hujung bulan. Pergh penat betul nak argue dgn konflik dalaman ni..haha.. Hati suruh beri, otak kata nanti mati kalau perut tak isi. Tapi sebenarnya masa ni lah Allah tengah uji kita.. Satu, sebab Allah nk tgk mcm mana sebenarnya kita bila kita tak ada apa apa. Betul, masa tgh banyak duit haritu kita boleh je beri sedekah, tapi bila susah pulak apakah kita butakan mata dgn kesusahan orang lain dan buat2 tak nampak je ? Fikir balik.. sebenarnya Allah nak uji sejauh mana istiqamahnya hamba Dia.. Dua, Allah nak tengok macam mana kita urus rezeki yg Dia bg.. lagi2 time pokai, macam mana kau uruskan baki rm10 dlm wallet tu ? Mungkin dgn ujian ni, Dia nak bagi kau rm100 tp Dia nk tgk dulu macam mana kau uruskan rm10 tu. Kalau rm10 tak dapat urus dgn baik, mcm mana nk urus rm100. Kan? Hehe

Disini aku nak share sedikit sebanyak keajaiban bersedekah yg berlaku kat aku sendiri.. aku alami masa semester ni..

1. Baki gaji bulan lepas sebelum berhenti keje utk masuk blajar. Ada la dapat sikit.. Rm50 je.. and aku betul2 nk pakai duit time tu. Tp once duit masuk, aku terlintas pasal mak kat umah .. aku tpikir, apakata hulur kat mak je boleh la mak masak sedap sikit utk adik2.. then aku tutup mata trus offer kat mak. Macam biasa, mak tolak dgn seribu alasan haha.. tapi faham2 la orang tua kan.. and takpe. Aku mmg dh btul2 nk bagi kan so aku guna duit tu utk beli susu kat adik aku yg kecik.

And what happened next Wallahi lepas tu aku terkejut tahap perasaan dapat 4.0cgpa kau tahu. Apa yg berlaku ? Ada satu haritu Aku nk kuarkan duit dr bank, ada duit lebih rm100 wehh mana tak suka ! Eiii sukanyaaa hahaha. Allah.. Engkau Maha Menjaga rezeki hamba hamba Kau. Sungguh, kalau ulat bawah batu yg pun Allah jaga rezeki mereka, apalagi kita manusia yg cuba gembirakn and bgi kesenangan kat orang lain ni. Subhanallah.

2. Dalam wallet ada rm30. Tak cukup ni utk survive lg seminggu. Memang confirmm tak cukup. Nk print tu print ni, kos tu kos ni. And ceritanya, satu hari tu aku minta kawan ak pick up aku kat satu tempat ni , pakai motor dia.. and ak pikir, kalau stakat nk isi minyak tu takde hal lah. Bole lg pejam mata. Then , Apa yg berlaku ? Sekali dia dtg pick up dgn kawan ak yg lg sorang naik kereta ! Aduh mampus. Dh la dua dua orang susah tp mengorbankan diri dtg amik aku dan layan ak mcm raja. Tapi takpelah, chill je..

Dipendekkan cite, disebabkn kawan aku sorg lagi tu banyak juga tolong ak sblm ni, ak skali lg tutup mata. kasi je duit kat diorg. Sorang rm10.. banyak kan ?? Erm.,, perasaan celaru… and aku pun try positif. Biarlah… boleh diorg cover duit minyak.. kalau ada lebih tu , gunalah buat makan esok hari. Yessssss wallahi aku nk nangis bila pikir balik sebab rasa mcm alahai kenapa la pergi bagi bnyak2.. dh tahu duit takde, simpan laaa. Huhu. And aku pujuk hati, kalau simpan pun nk simpan berapa ? Duit rm30 je pun yg ada, nk makan smggu pun tak lepas apalagi nk simpan. So takpe.. yakin. Yakin yg Allah takkan sia siakan satu pun perbuatan kebaikan yg aku lakukan. Aku tak harapkan ganjaran tp kalau ada benda Allah nak bgi, nnti ada lah tu. Kalau xde , takpe, semoga dgn sedekah ni Allah ampunkn dosa dosa aku yg lalu.

Nak tahu apa kesan dia ? Malam tu aku hilang RM20 je. Tapi ALLAH BAYAR CASH. Takyah tnggu lama. Esok pagi aku bangun, ada org sedekah balik kat aku RM60. ALLAHU 😭😭 Campur duit baki rm10 semalam, Cukup la wei nak makan semggu.. Allah Allah.. hasbunallah wani’mal wakeel….betul la apa yg kawan aku slalu pesan, prinsip sedekah yg paling penting adalah.. lagi kau xde duit, lagi tu lah kau kene bagi..

Yes ni adalah nearest examples yg berlaku kat aku. Ni adalah contoh sedekah yg tak istiqamah taw. Cuba bayang, kalau hari2 kau istiqamah bangun pagi then buat sedekah.. buatlah apa apa je. Bagi kucing makan ke..bagi makcik Daya bersih sarapan ke.. lagi senang, yg ada online banking tu istiaqamah je bagi rm1 ke tabung palestin ke rohingya ke.. senang sikit melalui fon je.. and i wonder la how Allah akan jaga urusan kau utk satu hari tu.. it might be a wonderful day right…

Lastly, for disclaimer .. ak crita bukan utk riak. Tp utk encourage korang sedekah gak. And Allah sebut dalam AlQuran, kalau cerita pasal nikmat yg Dia bgi tak apa.. “Wa amma bi ni’mati rabbika , fahaddith- dan dgn nikmat2 yg Tuhanmu berikan, maka bicarakanlah “. Sory tak mahir arab tp tulah translationnya lebih kurang..

Disini saja ja.. have a good day everyone..

– En. Student

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments