Kenapa Orang Kaya Lagi Berjaya

Kenapa Orang Kaya Lagi Berjaya

Aku N. Bakal graduan luar negara. Tapi aku banyak masalah nak settle urusan untuk fly nanti. Sebab apa? Sebab aku orang susah. I’m not saying orang susah tak berjaya and takkan fly. Tapi banyak halangannya. Let me tell you apa yang aku kena hadapi.

Semua urusan nak kena guna duit. Kawan-kawan aku visa yang beribu tu pon takde hal nak bayar. Tapi aku, medical checkup yang RM500 tu pon jenuh aku nak kena fikir nak pinjam duit dari siapa. Takyah sembang pasal checkup lah, passport pon yang RM100 pon aku kena pinjam duit kawan RM50. Inikan pula visa yang makan beribu tu.

Aku ni ada je family tapi macam anak yatim piatu. Faham kan? Aku nak settle semua aku yang fikir sendiri nak pinjam duit siapa nak bayar macam mana. In sha Allah ada lah caranya nanti. Aku pon bukan suka berhutang ni. Kalau mati kang tak pasal2 tersekat amalan aku.

Urusan visa tu, aku terpaksa tebalkan muka aku tanya ex cikgu aku if dia boleh tolong bayarkan dulu. Desperate kan? Aku sendiri pon memang malu sebenar nya. Serius. Tapi siapa lagi yang aku ada pon.

If ada yang rasa aku ni cuma pandai cakap tapi tak berusaha, kau salah. Before this aku pernah kerja KFC. Takde life, orang cuti pon kerja. Plus rakan sekerja tak friendly dengan orang baru walaupon manager okay. Tak sampai sebulan aku berhenti. Lagipun gaji tak besar pon. Nama pon kerja shift kan. So aku kerja lain pulak yang aku enjoy walaupon gaji still ciput. At least berbaloi laa kerja tu dengan gaji tu. Alhamdulillah.

Tapi dh 3 bulan aku kerja aku takde saving ke? Tell you what. Aku takde laa kedekut sangat so duit tu aku spend untuk family aku balik. Last last aku sendiri yang kena kerah otak pikir mana lagi nak dpt duit. Tapi takde laa aku menyesal sangat pon. Bila lagi nak berduit nak belanja family sekali sekala.

In this era, we can’t live without money. Bukan nak bertuhankan duit. Tapi kalau takde duit macam ni laa jadinya. Orang yang kaya takde masalah nak spend duit, lagi-lagi untuk tujuan pembelajaran. Boleh hantar anak-anak pergi tuisyen, beli buku latihan banyak-banyak.

But it’s not that easy for us golongan bawahan. Kami nak berjaya kena usaha sendiri. Memang start from the bottom. And aku nak berjaya pon sebab aku nak ubah nasib family aku. Aku taknak adik-adik aku susah nak pursue their study macam aku. Aku taknak anak-anak aku nanti kena lalui kepayahan macam ni.

Wake up, guys! Kalau bukan kita yang ubah nasib kita sendiri, kau nak expect siapa dapat bantu kau? Tolonglah, kasihani diri sendiri.

– N

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit