KepadaMu Aku Berserah

Assalamualaikum.. Aku Mr H pernah buat confession 2 kali sebelum ni mengenai kisah naluri dan penyakit Social Anxiety Disorder yang aku alami.

Boleh baca confession berkenaan di sini,

https://iiumc.com/diari-si-lelaki-songsang-ii/

https://iiumc.com/s-a-d-fighter/

Terima kasih admin sudi bantu Mr H untuk luahkan perasaan yang terpendam ni. Jujur beberapa hari lepas aku give up sangat.

Aku tak tahu nak meluahkan kepada siapa.. Walaupun ada yang cakap, “luahlah dekat Allah, bukannya mengharapkan manusia.”

Tapi sebagai manusia aku tetap perlukan kawan atau sesiapa yang boleh tolak aku untuk bangkit. Kerana manusia masih mmerlukan manusia. Itu memang fitrah kita yang tak dapat disangkal.

Aku dah berhenti belajar buat masa ni disebabkan masalah Social Anxiety ni. Macam-macam nasihat aku terima tak terkecuali hinaan & kata-kata yang menjatuhkan aku. Aku tahu aku dah kecewakan mak ayah aku. Diorang nak tengok aku jadi pharmacist atau dietition.

Ya, aku pernah ambil jurusan sains tulen. Keterbatasan aku untuk berinteraksi dengan orang-orang luar dah hancurkan segalanya. Apa yang ada dalam fikiran aku? Banyak, sangat banyak. Apa yang aku boleh cakap aku tak pandai berkomunikasi dengan orang baru.

Kalau pembaca ada tips nak mulakan berkawan, dipersilakan kongsi dengan Mr H. Aku selalu fikir aku ni membosankan, tak menarik, tak bijak, tak ada daya tarikan. Wallahua’lam..

Aku keliru sama ada tu hanya mainan fikiran aku (disebabkan social anxiety aku ) atau memang itulah kenyataan diri aku.

Aku takde apa-apa. Pasal sukan? Aku tak minat langsung melainkan basikal.. Pasal game? Dulu masa zaman kanak2 memang aku ni peminat tegar game ni. Tapi sekarang satu game pun aku tak main. Aku dapat rasakan orang akan selalu jauhkan diri daripada aku.

Bukti? Masa aku belajar haritu, si A ni ok je masa first time nak jumpa aku, siap cakap nak lepak. Bila kali kedua jumpa Si A dkt kafe dia tutup muka dia dengan tangan bila aku pandang. Aku tak tahula ni perasaan aku memang betul apa yang aku fikir.

Akhirnya aku tumpas.. seminggu je aku mampu bertahan. Alhamdulillah sekali lagi aku dapat tawaran Asasi Sains di universiti yang berdekatan dengan rumah aku. Semuanya ok. Aku gembira sebab dah dekat dengan keluarga.

Hostel kat uni ni pun lagi selesa daripada yang dulu dan aku tak perlu belajar subjek tambahan yang aku kurang minat tu dah. Aku kenal-kenal dengan housemate dan roommate aku. Ada yang tegur aku dulu, ada yang aku tegur dulu. Konsep aku, aku nak tegur semua orang.

Aku taknak jadi macam sekolah dulu. Petang tu, aku jalan dengan kawan baru aku. Dada aku tiba-tiba rasa sesak, aku rasa semput & hilang kawalan. Tangan kaki semua sejuk.. Aku mintak diri nak balik bilik.

Ya, masa tu panic attack menyerang. Dekat uni aku yang first tu pun dah berkali kali aku diserang panic attack. Aku tahan je dulu sebab aku tak nak mak ayah aku susah hati. Aku sayang masa depan dan peluang yang ada. Tapi, kali ni aku rasa dah tak mampu.

.Aku tak boleh nak belajar.. nanti kena masuk lab, buat itu buat ini.. bagi pelajar uni mesti tahu kan apa yang aku nak cakap. Kalau setakat berinteraksi dengan kawan pun aku dah rasa nak jatuh, macam mana nak hadap amali semua tu.. Akhirnya aku telefon kakak aku.

Aku cakap aku nak balik, aku menangis, desak kakak aku ambil aku cepat. Aku fikir nak balik je masa tu. Wahai pembaca sekalian, ketahuilah ini bukan homesick. Tapi penyakit Social Anxiety.

2 hari lepas tu aku jumpa doktor.

Doktor: Apa yang ada dalam fikiran awak? Awak takut apa?

Doktor pandang aku dalam-dalam.. sayu nampak dekat air muka dia.. mata dia berkaca. Aku tak tahan nak tengok mata dia. Bimbang dengan aku sekali menangis dekat situ..

Aku: Saya penat doktor.. Saya rasa dah tak boleh nak teruskan kehidupan ni. Saya menyerah kalah doktor. Semuanya takkan bertambah baik. Makin lama saya hidup, makin ters3ksa jiwa saya. Kehidupan saya penuh dengan kesempitan. Saya tak boleh doktor..

Aku dah boleh detect mak mula nak menangis kat sebelah aku. Fikiran aku bercelaru. Aku cuma fikir taknak teruskan hidup. Korang tahu tak betapa s3ksanya bila tak boleh nak berinteraksi dengan orang?

Korang faham ke macam mana perasaan tu? Korang tak boleh buat presentation, tak boleh ada kawan, takut nak join apa2 program atau pertandingan, ada kawan tapi tak kekal lama, dianggap sombong, anti social.

Awak tahu kan sebagai seorang muslim kita tak boleh ada niat apatah lagi bertindak nak tamatkan hidup ni. Allah yang jadikan kita, aku kecewa tengok orang lain pergi mana-mana ada kawan.

Aku pergi makan sorang2, jalan kat taman sorang-sorang.. Bukannya aku pilih jalan untuk bersendirian, tapi masing-masing akan keluar dengan member diorang.

Doktor: Awak tak boleh fikir macam tu. Awak tahu kan sebagai seorang muslim kita tak boleh ada niat apatah lagi bertindak nak tamatkan hidup ni. Allah yang jadikan kita,

Dialah yang berhak ambil kita semula. Kita tak boleh sesuka hati lawan percaturan Dia. Kita yang memandai nak tamatkan riwayat pulak. Jaga kesihatan mak awak. Mak awak sayangkan awak.

Awak seorang yang bijak kalau tak awak tak boleh dapat tempat dalam program Asasi. Apa bukti yang mengatakan awak ni membosankan? Tak ada kan? Semua orang boleh berjaya selagi ada usaha dan azam.

Tak semestinya kena ikut jalan asasi boleh berjaya. Mungkin prjalanan awak berliku liku tapi selagi ada kemahuan dan azam awak tetap akan sampai ke garisan penamat.

Doktor sarankan aku makan ubat anti panic (Alprazolam 0.5 mg).. Dulu dah makan escitalopram (anti d3pr3ssant). Sekarang kena makan kedua duanya..

Alhamdulillah respond tak terlampau teruk. Cuma banyak tidur & sakit perut.. Aku celik kat dunia ni 12 jam je. hahahahaha separuh hari je kott..

Selepas berbincang dengan keluarga aku dah buat keputusan nak buat foundation in Art. Tapi keadaan aku lebih stabil lah. Aku niat nak sambung ijazah psikologi.

Apa pendapat korang? Aku suka tolong orang.. tapi almaklumlah aku tak layak jadi doktor sebab ada mental illness. Aku suka belajar pasal human behaviour, otak manusia & personality.

Banyak lagi aku kena korek pasal bidang ni. Mudah mudahan niat ikhlas aku Allah izin & reda.. Aku sedih tengok kawan-kawan aku semua dah belajar. Tapi aku tetap perlu berlapang dada..

Walaupun tak henti henti rasa useless, lifeless, kecewakan dan menyusahkan keluarga. Aku akan tetap berjuang. Terima kasih atas keprihatinan & kata-kata nasihat korang. Lebiuuu oll…

– Mr H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *