Kerana Kata, Badan Binasa

Assalamualaikum readers. Hari ni terdetik nak kongsi satu cerita. Bagai dikata, kata-kata si ibu tiada hijabnya. Mungkin pengalaman aku boleh menjadi pengajaran buat semua yang bergelar ibu di luar sana. Oleh kerana aku anak angkat, mungkin ini sedikit sebanyak tidak memberi kesan dalam kehidupan aku.

Ibu, setiap kali marah setiap kali itulah bibirnya itu mengeluarkan kata-kata kesat buat anak2. Contoh bahasa yang paling aku tidak gemar dikatakan oleh si ibu, seperti “Memang akan si*l kehidupan korang adik beradik”, “Sampai bila2 lah perangai kau macam laha*at” ataupun “Dah tua nanti, kau rasa lah macam mana anak2 kau buat kau macam mana kau buat aku”. Memang betul anak-anak ada buat kesilapan. Tapi kesilapan itu kadang-kadang tidaklah sebesar mana contohnya balik lambat dari main bola.

Kerana kata2 ibu yang sebegini, akibatnya sangat besar dikemudian hari apabila aku lihat sendiri huru-haranya kehidupan abang2 aku. Sungguh tidak aku sangka, kerana mulut si ibu yang dahulunya suka melemparkan kata2 kesat memberi impak pada kehidupan anak-anaknya kini. Masalah melanda sedikit demi sedikit. Pernah abang2 aku mintak maaf jika ada pernah terguriskan hati ibu. Tapi jawapan ibu “Padan lah dengan muka korang”. Kerasnya hati kau wahai ibu. Tidakkah ibu perasan, kerana kata2 ibu adalah doa buat anak2 ibu? Jika ibu tidak mendoakan kebaikan buat anak2, siapa lagi yg harus mendoakan anak2 ini kerana doa ibu adalah sangat dimakbulkan Allah.

Kehidupan abang2 aku seperti tiada keberkatan di dalamnya. Mungkin atas dosa2 mereka sendiri dan kebarangkalian yang paling ketara adalah kerana mulut si ibu. Sehingga kini, ibu tetap mengeluarkan kata2 kesat setiap kali marah. Perkataan bod*h, bab*, si*l & celak* itu makanan ibuku bila memarahi anak2. Ayah aku pernah menasihati ibu supaya menjaga setiap tutur baris katanya untuk anak2 kerana bimbang kerana mulut ibu, kehidupan anak2 binasa. Tetapi ayahku pula dikatakan memanjakan anak2.

Kehidupan yang bercerai berai, semua pekerjaan tidak tahan lama, perniagaan tidak pernah menguntungkan, anak2 yg tidak mendengar kata, & orang luar asyik memandang hina. Itulah yang aku boleh gambarkan kehidupan abang2 angkat aku sekarang. Tiada rasa bahagia tp penuh cela. Tergamakkah kite sebagai ibu melihat kehidupan anak2 kite sebegini rupa. Jika aku, akan aku menyesal sehingga mati.

Aku selalu terlihat, disekeliling aku jika ibu kerap memaki dan melemparkan kata2 yg kesat, memang tidak kemana kehidupan seseorang anak itu. Seringkali juga aku lihat, kebanyakan ibu yg tidak bekerja mempunyai kecenderungan yg lebih besar untuk memarahi anak2. Mungkin kerana masa dengan anak2 itu panjang. Kini, aku juga seorang ibu. Aku berdoa semoga aku menjaga setiap tutur kataku kepada anak2 walaupun semarah mana aku pada mereka. Jika terlampau marah, aku akan diam & beristighfar dalam hati. Tidak mungkin hanya kerana marah yg boleh aku redakan ini, menjadi asbab kepada kebinasaan kehidupan anak2 aku pada masa akan datang.

Ibu, andai ibu boleh nampak dengan nyata bahawa kata2 ibu itu adalah doa, mungkin dari kecil ibu akan mendoakan yg baik2 sahaja buat anak2 ibu. Jika amarahmu terlepas dlm bentuk kata2, cukuplah hanya marah sahaja dan bukan memaki serta mengeluarkan kata-kata kesat buat anak2 mu. Jika terlepas, ucapkanlah “nauzubillahiminzalik”. Semoga anak2 kite sentiasa dalam lindungan Allah. Ingatlah wahai ibu2, sekali lagi aku mohon supaya jaga kata-katamu.

– Nuha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *