Kerana Kucing

Kerana Kucing

Assalamualaikum. Aku just nak share satu cerita pasal kucing yang aku rasa boleh bawak bergaduh.

Long short story. Aku dengan suami dah berkahwin 7 tahun dan belum dikurniakan rezeki anak. Aku dilahirkan dalam family yang suka kucing. Adik dan mak memang suka kucing. Tapi bela tak banyak ekor. Yang mana sesat datang rumah, mak aku memang suka bagi makan.

Kata mak, takpe Allah hantarkan kucing untuk murahkan rezeki kita. Dalam rezeki kita makan hari-hari,ada rezeki kucing. Sampai tahap bila kucing meninggal,memang menangis sampai bengkak mata. Jiran tengok pon diorang join sekali menangis sebab sedih tengok adik dan mak menangis masa kebumi kucing.

Suami aku pulak jenis penyayang. Muka garang tapi hati dia sangat penyayang pada kanak-kanak dan kucing. Mungkin sebab kesunyian tiada anak, dia suka kutip kucing kat mana-mana dan bawak balik rumah. Sampai aku rasa macam zoo kucing kat rumah. kucing jiran pon dia bagi makan sekali.

Aku okey je tapi bila kucing berak, kencing merata kat sofa, kat langsir, kat mana-mana, aku rasa tahap kesabaran aku diuji. Aku rasa macam berdosa sebab hari-hari aku naik angin dan membebel. Aku boleh turut sama bagi makan, boleh je mandikan kucing tapi bila dah bau kurang menyenangkan aku rasa macam naik hantu.

Suami aku ni taktau la tahap over dan normal ke tak.. Mandi kucing, selimut kucing dengan tuala dah macam anak sendiri. Dodoi kucing macam dodoi baby . Main dan cakap dengan kucing sampai aku rasa macam aku disisihkan. Digomolnya muka kucing. Syampoo, sabun, pengetip kuku, sikat, semua ada lengkap. Ubat ubatan pon ada sama . Kalau hujan kat luar dia sanggup kunci pintu bilik tengah untuk letak kucing. Sebab takut aku marah, dia kunci sesiap.

Pernah satu hari, dia nak pergi 7E. Aku nak ikut. Sebab dia selalu keluar 1-2jam baru balik. Aku syak dia ni gi mana la buat benda tak berfaedah ke. Bila aku ikut, rupanya dia pergi cari kucing terbiar. Lepas tu bawak balik. Dia sanggup letak dlm sweater dia sepanjang duk atas motor.

Boleh katakan kami kerap gaduh sebab kucing. Siang malam dengan kucing. Sampai aku stress hari-hari bau kucing berak dalam rumah. Satu lagi jiran satu taman kerap bagi hint dalam group wasap. Cakap kucing siapa la p berak atas selipar. Muntah merata. So aku slowtalk kat dia cakap, nak bela kucing memang tak salah. Kita tahu tu binatang kesayangan Rasulullah. Tapi bila jiran dah termaki, sakit hati, jatuh berdosa pada kita.

Sebab kami duk kawasan taman, tu yang aku tak berapa nak selesa bila bela kucing. Sempena sale lazada 11.11 tempoh hari, aku beli banyak makanan kucing. Saje beli sebab kucing yang datang, aku bagi je makan. Pastu hari tu dia outstation.

Taktau mungkin dia dapat kesedaran dari Allah. Dia call aku semata nak cakap pasal kucing. Dia cakap dia dah tinggalkan semua kucing tu kat pasar sebelum dia gi outstation. Lepas ni malam minggu, boleh tak kita pergi tengok kan kucing-kucing terbuang ni dan kita bagi makan.

Sedih la pulak sebab aku tahu niat suami aku sangat baik. Kadang dlm dompet dia ada RM10 utk makan pon dia sanggup beli nasi untuk kucing. Aku cakap buat macam tu lagi okey. Kita tak bela bukan kita tak suka kucing. Bagi kucing terbiar makan pon dapat pahala. Alhamdulillah sekarang ni memang kitaorg standby makanan kucing dalam bonet kereta. Jumpa kucing, bagi makan.

Malam minggu kami pergi pasar, berlari kucing kucing tengok kami bawak makanan. Alhamdulillah rezeki kami sentiasa mencukupi walaupon keadaan ekonomi tengah gawat. Ada hikmahnya, mungkin kucing-kucing turut mendoakan kami.

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit