Kerana Orang Ketiga

Assalamualaikum, hi pembaca IIUM Confession. Nama aku Ani. Of course la bukan nama sebenar.

Aku sebenarnya tak pernah berniat nk share kisah aku tapi lepas baca confession sis yang suaminya ada text someone dekat Telegram, aku tergerak hati untuk share kisah aku.

Bukan untuk meraih simpati, buka aib sendiri jauh sekali. Sekadar untuk dijadikan pengajaran untuk pasangan yang telah berumah tangga.

Ceritanya begini. Aku mulakan dengan pengenalan watak dalam cerita aku ya. Aku, Ani. Suami aku Man, dan Esah, kekasih suamiku.

Aku dan suami telah berkahwin hampir 10 tahun dan dikurniakan cahaya mata yang bijak, cantik dan hensem. Aku bekerja sebagai seorang dalam bidang profesional manakala suami hanyalah pekerja swasta.

Ditakdirkan, aku bekerja jauh dari suami dan tinggal bersama sama anak-anak.

Segala urusan anak-anak adalah dibawah tanggungjawab aku. Aku lah yang hantar anak ke sekolah, masak, ajar mengaji dan sebagainya.

Tu belum kira tugas aku di pejabat. Mujur rakan-rakan pejabat dan bos memahami situasi aku sebagai ibu tunggal di sini. Jadual seharian aku sangat padat.

Bangun seawal sebelum subuh, bekejar kesana sini uruskan anak dan bekerja, uruskan hal di rumah dan sebagainya sehingga aku kurang masa untuk suami. Bila malam, aku akan tidur awal kerana tenaga sudah habis dikerah.

Ceritanya, sepanjang aku PJJ dgn Man, aku sedikit pun tak pernah rasa sangsi dengan apa yang dia lakukan di sana.

Aku percayakan dia lebih dari 100%. Jiran ada bagitahu yang ada perempuan datang ke rumah tapi aku tetap bersangka baik.

Sehinggalah suatu hari. Aku tergerak hati utk cek handphone Man. Ada pesanan dari seseorang memberi salam. Aku tak baca cuma baca dari luar sahaja. Bodohnya aku, aku sikit pun tak syak.

Keesokan hari, aku teringat tentang pesanan itu. Aku buka lagi handphone Man untuk tengok apa yang dia bualkan.

Tapi, pesanan tu dah hilang. Aku mula fikir yang bukan². Kenapa nk delete kalau perbualan biasa?

Aku mula cek aplikasi dalam handphone Man. Aku cek file manager dan semua aplikasi handphone. Dan akhirnya aku terjumpa gambar berpelukan suamiku dengan Esah.

Darah aku terus berderau. Menggelegak macam gunung berapi nak meluahkan larva panas.

Aku cuba tanya pada Man yang ketika itu baru bangun dari tidurnya.

Tanpa menjawab, dia tengok aku tepat pada mataku, pegang tangan aku dan peluk aku. Ahh, ni mesti ada yang tak kena ni. Aku desak lagi.

Dan..

‘Saya dengan Esah cuma kawan. Tapi silap saya, saya sayangkan Esah’. Pengakuan dibuat.

Aku bertanya lagi. Apa kurangnya aku yang buat dia cari Esah? Aku akui aku tak cantik, tak pandai make up. Tapi aku tak pernah culas tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dan ibu.

Sepanjang PJJ boleh kira dengan jari berapa kali saja suami datang ke tempat aku. Selebihnya memang aku yang berulang hampir 4 jam, setiap minggu bersama anak-anak.

Penat? Aku perempuan. Bekerjaya. Uruskan anak-anak lagi.

Tapi demi suami, aku sanggup berulang sekerap yang boleh. Sampai aku disahkan mempunyai masalah back pain kerana kerap berulang.

Tentang soalan yang aku tanyakan tadi. Man bagitahu aku tidak ada yang kurang. Cuma dia yang lemah kerana ada perasaan pada perempuan lain.

Aku tanya lagi, macam mana kenal perempuan tu?

Man ceritakan detik perkenalan antara dia dan Esah. Ketika peristiwa itu terjadi, mereka dah berkawan selama 6 bulan. Terjumpa secara tak sengaja, bertukar nombor dan akhirnya kecundang.. haha.

Aku? Sangat kecewa dan sedih. Tak tahu nak rasa apa. Kecewa kerana dipermainkan orang yang aku anggap syurga dunia.

Kecewa kerana aku mula flashback segala pergaduhan dan kekasaran yang berlaku antara kami 6 bulan sebelum. Adakah kerana Esah?

Cukuplah dulu sampai disini. Aku nak ambil anak dari sekolah petang pulak. Ada masa, insyaallah aku sambung cerita aku, tu pun kalau ada yang sudi membaca. Haha.

– Ani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *