Kerja Ada, Cuma Mahu Atau Tidak Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Terima kasih pada admin jika confession sy ni disiarkan. Cukup sy perkenalkan diri ini sebagai Dee, 25 tahun.

Sy tamat pengajian pd usia 23 tahun. Disebabkan sy jenis tak blh duduk diam jd penting utk sy mencari pekerjaan secepat mungkin. Jd, sy bekerja di kedai kopi sementara menunggu keputusan degree sy keluar. Gaji pertama sy RM300 bekerja dr pkl 7am sehingga 3pm. Dpt extra RM5/day kalau turun pkl 5am.

Seronok bergaul dgn pekerja situ dan diorang tak tahu pun sy ada degree sbb sy tak pernah cerita. Sy belajar cara buat air, cara memasak. Dr situ juga sy belajar cara bercakap dan handle mcm2 jenis customer. Sy belajar serba sdikit ttg stock, invoice.

Mak dan ayah sy bukan org susah bkn juga org berada. Sedang sedang. Tapi sy rs malu duduk di rumah tak buat apa, tambahan pula sy ni kuat berbelanja. Gaji RM300 sy guna secermatnya. Bagila RM10 dkt adik. Sponsor kfc sikit. Sekurang2 nya ada la pengalaman sbg waitress nak catat dlm resume selain dr pengalaman practical training.

Sy bekerja selama sebulan, sy call tmpt sy buat praktikal, di firma audit di sekitar Sabah mana tahu ada kekosongan. Bekas supervisor sy mengalu2 kan kedatangan sy. Jd bermula lah 2nd job sy, sbg Audit Assistant. Drpd RM300 naik ke RM1200. Sy bekerja di situ tak lama, setahun lebih shj.

Utk jimat, sy naik motor sahaja. Sy jenis punctual. Hujan ribut taufan ke sy tetap datang tepat. Kalau lambat 5 minit pun sy akan call supervisor.

Akibat working environment yg stress dan hubungan antara staff tak berapa best. Sy nekad nak keluar cari kerja lain. Sy habiskan cuti utk attend interviews. Sy list out smua company2 di sekitar Sabah dan dptkan email dan nmbr telefon. Sy submit resume dan sll follow up dgn phone call. Sy bertahan sementara dpt kerja lain.

Weekend pula sy habiskan dgn mengikuti kursus2 luar sprti kursus perniagaan online, seminar usahawan. Sy mengambil ujian insurans utk menjadi agen insurans. Tapi, sy bukan penjual insurans yg aktif. Sy sukakan cara mereka melatih agen insurans bercakap dan berpakaian. Sy sll attend weekend seminar yg dianjurkan oleh agensi insurans sy sbb sy nak boost up confident level and build networks with other people.

Sy resign setelah setahun lebih bekerja di firma audit. Sy rasa kurang minat dlm bidang akaun dan sy refuse utk ambil ACCA sbb susah dan tak minat. Sy mendapat tawaran sbg Human Resource Executive di sebuah syarikat besar. ya, sy sgt minat bidang administration and HR. Dr gaji RM1200, sy berjaya demand gaji bersih sebanyak RM2,400. Sy antara yg termuda menyandang jawatan eksekutif di syarikat dan tersangatlah banyak tanya sbb tak ada pngalaman dlm bidang ni.

Tapi, syukurlah rezeki memihak kepada sy utk tahun 2017. Sy ditawarkan menyandang jawatan di government sector. Ms nak submit resign letter, Senior Manager sy berkeras menahan sy. Sy ni nak kata kerja tiptop tak lah sbb sy pun baru lg, tp dia sangat suka personaliti sy katanya dan susah utk dia cari staff baru yg ada good communication skills.

Adik2 yg baca confession ni mesti kata “Allah mudahnya dia dpt kerja” TAK. tolak tambah bahagi darab, sy dh attend berpuluh2 interview dan exam utk dpt kerja. Beratus2 duit habis utk tambang bas, teksi dan kos photostat resume sijil2 sy ulang alik interview. Pesanan sy, keluar lah cari pekerjaan. Apa2 kerja. Build ur network by get to know other people. Learn from their experiences. They can help you.

Last but not least, kalau pointer adik2 tak okay mcm sy. Kerja la apapun, mula dr bawah dan utk masuk industri bukan mudah. Build ur platform and map ur journey to achieve ur dream. Buang ego “aku degree aku tak layak kerja mcm ni, aku ptt dpt gaji besar”. Put that aside.

Thanks for reading.

– Dee

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit