Assalamualaikum semua readers.. terima kasih admin jika sudi siarkan confession saya. Semoga confession ni dapat memberi manfaat kepada readers di luar sana. Actually confession saya ni adalah balasan untuk confession “Padah Membawang” oleh Cik Abcd (https://iiumc.com/padah-membawang/), dan untuk readers yang dalam dilema untuk memilih antara bekerja atau menjaga ibu bapa yang sakit terutama anak tunggal.
Ini confession berkenaan kawan saya. Dia Degree Holder dari University yang famous di luar negara dalam bahagian Engineering dan berjaya menjadi seorang Engineer di sebuah kilang di Selangor. tapi malang tidak berbau, Ayah beliau telah disahkan menghidap sakit jantung setelah tiba2 pengsan di kampung Utara Tanah air. Beliau merupakan anak sulung, belum berkahwin & lelaki tunggal daripada 3 beradik. Parents beliau sudah bersara.
Melihat ayah yang terlantar sakit di hospital menyebabkan beliau terpaksa mengambil cuti yg agak lama kerana ibu beliau tidak pandai memandu kenderaan. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mahu menjaga ayah di hospital. setelah 2 bulan berlalu, akhirnya ayah beliau menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara. Sebulan kemudian, dia memberitahu kepada saya bahawa ayah beliau sudah sembuh sepenuhnya & kini beliau mahu mencari kerja setelah 3 bulan menganggur.
Namun bukan mudah untuk mencari kerja dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang. Sebagai sahabat, saya hanya mampu memberi kata-kata semangat kepada beliau untuk tidak berputus asa & sentiasa positif. Selain itu jika ada masa, saya juga akan menemani beliau ke “Jobsfair” untuk mencari kerja. Namun rejection demi rejection yang beliau terima kerana sukar untuk Majikan sekarang memberi position “Engineer” kerana ia memerlukan gaji yang tinggi. Akhirnya beliau akur dengan takdir Allah & mendapat tawaran bekerja sebagai Technician di kilang di Shah Alam.
Susah? iya memang susah untuk beliau kerana rakan-rakan technician memulaukan beliau atas alasan “bukan dari kategori yang sama” kerana mereka lulusan SPM & Diploma dan Technician Lulusan Ijazah ini dibuli oleh mereka dengan memberikan semua kerja2 sukar dalam membaiki mesin kepada beliau & menyebabkan beliau terpaksa kerja lebih masa sehingga lewat malam berseorangan. Boss? Boss tidak kisah kerana mereka hanya mahu kerja tersebut siap sebelum keesokkannya & mereka tahu latar belakang beliau sebagai Engineer yang seharusnya pakar dalam bidang ini.
Beliau hanya mampu bersabar dan sentiasa menjaga solat dan berdoa agar dimurahkan rezeki. Sebulan kemudian, beliau memberitahu saya yang beliau menerima berita gembira daripada Majikan. Beliau menerima tawaran temuduga untuk Position Engineer di kilang yang sama bagi menggantikan seorang Engineer yang telah resign. Sekarang beliau sudah menjadi Engineer di kilang tersebut dengan gaji yang lebih tinggi daripada gaji di kilang sebelum ini. Technician-technician yang sebelum ini memulaukan beliau telah mula hendak berbaik dengan beliau.
Kesimpulannya, rezeki Allah itu sangat luas. Utamakan untuk menjadi anak yang soleh kerana hanya berkat doa dari ibu bapa yang boleh meluaskan lagi rezeki kita. Jangan takut kerana rezeki Allah itu tidak pernah akan salah alamat. Semoga “Cik Abcd” sentiasa tabah & sentiasa menjaga iman dan solat. Mungkin Allah akan kurniakan rezeki kepada sis dalam bentuk yang lain seperti rezeki kesembuhan kepada ibu sis.
Saya sentiasa mendoakan untuk sis semoga urusan sis dipermudahkan. Saya rasa semua yang membaca confession sis juga mendoakan sis. Apapun kesilapan ibu sis sebelum ini (seperti membawang) tidak akan mempengaruhi rezeki sis kerana setiap rezeki orang berlainan.
– Cik Teh Tarik
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit