Kerjaya dan Keyakinan

Assalamualaikum buat semua pembaca IIUM Confession. Sebenarnya ini kali pertama saya menulis dalam ruangan ini. Selalunya saya jadi pembaca tegar je.

Terima kasih admin kalau sudi siarkan cerita saya ni. Penulisan saya kali ni sebenarnya lebih kepada luahan perasaan saya sendiri. Okay jom kita mula.

Nama saya Sara. Berumur 26 tahun pada tahun ini dan mempunyai ijazah. Saya tamatkan pangajian saya pada tahun 2017 yang lalu dan sehingga lah sekarang saya masih mencari-cari kerja yang tetap.

Saya kira nasib saya tidak lah sebaik rakan-rakan yang lain dimana mereka mempunyai kerjaya seawal tamat pengajian. Saya pula masih ternanti-nanti akan peluang dalam mencari pekerjaan.

Pada tahun 2018 saya pernah bekerja sebagai pekerja sambilan harian (psh) di salah sebuah agensi kerajaan selama 3 bulan sahaja.

Selepas itu saya mendapat tawaran sebagai “trainee” selama 1 tahun di sebuah syarikat swasta. Disini saya bersyukur kerana saya dapat bekerja didalam sektor dan bidang yang saya pelajari dahulu.

Tapi selepas setahun kontrak tamat iaitu pada pertengahan tahun 2019 saya masih tercari-cari pekerjaan yang lain.

Saya menggangur sehingga hujung tahun 2019 dan pada tahun 2020 saya mencari kerja “part time” selepas mendengar nasihat ibubapa saya yang menyuruh saya mencari kerja sementara sebelum mendapatkan kerja tetap.

Jadi pada awal tahun 2020 saya memulakan kerjaya saya sebagai seorang “part-timer” di sebuah restoran fast food dan sehingga sekarang saya masih bekerja di restoran tersebut dan masih juga ternanti-nanti akan peluang pekerjaan yang lain.

Kalau diikutkan memang sudah cukup setahun saya bekerja disitu dan sepanjang setahun itu jugalah saya tidak pernah mendapat apa-apa panggilan interview ataupun emel.

Ya, memang setiap hari saya mengisi jawatan kosong tidak kiralah sama ada dalam agensi kerajaan ataupun swasta sampai satu masa saya jadi “give up” untuk isi jawatan kosong sebab bagi saya memang susah untuk mendapatkan pekerjaan pada zaman sekarang.

JobStreet, Linkedin, Indeed dan semua platform mencari kerja yang lain saya akan isi dan “apply” bila ada masa terluang. Saya juga sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan membuka rezeki untuk saya dalam mencari pekerjaan.

Nak dijadikan cerita pada awal bulan tahun ini 2021 saya mendapat panggilan untuk menghadiri temuduga kali pertama selepas setahun bekerja sebagai part-timer.

Ya Allah bertapa bersyukur nya saya walaupun di musim pandemik ini saya masih diberi peluang untuk mendapat temuduga.

Dan syarikat yang saya mohon itu juga sedikit sebanyak berkaitan dengan bidang yang saya pelajari sebelum ini. Penantian saya selama setahun itu seperti membuah kan hasil.

Alhamdulillah first interview dengan panel berjalan dengan lancar. Selepas 3 hari dari interview yang pertama saya mendapat emel untuk menghadiri interview yang kedua.

Didalam kepala saya sudah terbayang yang pekerjaan ini akan menjadi “ my first real-job” kalau ditakdirkan saya mendapat jawatan ini.

Saya juga terharu sebenarnya bila mendapat tahu yang saya dapat peluang untuk hadiri interview yang kedua ini.

Bagi saya separuh kaki saya sudah melangkah kealam pekerjaan yang sebenar cuma interview yang kedua ini sahaja yang akan menentukan bahawa saya layak atau sebaliknya.

Saya juga terbayangkan dapat meringankan beban ibu bapa saya kerana gaji yang ditawarkan agak banyak berbanding pekerjaan sekarang.

Nak jadikan cerita saya rasa saya gagal untuk buat yang terbaik semasa interview kali kedua berjalan. Saya kecewa dengan diri sendiri sebab saya rasa saya kurang keyakinan bila berhadapan dengal panel interview dan soalan-soalan yang diberikan panel jugak agak mencabar.

Jadi sepanjang interview berjalan saya rasa saya tidak membuat dengan baik.

Ya, saya tahu ramai di luar sana yang sangat berkeyakinan bila dapat bercakap semasa interview dan saya ucapkan tahniah untuk mereka yang sentiasa berkeyakinan dan sentiasa mempunyai idea untuk bercakap.

Selepas interview tamat, saya rasa teramat kecewa dengan diri sendiri sebab saya tidak “ fully performed” bak kata orang kerana sudah lama saya menantikan untuk mendapatkan kerja yang sebenar.

Bila terfikir balik saya akan rasa sedih dan kecewa. Saya menangis dan salahkan diri sendiri kenapa lah saya tidak membuat yang terbaik walaupun pada mulanya saya yakin yang saya dapat menjawab interview tersebut dengan baik.

Saya tahu mungkin ini bukan rezeki yang Allah takdirkan buat saya jadi lama-kelamaan saya dapat terima yang kerja itu bukan untuk saya walaupun saya dah tunggu untuk setahun.

Sekarang saya masih lagi bekerja di tempat yang sama dan masih mencari sinar dalam mendapatkan pekerjaan yang sebenar-benarnya.

Namun begitu saya masih lagi bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan walaupun sebagai “part-timer” sahaja dikala ramai diluar sana yang terjejas teruk akibat dari pandemik ini.

Rakan-rakan dan sahabat tolong doakan saya ya supaya berjaya mendapatkan kerja suatu hari nanti dan sedikit sebanyak juga dapat membantu ibu bapa saya.

Saya doakan juga rakan-rakan yang lain yang tengah struggle untuk mencari kerja juga berjaya mendapatkan kerja dalam masa terdekat ini. Aamiin…

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *