Kerjaya Sebagai Guru

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Thank you kalau admin siarkan pos saya ni.

Sebelum tu saya kenalakan diri dulu lah, saya Nia, umur 2_. Semestinya bukan orang baru lepas SPM. Saya rasa peperiksaan SPM dah habis sebab tu saya rasa nak tulis pandangan saya. Saya merupakan anak seorang cikgu SK.

Mesti ramai pelajar SPM tengah duduk fikir nak sambung belajar apa lepas ni. Jadi sebab tu saya nak tulis pandangan saya bagi sesiapa nak pilih kerjaya sebagai guru ni. Ini hanyalah pandangan saya dan apa yang saya lihat mak saya sebagai guru yang mempunyai pengalaman 30 tahun insya-Allah lebih lagi.

Selepas saya habis SPM juga, saya fikirkan apa yang saya ingin lanjutkan nanti, saya memang tak ada niat untuk menjadi guru sebab saya tak minat dan tak tahu cara untuk mengajar. Saya minat bidang lain tapi mak saya cadangkan untuk memohon ipg iaitu menjadi seorang guru. Saya hanya menurut perintah dan memohon melalui online. Untuk diringkaskan, saya terpilih untuk ujian kelayakan 1 iaitu ujian objective dan ujian kecergasan (ujian ni ada nama khas tapi saya lupa). Alhamdulilah saya lepas, untuk melepasinya bukan senang sebab dorang akan buat saringan dari berapa belas ribu pemohon. Ujian kecergasan tu amat penting bagi melahirkan guru-guru yang berstamina. Selepas ujian kecergasan saya perlu melalui temuduga untuk lepas memasuki ipg tersebut.

Tapi saya ada nyatakan hasrat kepada mak saya berkenaan apa yang saya minat dan mak saya sedikit kecewa kerana dia ingin saya menjadi guru. Hampir sebulan mak saya tak bercakap dengan saya kerana fikir saya pandang rendah pada kerjaya sebagai guru. Jujur saya tak pandang rendah, saya sedih tapi saya ikutkan sahaja, saya pergi ke temuduga dengan abah saya kalau tidak sebelum ni mak saya yang akan hantar ke sana. Jujur saya tidak membuat apa-apa preparation hanya practice speaking sahaja sebab saya memilih TESL. Mak saya kata guru melayu dalam English kurang jadi mak nak saya menjadi guru Bahasa Inggeris untuk mengajar budak melayu khususnya. Sebagaimana kita tahu ramai pelajar melayu susah untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua. Saya amat gementar kerana saya lihat pada calon yang lain semuanya fasih. Saya kadang2 je speaking tapi tak ada lah sefasih mereka.

Ada calon lain menganggap saya sebagai pesaing sebab saya merupakan pelajar lepasan MRSM. Ramai fikir oh dia ni budak mrsm, sbp jadi mesti dia biasa speaking ni dan English power. Saya hanya gelak dalam hati sebab saya rasa dorang lagi pandai daripada saya. Temuduga dimulakan dan jelas mereka lagi power dari saya, saya amat gugup sampai blank kepala otak saya dan sangat kurang bercakap semasa sesi kedua.

Time flies, saya dapat tawaran belajar di uitm tapi saya menolak kerana saya berharap saya akn ke ipg. Tapi ipg pun saya tidak dapat, tahun kedua saya memohon ipg lagi walaupun saya sudah menyambung pelajaran di tempat lain. Tapi kali ini saya tidak melepasi ujian kecergasan yang kelayakan untuk ke sesi temuduga . Saya kecewa kerana tidak dapat menunaikan hasrat mak saya sebab itu tahun akhir bagi saya untuk memohon ipg, ipg menawarkan ijazah bagi umur 18-19 sahaja.

Saya dah habis belajar jadi saya nak sambung belajar lagi dan mak saya menyuruh untuk sambung dalam bidang lain tapi bukan pendidikan. Saya jadi pelik sebelum ni mak bersungguh ingin saya menjadi guru kenapa kali ni tidak menyuruh saya memohon dalam bidang pendidikan.

Tapi baru-baru ni mak ada katakan kepada makcik saya mcm ni dan sedar itu jawapan kepada persoalan saya”sekarang jadi cikgu bukan senang, kena ada mental dan fizikal yang kuat. Kalau dulu cikgu tak payah bersusah payah nak kejar tarikh akhir untuk itu ini tapi sekarang guna ict jadi kena kejar untuk masuk data itu ini” ” kalau dia (tunding ke saya) ni tak kuat mcm saya, dia mesti akan berhenti” mak kata macam tu sebab ada seorang guru muda tidak mampu melakukan dan akhirnya berhenti.

Saya sendiri akui, dan nak saya tegaskan ini apa yang saya lihat mak saya sebagai guru. Saya fikir jadi guru ini hanyalah mengajar murid tapi tidak. Mak pernah balik lewat malam kerana ada tugasan last minute bersama-sama kerani yang lain. Pernah juga balik pukul entah berapa pagi dan tidak tidur kerana ingin menyiapkan laporan audit. Dan pagi tu mak balik dan pergi ke sekolah seperti biasa. Tidur lewat sebab ingin key-in markah murid tapi pangkalan data lambat kerana berpuluh ribu lagi guru juga sedang melayarinya. Saya pernah teman mak saya ke pejabat untuk dia menyiapkan kerja bersama-sama guru dan kerani yang lain hingga saya terlelap.

Betul jadi guru bukan hanya untuk mengajar ada tu hingga jadi sebagai babysitter kalau dapat murid yang tak reti uruskan dirinya sendiri.

Zaman berubah kalau dulu rotan dan mendenda hanya untuk dijadikan pengajaran agar serik dan tidak melakukan lagi tapi sekarang sentuh sedikit sahaja, guru berdepan dengan Ibu bapa yang tidak puas hati hingga membuat laporan polis dan naikkan isu tersebut ke kemen____.

Saya hanya ingin menasihatkan sahaja kalau ada yang ingin menjadi guru pastikan anda betul-betul minat dan komited untuk melakukannya.

Oh ya untuk menjadi guru biasanya ada 2 saluran iaitu ipg atau upsi tapi sesiapa yang memasuki upsi belum tentu menjadi seorang guru. Tapi ipg pun untuk melaporkan diri sebagai guru juga ada temuduga khas. Kalau lepas insya-Allah dapat kalau tidak saya tak tahu. Dan satu lagi ipg yang dulunya dijamin keluar akan menjadi guru pun lepas mereka habis belajar, sekarang mereka sempat tanam anggur lepas habis belajar. Itu apa yang saya lihat ya.

Saya rasa cukup panjang pos ni, takut tidak ada yang membacanya pula hehe. Sebelum saya mengudurkan diri, sorry kalau apa yang saya katakan tu ada yang terasa atau salah dari sisi anda.

– Anak cikgu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit