Kes Tipu Barang Sampai Lambat

Assalamualaikum, untuk kes akak yg kena tipu pasal pos barang lambat tu, (https://iiumc.com/peniaga-online-tak-jujur/) actually mcmni..

Saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Suhada, berumur 19 tahun dan berasal daripada keluarga yang tidak berapa senang dan merupakan anak sulung daripada 12 beradik, dan saya perempuan. Saya menuntut Diploma dalam bidang bisnes di salah satu Kolej Swasta di Utara tanah air.

Tujuan saya menyambung diploma adalah di atas kehendak kedua2 ibu bapa saya sendiri, saya gagahkan diri untuk belajar juga walaupun saya tahu seksanya menjadi pelajar IPTS yang kurang berkemampuan. Okay itu serba sedikit tentang diri saya.

Kembali kepada cerita asal, saya mula berkerja pada semester 2 di salah sebuah stor pakaian yang agak dikenali di Malaysia dan mempunyai ribuan agent dan dropship dan di bawah saya sahaja saya perlu menjaga 300 agent dan 450 dropship. Namun semakin lama bekerja, saya dapat merasakan perasaan yang tidak tenang, kerana kesalahan2 menipu dalam perniagaan yang terpaksa saya hadapi…

1. PROSES PENUKARAN TAG SAIZ PAKAIAN

Hal ini berlaku apabila saiz yang diminta oleh pelanggan@agent@dropship tiada, staff terpaksa mengambil saiz terdekat, contoh Saiz yang dikehendaki adalah Saiz S, tetapi saiz yang ada XS, M, dan L sahaja. Maka, saiz XS atau M yang akan diambil dan dihantar kepada tukang Jahit untuk proses penukaran TAG SAIZ. Bila sampai ke customer, jawapan biasa akan diberikan “Maaf sis, ukuran dia memang akan ada lari 1-2 inch”. Jd cust tak boleh nak kata apa, either diam or refund.

2. PROSES PEMBUNGKUSAN PARCEL

Terdapat berpuluh brg pos yang saya yang staff bahagian pos terlepas pandang. Ada kadang2 tu saya dimaki customer kerana seminggu barang dia tak sampai2. Kesilapan saya bila sebab tak check tracking number, tapi setelah dimaki hamun, saya check tiada dalam sistem, bila saya pergi ke tempat proses bungkus barang sebelum dihantar ke courier, barang tu tercicir di celah rak, saya akui kesilapan saya tentang itu, maafkan saya Cikgu Nur (tidak mahu menyebut nama penuh). Bila tanya staff yang terlibat “Maaf dik, abang terlupa, tak perasan, jatuh”. Hati pada masa itu tuhan je yang tahu, jadi saya mengambil keputusan untuk menghubungi pelanggan dan meminta maaf.

3. DITAWARKAN BANYAK KEUNTUNGAN

Mcm kami sebagai staff, kami dibayar ikut jam. Saya sebanyak Rm 4 sejam tidak termasuk komisyen sebanyak 10% bagi setiap barang yang dipos. Disebabkan saya mempunyai ramai agent dan dropship seperti yang dinyatakan di atas, maka saya mampu mendapat komisyen sehingga Rm 2500 sebulan campur gaji, kadang2 sebulan saya mampu mendapatkan RM 4K sebulan (Hal ini kerana barang pos dibawah jagaan saya mencecah ratusan bungkus setiap hari). Ditambah pula disediakan hostel pekerja yang begitu selesa, apartment yang dilengkapi kemudahan TV, Sofa, Katil, Dapur, Peti Sejuk dan aircond. Siapa yang nak tak nak kan?

3. IKLAN YANG MELAMPAU

Mcm Iklan Waffle KFC yang viral baru2 ni, nampak tak perbezaan dia? Begitulah juga dengan kami, pelbagai trick dilakukan untuk buat gambar video menjadi lebih menarik.

Nak tak nak, saya terpaksa redha sahaja disebabkan saya memang memerlukan duit, target saya ialah untuk mengumpul simpanan sebanyak 20K barulah saya berhenti kerja. Itulah serba sedikit mengenai latar belakang untuk peniaga online, bukan dari bidang pakaian seperti saya sahaja, kawan saya yang bekerja untuk kosmetik Timbang Kilo pun mengalami masalah yang sama.

Saya memohon maaf di atas kesilapan dan dosa yang saya lakukan terhadap pelanggan2 yang teraniaya. Saya faham perasaan kalian apabila barang sampai adalah tidak seperti yang dijangka, lari saiz ataupun masalah pengeposan. Maaf beribu kali maaf.

– Suhada

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *