Hai sebelum itu terima kasih sudi kongsikan luahan aku ini.
Ya aku tahu isu ini memang sensitif pun di kalangan masyarakat apatah lagi dalam agama. Apatah lagi aku ini beragama Islam.
Tapi ini lah realiti yang berlaku dan tengah masih berlaku dalam hidup aku.
Aku perkenalkan diri yang aku gelar Man. Aku berumur 27 tahun. Aku berasal dan menetap di Sabah.
Aku mula terjebak dengan kegiatan ini sudah lama. Sejak aku di usia masih muda iaitu sejak di bangku sekolah rendah sehinggalah berumur 27 tahun sekarang.
Mungkin aku gelar aku ni boleh dikatakan penyondol jugak dalam rumahtangga. Tapi aku ini lelaki. Aku suka berkenalan dan berhubungan dengan suami orang melalui satu laman media sosial songsang ini.
Aku tahu pasal penyakit kelamin iaitu AIDS dan HIV. Walaupun aku sering bertukar pasangan dan memang banyak dah lelaki suami orang yang mempunyai nafsu yang sama aku jumpa di laman media sosial itu..
Akan tetapi aku tidak berhubungan sesuka hati dan pernah dan kerap buat pemeriksaan dan aku tidak pernah lagi terkena penyakit itu. Aku pun mintak dijauhkan juga.
Cara aku berkenalan hanya melalui kawan biasa dan membuat aksi ringan dengan suami orang dan meminta pertolongan melalui belanja wang ringgit.
Semua aku buat suka-suka sahaja bercinta secara senyap demi keseronokan sahaja. Ada rasa bersalah dalam hidup aku walaupun aku tahu pasal hukum tapi aku ada niat nak nak berubah tapi sebab nafsu itu aku abaikan.
Pada tahun 2018, aku telah berkenalan dengan lelaki dan juga suami orang yang juga seorang berasal dari semenanjung dan bekerja di Kota Kinabalu Sabah. Ya dia PJJ dengan keluarganya di semenanjung. Dan aku gelar dia F.
Kami sangat rapat. Semenjak aku berkenalan dengan F, aku telah berhenti mencari lagi kenalan di laman media sosial songsang itu.
Aku terlalu rapat dengan F. Ibarat suami isteri dalam satu rumah di Bandar Kota Kinabalu Sabah. Mudah kami berhubungan disebabkan F tinggal seorang kerana berjauhan dengan isteri dan anaknya di semenanjung.
F layan saya dengan baik dan kerap tunjukkan dia sangat sayangkan aku Kalau ajak keluar F akan ajak berdua dan sering bagi apa saja aku minta dari segi wang ringgit dan sebagainya.
Bertahun-tahun hubungan kami tiada masalah…
Sehinggalah berlaku pada September 2024, aku sangat terkejut bila menyedari mendapat satu panggilan telefon dari yang aku tidak jangka iaitu Isteri F.
Ya. Isteri F rupanya telah tahu secara diam-diam hubungan aku dengan F. Setelah sekian lamanya.
Isteri F ni orang baik dan seorang Ustazah. Dia telah merayu aku agar tinggalkan F dan meminta aku rahsiakan dulu dari suaminya.
Tapi aku sukar dan aku sangat sayangkan F.. aku tersepit.. aku bukan bangga pun berhubungan terlarang macamni tapi kalau dah terjebak lama memang payah.
Tapi sejak Isteri FB telah hubungi aku secara senyap itu, aku telah cuba untuk jauhkan dari F. Aku risau nasib kemudian hari.
Sebelum itu maafkan aku kalau luahan aku ini terlalu sensitif.. Terakhir kali aku cuba berubah.. Aku tahu sebenarnya hukum dan balasan mengenai apa aku buat ini. Aku tahu tapi aku jahil disebabkan nafsu semata.
Doakan aku..
– Man (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hawa nafsu ni lebih jahat drp 70 ekor syaitan kata ulamak
Kalau btl ko nak berubah ko kena tinggalkan punca maksiat ko.Apa?Delete apps songsang tu dan buang / block no tel F…
Selagi kau berhubung dgn F selagi tu nafsu ko meminta2 utk berbuat dosa.
Cubalah cara aku ckp ni.Kena berkorban kalau ko betul2 nak berubah.Nak ke mati dlm keadaan berbuat dosa?Mati tak tunggu umur berapa ya.Zmn skrg ramai mati mengejut…
Aku doakan kau kuat utk berubah.Doalah pd Tuhan agar buang rasa nikmat maksiat dlm diri kau
tinggalkan la F tu, dia dah ada family, jgn terus rosakkan dia, diri sendiri dan keluarga F, fikirkan keluarganya,
Panggilan dari wife F tu sbenarnya ialah ‘wake up call’ dari Allah juga.. selama ni Dia telah ‘tutup’ aib kamu dan alhamdulillah kamu x dijangkiti sebarang penyakit yg x diingini.. bayangkan jika kamu mninggal dlm keadaan masih belom sempat bertaubat dgn sepenuh hati.. kesedaran tu ada, tapi perlu disusuli dgn taubat nasuha : benci dgn perbuatan itu, berhenti dari kegiatan x brmoral itu, dan tidak mngulangi nya lagi. Selepas itu, berusaha lah ke arah kebaikan.. putuskan hubungan dg semua yg ada sejarah ‘songsang’ tu, kalau bole pindah ke tempat lain yg diorang xtahu (klau nk cari awk), tukar no.hp yg baru & mulakan hidup baru; dalami ilmu agama terutama tauhid, tasauf n fekah, buat amal ibadah seolah akn mati esok hari.., hidup di dunia ni x lama, mngkin esok lusa kita akn mati jugak, n apa yg kita nk bawa di depan Allah nt.., tentunya bkn dosa2 yg belom terampun oleh-Nya.. ambil iktibar dari apa yg telah berlaku & bertindak sekarang.. Allah ambil kira ‘pengakhiran’ kita n bkn apa yg kita dah lakukan, jika taubat kita sempat diampunkan.. wallahu a’lam..
aku benci orang macam kau. habis runtuh rumahtangga aku. tak guna punya gay