Kesedaran Umum

Assalamualaikum semua.. semoga cerita ini disiarkan dan dapat menyedarkan kembali insan-insan yang terlupa.

Dekat belah utara ni, pengangkutan yang selalu digunakan ialah komuter. Kenapa? Sebab murah dan cepat.. kalau nak dibandingkan dengan bas, mahal dan masa untuk sampai ke destinasi agak lambat. Komuter kan ada route yang tersendiri dan tiada kenderaan lain yang boleh guna mcm bas yang kena guna jalan raya seperti biasa.

Mak saya, selalu ulang-alik dari Perlis ke Kedah sebab rumah asal kami di sini. Nak dijadikan cerita, mak saya ni dah kategori mak cik-mak cik yang hampir 50an dan ada darah tinggi. Saya percaya pembaca2 juga mempunyai mak yang sekitar umur mak saya. Masalahnya sekarang, dalam kalangan anak-anak muda di abad 21 ni, ada ramai yang tidak prihatin. Mak saya selalu mengadu, dia kena berdiri sampai sejam lebih dari mula naik komuter sampailah dia turun.

Ingat tak dulu masa kita sekolah cikgu2 selalu ajar nilai2 murni di mana kita kena bagi orang-orang yang memerlukan seat dalam pengangkutan awam? Tak payahlah saya cerita kategori2 orang yang macam mana sebab saya sangat pasti anda semua sedia maklum. Mak saya cerita, budak2 yang naik komuter ni selalunya budak universiti dan pelajar-pelajar institusi yang signifikan. Budak2 ni saya percaya adalah orang yang mampu berjalan dengan baik, berdiri dan bertinggung tanpa sebarang masalah. Tapi, daripada menawarkan tempat2 duduk untuk orang2 yang lebih tua, mereka lebih selesa duduk dan pejam mata rapat, sambil sumbat telinga dengan earphone. Kalau yang x mengantuk tu, mereka akan main telefon tanpa mengendahkan orang lain. Harus diingatkan, bukan semua orang ada kemampuan untuk minta seat directly walaupun dia lebih tua daripada orang yang duduk tu. Tapi, mereka akan terima dengan syukurnya kalau ada orang offer seat untuk mereka.

Maaf kalau terlampau panjang, saya nak pastikan orang faham dan sedar masalah remeh macam ni. Remeh bagi kita orang muda yang masih tiada masalah sakit-sakit sendi kronik, tapi berat bagi orang2 berumur yang ada masalah kesihatan. Mohon semua pembaca yang menaiki pengangkutan awam, adakan kesedaran dalam diri dan jangan pentingkan diri. Apa perasaan anda kalau ibu bapa anda kena berdiri lama sambil pendam perasaan tengok kita tidur dan buat tak peduli? Tak best kan? Alah…kalau setakat lenguh sekejap je tahan la…. bukannya kau boleh mati sebab tak boleh duduk dalam komuter pun. Kau turun komuter pastu jalan2 kejap pegi toilet ke hilanglah lenguh tu…

Orite, terima kasih!

– Anak Mak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit