Khilaf Seorang Ibu

Hai.. nama aku Effa.. Umur lewat 30an.. Aku mempunyai 2 orang anak.. aku rasa sudah cukup dan aku plan tidak mahu ada anak lagi.. Tapi dengan izin Allah aku pregnant lagi..

Bermula bila tahu aku pregnant aku mula serba salah.. adakah aku patut teruskan pregnant atau buang saja baby ni..

Bila aku tanya pada suami.. dia kata terpulang pada aku.. Fikir punya fikir aku teruskan kandungan ku.. tapi dengan rasa berat hati.. Dengan rasa tidak redha.. Aku mula rasa malu dan tak suka bila orang tanya pasal kandungan aku..

Pada awal usia kandungan ku.. Suami aku kantoi curang.. Setelah terbongkar kisah curangnya dia ambil keputusan untuk ceraikan aku..

Masa usia kandungan aku 6 minggu jatuh talak satu di depan hakim.. Dia terus keluar rumah dan tidak peduli kan aku dan anak- anak.. tiada siapa yang tahu aku telah bercerai dengan suami selain dari family aku..

Selepas itu aku makin jadi tidak redha dengan apa yang terjadi.. Semua aku rasa salah di mataku.. Kenapa Allah uji aku macam ni sekali.. Aku uruskan semua hal seorang diri.. urus anak-anak sekolah.. Pergi check up..

Kebetulan masa pkp aku yang tengah sarat mengandung ni beli barang keperluan seorang diri.. Sampai waktu nak bersalin aku sendri drive balik ke kampung utk bersalin. Mujur masih ada family yang membantu.

Aku sering merintih dan merungut tapi cuma dalam hati.. Bila penat aku salahkan takdir Tuhan.. aku persoalkan kenapa la aku masa aku mengandung ni la macam- macam dugaan..

Aku teruskan life walau hati ku tidak redha dengan semua yang terjadi hingga aku selamat bersalin..

Alhamdulilah baby aku sihat sempurna dan comel.. Semasa dalam tempoh berpantang setiap kali aku rasa sakit selepas pembedahan..

Bila baby aku meragam.. bila anak-anak aku buat perangai aku mula fikir macam-macam.. aku mula menyalahkan takdir.. aku jadi stress..

Hingga aku berkira-kira nak bagi susu sendiri atau susu formula.. Sampai tahap aku rasa nak bagi orang lain baby aku ni..

Tapi itu semua hanya di dalam hati dan fikiran ku sahaja.. aku tidak luahkan pada orang lain.. Orang lain nampak aku steady dan normal sahaja.

Hingga suatu hari selepas aku habis pantang 44 hari. Baby aku mula meragam.. menangis tak henti tanpa sebab.. aku lagi la naik stress..

Bila aku pegang n pujuk baby lagi dia menangis.. Bila mak aku dukung dan pujuk baby aku diam.. Tapi takkan aku nak harapkan emak aku saja nak jaga baby..

Sebolehnya aku tak nak susahkan siapa-siapa.. Suatu malam sedang mak aku pujuk baby aku yang tengah meragam mak aku tanya satu soalan yang membuatkan aku tersentak..

Mak.. nak tanya Efa ni.. Efa ada ke rasa macam tak suka kat anak Efa ni.. Ada ke rasa macam nak bagi kat orang lain baby ni???

Ulpss tertelan air liur aku.. Muka aku rasa panas.. otak aku ligat berfikir.. macam mana la mak aku tau aku ada rasa macam tu.. aku selalu bermonolog dalam hati jer.. Tapi aku cover perasaan aku tu..

Aku jawaB.. Ehh mana ada mak.. Efa sayang anak Efa ni…

Huhu, sumpah aku sayang baby dan anak-anak aku.. cuma aku selalu rasa tak redha dalam hati jer.

Pastu mak aku kata.. Owh kalo macam tu takpe la.. baby ni dia tau perasaan mama dia kat dia.. Ni dia nangis ni saja lah tu minta perhatian mama dia ni..

Aku rasa nak meraung masa tu.. tapi aku tahan.. aku terus pergi amik wuduk dan solat.. aku menangis masa berdoa..

Aku rasa aku manusia yang kufur nikmat yang diberi oleh Allah swt.. aku salahkan takdir aku sedangkan aku tau Allah swt tak menguji hambanya di luar kemampuan.. aku jadi lupa semua itu..

Aku bersungguh2 minta ampun pada Allah swt.. Aku rasa sangat2 berdosa pada Allah swt.. berdosa pada baby dan anak-anak aku..

Habis solat aku tengok baby aku sedang tidur lena.. kesian baby aku tak salah apa-apa.. Dia tak tahu pun apa yang jadi kat mama n papa dia..

Dah la papa tak ada dan tak sayang dia.. Takkan la mama pun nak buat dia macam tu.. Aku meraung lagi…

Rasa bersalah datang bertimpa-timpa.. Aku mula rasa menyesal.. aku usap kepala baby aku.. aku cium-cium baby aku sambil menangis dan cakap kat baby.. mama minta maaf sayang.. mama tau mama salah.. Mama sayang baby..

Lepas dari hari tu hari-hari aku solat taubat dan minta ampun kat Allah swt atas khilaf aku.. hari-hari aku cakap kat baby mama sayang baby.. baby jangan merajuk lagi dengan mama ye..

Ajaibnye baby aku macam faham je apa yang aku cakap kat dia.. Bila aku usap-usap kepala dia sambil cakap macam tu.. mata dia tengok je muka aku.. macam faham je perasaan mama dia..

Sumpah aku rasa bersalah.. Alhamdulilah baby aku pun dah kurang meragam..

Sekarang baru aku sedar kadang-kadang apa yang kita fikir itu la yang akan jadi.. macam kes aku cuma aku monolog sendiri je dalam hati.. Tak redha tak ikhlas.. aku tak luahkan pun

Kini aku rasa bahagia ada baby yang comel.. aku rasa ikhlas dan redha dengan semua hal.. Hati dan jiwa aku makin rasa lapang n tenang..

Doakan aku guys dapat teruskan life dengan anak-anak.. Ex laki aku langsung tak bagi nafkah atau tanya khabar berita aku n anak-anak.. Takpe la aku redha.. Biar la kat dia..

Terima kasih sebab sudi baca luahan hati aku.. Khilaf seorang ibu …

– Effa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *