Kiamat: Sedar Ataupun Tidak

Assalamualaikum wbt. Izinkan aku menulis ni admin. Aku nak sampaikan kepada seramai yang mungkin. Aku tak kisah ada yang terima atau tidak, nak berbunyi apa pon aku tak kisah dah. Noktah.

Ya. Baca semula tajuk kat atas tu. Kadang-kadang aku duduk sorang2, aku tertanya, apa yang orang islam kat sekeliling aku buat ya? Adakah mereka sedar pasal hakikat 1 peristiwa yang ada dalam rukun iman iaitu Hari Kiamat??

Pertama, banyak hadis2 akhir zaman yang tandanya telah berlaku sekarang. Antaranya, manusia berlumba2 membina bangunan tinggi. Dan telah berlaku 10 tahun yang lepas pon, kita tak sepatutnya bermegah dengan KLCC, Burj Khalifa dan sebagainya kerana itulah tandanya kita tidak lama.

Seterusnya, part scary yang aku nak sentuh. Dalam tahun ini sahaja peristiwa2 besar banyak berlaku SERENTAK, atau dalam jangka masa yang sangat2 singkat. Dahulu masa aku kecil, setahun baru sekali kejadian2 seperti ini berlaku.

Ok dalam tahun ini, awal2 tahun dah digemparkan dengan pergaduhan USA dan Iran. Taw tak impak dia, iran punya marah sampai dia on balik projek nuklear dia dan dia tembak rawak pesawat Ukraine, dah tak pasal2 ukraine pulak nak gaduh dengan iran.

Ukraine memang bermusuhan dengan Russia dan Iran ni 1 geng dengan Russia. Ko rase, kita tak bernasib baik lagi ke? Andai die bertindak sampai gunakan nuklear, negara2 lain tak triggered untuk gunakan nuklear jugak?

Lagi, kebakaran hutan besar-besaran di Australia, ya. Macam tak nampak impak, tapi tahu tak yang ratus juta haiwan mati? Apa lagi yang ada untuk generasi depan?

Nak lagi, ekonomi drop gila2 sebab kes virus yang melanda. Sebab ramai yang sakit, maka tak boleh nak pergi kerja.

Impaknya ada kat China, negara mereka adalah negara pembekal yang paling utama di dunia. Bila pekerja tak boleh kerja, ekonomi negara lain macam mana? Pergi tengok bursa saham, dah jadi ‘bloodbath’ iaitu semua pasaran rugi dan merah je warna kat skrin.

Lagi, time2 mcm ni USA pulak nak buat pilihanraya pilih presiden baru, tu 1 hal. Yang musykilnya 2 orang yang tengah leading sekarang ni, sorang umur 77 sorang lagi umur 78. Tak musykil ke? Yela mungkin ko cakap tu negara luar, biarkan. Tapi letak la kemusykilan sedikit.

Lepastu, tengok depan mata kaabah dah jadi macam mana? Tanduk setan tu dah tutup dah Kaabah tu. Dan sekarang orang pulak tak bertawaf. Jangan jadi denial lagi, ini memang perkara serius dan besar yang akan berlaku. Bila kaabah dah takde orang tawaf. Na’uzubillah.

Jadi apa point yang nak aku sampaikan. Sekarang aku rumuskan apa pendapat aku. Macam aku cakap tadi, aku tak kisah nak terima atau tidak.

Antara tanda akhir zaman, bila Dajjal nak keluar nanti, dia akan datang membawa air dan api. Rasulullah bagi hint yang ko kena ambik api dan jangan ambik air kalau nak selamat.

Apa yang aku nampak, bila terbaca ayat surah Ali-imran ayat 130, Allah beri arahan pada orang beriman, jangan makan riba dan bertaqwa supaya dapat untung.

Sekarang tanya diri ko balik, bila tiba ko nak membeli sesuatu kereta atau rumah contohnya, boleh tak ko tak payah beli pakai loan, dan kerja kuat2 tak kisah la berapa tahun smpai dapat kumpul duit untuk beli barang tu?

Mesti la payah bukan, dan sampai cakap ini kerja gila. Audit balik diri ko masa cakap macam ni, ada tak ciri2 orang beriman kat ko? Sebab ko tak buat seperti apa yang Allah instruct.

Ya, ko akan cakap kita ada majlis ulama sedunia yang dah cari jalan penyelesaian untuk mudahkan kerja kita. Problemnya, kita masih susah bila guna kewangan islamik ni. Bagi aku, biar la aku bawa diri aku sendiri.

Sewa rumah, beli kereta kancil 2nd hand asalkan tak berperang dengan Allah dan Rasul (Al-baqarah 278-279). Aku musykil dengan bank ni walaupun dia islamik dan dapat kelulusan majlis fatwa sekalipun sebab induk dia bank negara, dan induk bank negara adalah bank dunia.

Kita memang dah tahu bank dunia siapa punya. Tak kan mungkin musuh2 ni tiba2 ada soft spot untuk orang islam smpai buat sistem ‘islamik’ sebab Allah dah cakap yang diorg ni tak akan senang dan tak putus asa smpai kita ikut mereka. Tengok balik surah Al-baqarah ayat 120.

Geng2 Dajjal dan iblis ni bukan buat kerja sehari dua. Surah Al-an’am 116-117 ni dah ada hint, apa yang ramai orang buat tak semestinya betul. Disokong pulak hadis Rasulullah, yang umat islam akhir zaman ni ikut sikit2 smpai masuk lubang biawak. Tanya balik, ko dah masuk lubang biawak ke belum?

Imam shafie bagi hint, ikut orang yang paling banyak kena fitnah. Mana mungkin ko nak ikut sebab ko dah tak reti beza mana 1 betul mana 1 salah. Tengok waktu2 mcm ni jela. Ko taw tak apa yang ko kena buat dengan perintah pergerakan terhad ni?

Point aku jelas. Umat islam dah lama masuk lubang biawak sampai dah terkena penyakit Al-wahn. Dah tak reti beza mana betul mana tidak. Dah terkena fitnah ekonomi iaitu RIBA dan tunggu masa bapak segala fitnah iaitu Dajjal keluar.

Die keluar dia bawa fitnah tauhid. Banyak la yang akan tewas sebab sibuk kejar harta dunia, kereta sampai 3-4 bijik, rumah nak besar2, smpai langsung tak buat kerja2 Allah. Tak buat kerja dakwah. Asyik tak sempat, mana taknya. Solat pon pikir pasal kerja.

Inilah tandanya. Di saat ekonomi2 dunia tengah crash, akan tiba seseorang dari amerika sana yang buka ruang untuk dajjal. Hint, pilihanraya presiden.

Di arab saudi pulak, dah nak hampir berlaku perebutan takhta dan nak bagi hint, imam mahadi berserta panji hitam akan bangkit dari timur. Yang apabila ko dengar, ko kene pergi berbaiah tak kisah la sampai kena merangkak kat atas salji.

Dajjal akan buat korang terpegun dengan bantuan2 subsidi, pinjaman duit, makanan sampai boleh hidupkan yang dah mati. Ko pulak dah lemah ilmu tauhid, tak boleh beza dan terus laju pergi amik bantuan. Nasib ko checkmate lepas tu. Sebab part loan bank pon dah kalah, apatah lagi bapak segala loan keluar nanti.

Seruan aku 1 saja. Apa yang ko dah persiapkan untuk diri dan keluarga? Tanda besar dah nak keluar. Ko masih lagi pikir komitmen riba yang tak dapat nak settle atau ko dah standby tempat tinggi untuk lari, nak bawak keluarga sekali smpai stok2 makanan pon dah simpan. TIDAK.

Ko dah sibuk sangat2 smpai takde masa nak persiapkan semua itu. Ingatlah saudara saudari sekalian, bila waktu yang dimaksudkan berlaku, sudah terlalu lambat untuk ko buat something.

Jadilah golongan yang 1 dalam 73. Jadilah orang yang ghuraba’. Ustaz2, ulama’ tak payah nak tipu diri dan orang lain.

Engkaulah yang Rasulullah label sebagai ulama’ su’, yang tadbir agama ikut suka hati ko sendiri. Ko takut apa kalau bawak benda yang betul, nanti orang tak suka, tegak jela pada Al-Quran dan As-sunnah.

Yang rakyat biasa ni tak kesian ka, confuse teruk smpai ikut ko jatuh dalam lubang biawak. Azab neraka tu sangat dasyat, minta sangat2 jangan jadi macam At-taghabun Ayat 10. Mancis pon x sanggup apatah lagi neraka.

Okey sudah. Terima kasih. Tak kisah benda ni smpai pada beberapa orang sekalipun, kalau asbab ini 1 orang sudah berubah, Alhamdulillah. Wallahu’alam.

– 1 dalam 73 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *