Hi semua, first of all, thank you admin kalau confession aku ni admin approve. Ini more to aku nak luahkan apa yang aku rasa dalam hati tapi malu nak luahkan kepada orang terdekat.
Nama aku Bunga, of course la bukan nama sebenar. Umur 30 tahun, berasal dari kota kuala lumpur, baru mendirikan rumah tangga hujung tahun lepas.
Aku bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Alhamdulillah rumahtangga aku masih bahagia dan okay saja. Kami suami isteri tengah cuba untuk stabil kan diri masing-masing.
Biasa la bila pulang ke kampung untuk kenduri dan raya, orang akan tanya pasal anak, dulu-dulu orang tanya bila nak kahwin? Dah kahwin orang mula tanya bila nak ada anak.
Mulut aku dan suami ada satu skema jawapan je. “bila ada rezeki”.
Tapi ada juga yang sibuk suruh kitaorang pegi check dekat pakar takut ada problem kesuburan, especially aku lah. Sebab selalu orang assume yang perempuan yang problem bab ni, aku iyakan saja sebab malas nak cakap banyak.
Aku tahu kalau aku cakap benda sebenar sebab kitaorang belum ada anak, orang akan terkejut dan bantah. Both of us don’t want kids. YET. Baca tu yet. Bukannya tak nak terus.
Kami berdua memang tak ready untuk ada seorang lagi manusia bawah tanggungjawab kami.
Memang masing-masing dah berumur (suami 3 tahun lagi tua dari aku) tapi bagi aku, kalau mental aku tak ready. I just can’t.
Aku pernah luahkan perasaan aku pasal anak ni dekat kawan baik aku, dia terus judge aku dan cakap, anak itu punca pintu rezeki.
Aku terdiam. Sebab aku tak deny benda tu. Memang anak itu rezeki. Tapi tu lah, diri aku ni macam mana pula?
Mental tak ready, financial apa tah lagi. Dua-dua masing struggle in our own life. Aku kecewa sangat, kalau tak nak support, just be happy for me. No one have this mindset, at least in my circle of friends.
Aku lagi trauma bila aku tengok struggle kawan-kawan aku besarkan anak diorang. Tidur kena sacrifice, bila tak cukup tidur, mulalah nak mental. Anak dipukul dan dicubit walaupun just menangis sebab benda kecil.
Aku kalau boleh tak nak besarkan anak aku dalam situation macam tu. I need to make my mental strong first.
Belum cakap pasal financial problem, kawan-kawan pinjam duit dekat aku nak beli susu anak, aku nak je cakap “aih kata anak tu rezeki” tapi tak sampai hati. Aku bagi je pinjam sebab kawan aku sendiri.
Diaorang judge aku dengan pendirian aku, meh sini aku judge diaorang pula.
Aku decide ambil pil perancang before kahwin sebab aku memang paranoid aku terpregnant awal. Itu pun kena judge. Bosan hidup asyik kena judge if your pendirian is not in sync with others.
Lepas ni plan nak pasang implant pulak malas nak telan pil everyday. Imagine the backlash i got.
Alhamdulillah suami aku faham dengan aku, dia pun cakap dia belum bersedia, kalau boleh dia nak bagi yang terbaik untuk zuriat dia.
Kalau keadaan macam sekarang, dia akan sedih. Nak beli barang pun fikir 10 kali. So bagi la kami stabil.
Aku bukannya cakap aku tak nak anak terus. Not yet je. Jangan la korang paranoid sangat macam aku tak nak anak terus.
Aku tau keliling aku concern, tapi i am happy, with my life and my husband. So can’t you guys just be happy for me?
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit