Kifarah Dosaku

Assalamualaikum. Bila sebut tentang kifarah, mesti kita terbayang apa yg kita buat dulu akan dibalas di dunia tak.. atau menanti perhitungan di akhirat kelak. Kan? Macam tu juga kisah aku ni yg berlaku bertahun lamanya. Adakah itu tanda kifarah?

Cerita ni bermula masa aku berusia 7 tahun. Ye darjah 1. Dah lebih 20 tahun pun. Tapi masih terbayang benda yg jadi depan mata. Aku anak tengah. Family aku orang kampung. Ayah aku seorang tentera. Mak aku surirumah je. Bukan pilihan mak mertua. Orang dulu -dulu bab kisah menantu bukan pilihan ni bersepah je.

Kisah bermula bila kami berpindah keluar dari semenanjung. Jauh dari family ayah aku. Dan bermula lah kisah sedih mak aku. Ingatkan bila anak dah ramai, dah dapat la terima menantu dia aka mak aku ni, tapi silap. Lagi hebat lagi kena game. Aku suka guna terms game ni. Sebab hidup mmg mcm game. Stay & life. Or game over! ! Finish! erm.

Game 1: Surat .

Ye. surat cinta gamaknya. Masa tu posmen datang, kebetulan aku tengah main kat halaman rumah dgn kawan2. Eh budak2 weh main guli la. haha.. Aku bagi mak. Aku tak tahu surat apa mulanya. Tapi bila aku tengok mak aku mula Menangis. Sendu. gigil2 tangan dia baca.Aku dah mula suspen. Surat pe eh?

Surat warna pink. berbunga2. Aku terdiam tgk dia. huhuhu. Dan dia tak tahu aku intai dia tengah baca surat. Pastu dia sorok surat tu ntah mane. Dia x buang. Bermulalah episod detective conan. Aku start mencari mana surat tu. Surat pink!!Surat oh surat di mana kau surat.

One day, after 6 bulan dari surat tu sampai..mak dan kakak aku keluar gi mana ntah, aku tinggal dgn adik dan abg2 aku je. Aku masuk bilik dia. Aku cari2 gakla. Kot ada terselit mana2. Guesss what. ..Aku terjumpa kat baju2 lipat dalam almari.Woii. . First time aku mencuri tau.haha. Punya la nak baca surat ape. Siapa bagi. Mujur la adik aku tak bising cakap aku selongkar bilik mak aku.

Aku buka.Eh surat ape ni. Aku start baca dalam tandas. Telan air liur. Pada usia 7 tahun . Aku baca surat yg penuh makian. Hinaan. Sumpah seranah. Apa je yg buruk2 semua dalam tu. Tentang insan mulia bernama mak aku. Perampas anak orang! Eh. pelik kan. Rampas wujud ke bila anak ko kahwin dgn mak aku? Ko jeles tahap ape sampai dgn menantu pun ko jeles. Aku mula benci nenek aku.

Aku simpan surat tu tau. Simpan dalam beg sekolah. Hari -hari aku baca. Aku menangis. Aku nak rasa apa mak aku rasa.Patutlah dia sedih sangat. Mak aku cari gak surat tu. Tapi aku cakap salah letak kot. sebab aku tak nak dia baca semula dan menangis. Jadi surat tu first last dia baca. Selebihnya, aku. Anak yg berusia 7 tahun. hooooo. Jangan nangis ye. Belum habis cerita ni.

Game 2: Pindah.

Kami berpindah semula ke semenanjung selepas 2 tahun. Dan aku sekarang darjah 3. Rumah nenek aka mak ayah aku aka mak mertua kepada mak aku tu jarak dalam sejam la naik kereta. Dalam daerah yg sama je.

Jadi ayah aku ni selalu ajak balik kampung. Dan tiap kali balik kampung tu. Aku rasa tak best sesangat. Sebab? Mak aku kena kuli. huhuhu. Dia la tukang masak. tukang hidang. tukang kemas. & orang terakhir yg tidur. Jadi aku dgn akak2 aku la yg setia tolong dia. Aku ingat pesan mak aku, biar kita hina di mata manusia, jangan sesakali kita balas. Sebab Allah ada, hoho. Pastu.. lagi. Bila ramai dalam rumah tu.. space tak de nak tidur. Aku 1 fmly tdo kat dapur. Alas tikar je. Bantal? dgn beg je. Selimut? Selimut dgn nyamuk jer. hoho. Orang lain dah lena pun. Dengan tilam bantal dan selimut yg disediakan.

Ayah aku jenis pendiam. Dia tak rapat dengan adik bradik dia. Lagi 1, ayah aku dia dulu dijaga dgn nenek dia aka mak kepada mak dia. Gelaran moyang la.Jadi dia tak rapat dengan mak ayah dia. Tapi still jadi anak kesayangan la kan. Dia terima je apa2 sebab tu family dia kan.

Bila ada ape2 kenduri, yang jadi mangsa kami la. semua kena buat. Pastu dipinggirkan. Adik -beradik dia mulut sangat lazer. Celupar. Suka menyindir. Kutuk depan-depan. Bahan lawak kami ni la. Orang kampung kan. Cucu lain dapat kasih sayang sebaiknya. Kadang jeles sangat, nak sangat rasa dihargai , disayangi. Tapi semua tu tak wujud. Hanya impian semata. Dan itulah kami hadapi bertahun lamanya. Sehinggalah aku berusia 19 tahun.

Game 3:

Kanser stage 3. Finish . Bila mana mak aku mula jatuh sakit. Tak siapa lagi berani sentuh mak aku. Mak aku kanser rahim stage 3.

Nenek aku aka mak mertua dia datang menjenguk. Dan aku lihat dia mula berubah. Mula sedar yg permata bersinar selama ini malap dek kerana kegemerlapan kaca .

Dan akhirnya bintang hati aku terus malap kerana sakit yg dialami. Game ni la aku tak larat nak hadapi. Sebab dia selami ni menyimpan duka. Terpaksa simpan sendirian tanpa sesiapa pun tahu. Dan hari itulah juga aku bakar surat tu. Surat yg menjadi punca kedukaan hati mak aku. Yang meragut jiwa dia. Kebahagiaan dia.

Surat tu ditulis oleh adik beradik perempuan ayah aku. Memang ada tertulis nama mereka dalam surat tu. & tak siapa tahu aku membacanya. Sehinggalah 1 hari aku pegang tangan mak aku. Aku duduk di sisi dia dan aku mengaku aku pegang surat tu selama ni. & dah bakar pun surat tu.

Mak aku tunduk lesu. Tiada kata-kata hanya tangisan sendu. Aku peluk dia dan aku cakap, selama ni aku protect dia utk tak lagi dicaci maki. Aku sayang dia macam nyawa aku. Dia menangis semahunya.Dia cakap dia maafkan semuanya. Dia redha.

Sejak hari tu, keadaan sakit mak aku makin hari makin merosot.

Dia terpaksa ulang alik dan stay di HKL. berbulan lamanya. Aku jarang2 pergi sekolah untuk teman dia di hospital. Aku penaman duka lara dia. Sampailah 1 hari, doktor ckp.. saya dah tak boleh buat apa2. Aku menangis semahunya. Dia dah stage 4. Cepat sangat sel kanser merebak. Dah tak boleh buat apa2 dah. Perlu bawa balik kampung je.

Aku masuk tandas & menangis. Kebetulan waktu melawat masa tu. Maksu aku adik kpd ayah aku masuk tandas juga masa tu. Dia tepuk bahu aku. Dia cakap bersabar atas ujian Allah beri ni. Siapa tak sayang mak kan? Semua org sayang mak awak. Sayang???

Oh.. Sayang ye. Surat yang maksu tulis dgn adik beradik maksu tu tanda sayang ke??

Maksu happy tak sekarang? Tengok mak saya terlantar sakit? Happy ? Puas hati tak? Sebab lepas ni dia takkan jadi perampas, tak kan lagi jadi kakak ipar yg dibenci, takkan ada lagi menantu yg dihina? maksu aku mata berkaca. Terkedu dgn apa aku cakap dan aku toleh, aku cakap minta maaflah maksu. Sebab balasan Allah tu akan ada. Dan dia juga dipenghujung nyawa. Itulah kali terakhir aku tengok dia.

Aku keluar sambil kesat air mata. Aku redha Ya Allah. jika ini takdirnya.. Aku redha melepaskan mak pergi menghadapMu.

Dan di situlah berakhirnya aku berjumpa adik beradik ayah aku sampailah 6 bulan lepas tu mak aku meninggal dunia. Al fatihah untuk mak aku. Dia wanita terhebat! Dia Memaafkan segala yg terjadi.

Kifarahkah? Ntahla. Aku pun tak tahu.

Yang aku tahu,selepas 10 tahun mak mak aku meninggal dunia, dan menyepi serta tak ambik tahu hal adik beradik ayah aku, aku dengar macam-macam cerita tentang pergolakan hidup diorang dari sepupu aku, nama dia Ana.

Ana cerita kat aku, makngah, anak-anak dia semua membenci dia dari yg bongsu sehingga yg sulong. Yang mak teh, perniagaan dia lingkup dan bungkus. Hidup pun rumah pondok je. maksu? Dia bercerai . Hidup dia merana. Aku dgr cerita suami dia ada skandal, masuk pub dan macam2 lagi.

dan Ana? Siapa ana? sepupu aku ni. Dia juga anak kepada penulis surat layang tu. Dan macam mana aku boleh baik dan rapat dgn dia? Sedangkan mak dia juga terlibat? Aku maafkan semua salah mereka. Sebab tak de gunanya berdendam sedangkan hidup kita Allah aturkan.

Nenek aku? Aku yg jaga nenek aku ketika dia sakit di hospital . Dan aku menyaksikan dia tak dijaga anak-anak dia aka anak-anak perempuan dia. Dan setelah 15 tahun mak aku meninggal dunia… dia pun pergi menghadap Ilahi. Dan aku dah pun memaafkan dia. Segalanya….

Redha. Terima segala. Jika arwah mak aku dah maafkan.. kenapa aku tidak? Aku belajar memaafkan. Tapi semua kenangan tu terpahat dalam hati. Untuk mereka yg pernah buat macam tu, ambil iktibar. Semoga dijauhkan semua perilaku yg boleh menyakiti hati orang lain . Kita ada khilaf. Bertaubat dan mohon ampun. Itu adalah terbaik. kan

Al-fatihah untuk mereka yg telah menghadap ilahi. Untuk nenek aku. Moyang aku. Atok aku. Mak aku. Semoga Allah merahmati roh kalian di sana. Kisah ini bukan untuk menunding jari siapa salah siapa benar. Tapi menjadi ikhtibar agar kita sedar.. Allah Maha Berkuasa.

– Nadirah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *