Kisah Aku Dengan Seorang Doktor II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-aku-dengan-seorang-doktor/).

Sorry la kalau aku tulis meleret ka bosan ka. Kan aku kata aku tak pandai mengarang. Sebenarnya ikutkan aku malas dah nak sambung. 

Aku bukan rajin sangat taip-taip ni, tapi kesian dekat ibu mengandung yang kat labour room tu, so aku habiskan la kisah aku ni. Tapi panjang la. 100 muka surat. 

Sebab kalau aku sambung lagi korang marah pulak. So harap sabar membaca sebab sengaja aku tulis meleret-leret nak dera korang. Ok untuk soalan dia wujud ke tak tu?

Oh rupanya nak kena details semua ye. Lupa aku nak tulis sebelum ni aku pernah jumpa dia. Sebab dah lama jugak kami kawan. 

Orang perempuan ni, dia lagi tak sabar nak jumpa depan-depan bila dia kenal orang tu dalam on9. Takut orang tu fake. So lepas banyak kali dia ajak jumpa, aku setuju jumpa dia kat KFC area rumah aku untuk first time. 

Dia mai bawak sepupu dia 3 orang time tu. Gila betoi. Aku sorang ja time tu sebab aku tak terfikir dia akan bawak geng. 

Sebab dia tak cakap pun dia mai dengan siapa. Masa jumpa tu kami tak sembang sangat. Sebab sepupu dia yang sibuk bersembang macam-macam. 

Perempuan kalau tak banyak cakap memang tak sah kan. Tapi macam biasa, aku kan pemalu. Tak sampai setengah jam aku kata nak balik dah. 

Ada yang tanya kami sembang biasa tu sembang apa? Ok. Dia tu jenis banyak tanya. 

Dia suka tanya pasal family aku, pasal kerja aku. Sebab hari-hari aku hadap perangai customer complaint macam-macam, so dia nak dengar cerita pasal tu. Lepas tu kalau hari tu hari jumaat, dia akan tanya hari ni khutbah apa. 

So aku kena teliti dengar khutbah jumaat sebab malam nanti nak kena khutbah kat dia pulak. Kalau tak, dia pulak ceramah kat aku sebab aku berangan dalam masjid. Dia tu rajin bagi ceramah. 

Ok balik pada isu yang aku tak sempat habis tu. Sebenarnya dalam bulan lepas, dia ada jemput aku pi kenduri rumah kakak dia. Kakak dia buat kenduri masuk rumah baru. 

So dia paksa aku mai jugak. Walaupun malas nak pi sebab jauh dekat 3 jam, tapi sebab dia beriya suruh aku mai, so aku terpaksa pergi sebab nak jaga hati dia. Tapi kali ni aku tak pi sorang, aku ajak yana teman. 

Yana ni adik bongsu aku. Kami ada gap umur yang besar. So senang aku nak buli dia. 

Tapi dia tu suruh aku bawak 1 family mai. Tapi family aku tak tau aku kawan dengan dia. Yang tau adik aku sorang ni ja. 

Lagipun kami kawan ja, tak de declare apa-apa pun, tak kan nak bawak family pulak kan. Yana pun mula-mula tak mau ikut jugak, terpaksa aku pancing dia dengan 50. Bagi 20 dia tak mau. 

Demand betul budak-budak sekarang ni. Sampai di rumah kakak dia, aku call dia cakap aku dah sampai. Aku nak masuk sendiri segan, aku bukan kenal sapa-sapa. 

Normally kalau mak aku ajak pi kenduri pun aku susah nak ikut, ni pulak sorang-sorang. Lepas tu family dia mai la sambut aku. Pelawa masuk. 

Tapi dia tak mai pun sambut aku. Haru betoi. Aku akui, kami di layan sangat istimewa. 

Family dia semua peramah bertegur sapa dengan aku dan adik aku. Depa hidang makan kat kami, walaupun kami kata nak pi ambik sendiri. Segan betul rasa. 

Lepas tu baru dia muncul bawak pelbagai juadah yang kononnya dia masak sendiri. Entah betoi ke idok. Dari kacamata aku, aku menilai family dia jenis gempak tapi islamic. 

Family dia yang perempuan semua jenis tudung labuh, siap stokin dan sarung tangan. Yang laki pun banyak berkopiah la. Tapi penampilan dia tu biasa ja la. 

Ye la doktor perempuan kan selalu pakaian depa selekeh terutamanya kat hospital. Tapi dia ni better sikit la. Macam orang tua cakap, orang cantik pakai apa pun cantik. 

Abang dia sorang tu sempoi betoi aku tengok. Macam orang tabligh, jambang separuh muka. Abang dia tu kaki kayuh basikal. 

Siap ajak aku join depa kayuh basikal. Adik beradik dia ramai. 8 orang. 

Aku ingat adik beradik aku ramai dah. Tapi aku rasa macam sangat kerdil dalam golongan tu walaupun semua baik ja bersembang dengan aku. Tapi aku masih kekok nak sembang sangat. 

Nak tanya pasal pekerjaan pun tak berani sebab dah boleh agak mesti semua kerja hebat. Pasti ada ustaz dan ustazah dalam tu. Tapi bapak dia ada la tanya sikit-sikit pasal ayah aku, family aku. 

Lepas tu selit-selit benda lain. Aku hanya jawab apa dia tanya, dan iyakan apa yang depa borak. Lepas tu macam biasa, aku cepat-cepat nak balik walaupun bapak dia suruh stay lagi. 

Tapi aku tak sanggup la duduk lama-lama situ. Takut depa suruh aku jadi imam pulak nanti. Lagipun rasa segan orang dok pandang-pandang. 

Terutamanya tetamu makcik-makcik bawang kat rumah tu. Macam aku ni barang perhiasan pulak. Masa nak balik, mak dia siap tapau kuih muih suruh makan dalam kereta kalau lapar. 

Nasi-nasi semua mak dia bungkus bagi katanya makan malam nanti. Lepas tu adik aku dapat angpow pulak. Mentang-mentang dia form 6, semua rasa dia budak kecik gamaknya. 

Balik rumah, mak aku pulak tanya pergi kenduri mana. Banyak betoi bawak makanan. 

Tau mak tak masak hari ni. Adik aku jawab, kenduri kawan abang. Tengok ni mak, siap dapat duit raya walaupun bukan hari raya. 

Lepas tu adik aku cakap apa, aku tak tau la. Sebab mak aku tak tanya apa pun kat aku. Mungkin tunggu aku cerita sendiri kot walaupun dia pasti dah korek semua cerita dari adik aku. 

Ok sorry meleret lagi panjang pulak. Sengaja sebenarnya. Bila lagi kan. 

Tapi sejak kejadian tu, aku rasa macam segan nak kawan dengan dia.

Lagi satu, sebenarnya aku dah boleh agak dia ni doctor sebab abang dia tanya aku, kerja 1 hospital dengan adik dia ke. Tapi sebab aku nak kepastian, so aku tunggu masa yang sesuai untuk tanya dia sendiri. 

Sebab aku dah buat keputusan nak stop dengan dia sebelum pergi jauh. So lepas dia wasap aku kata dia kerja klinik kesihatan tu. Aku dah tak reply apa-apa dah. 

Dia ada la mesej lagi tanya dah makan ke dah balik ke. Tapi aku tak balas pun. Dia call pun aku tak jawab. 

Lepas tu aku sendiri mesej dia, aku cakap rasanya nak stop dah kawan dengan awak. Tak payah la contact saya lagi. Dia balas ok. 

Tapi lepas isyak boleh tak saya nak call sekejap. Saya nak clear beberapa perkara dia kata. Ikutkan aku malas dah nak cakap dengan dia, tapi fikir maybe tu last aku nak dengar suara merdu dia, so aku setuju la. 

Masa dia call aku dapat rasa suasana yang tegang. Sebab suara dia serius, suara aku pun keras. Aku terus terang bagitau dia aku nak stop kawan dengan dia. 

Dia tanya aku, sebenarnya apa masalah aku. Dia kata kita elok-elok ja berkawan, tapi awak ni tiba-tiba nak create isu dah kenapa. Aku kata, bukan create isu. 

Dah saya tak selesa. Dia tanya why suddenly? Aku kata, aku rasa ada perasaan kat dia, so sebelum aku sakit lagi parah baik aku stop. 

Dia tanya aku balik. ‘habis awak rasa saya tak de perasaan ke dekat awak. Saya rasa kita sekarang ni dalam fasa taaruf kan. Ke saya yang silap kat sini’? Dia soal aku.

Taaruf eh. Istilah orang zaman sekarang kan. Aku kata, mana saya tau. 

Awak tak pernah cakap apa pun kat saya. Saya ingat kita kawan ja la. Dia balas. 

Ye la memang. Awak kan semua nak kena saya yang mulakan. Nak mintak number saya kena mulakan, nak ajak jumpa, saya kena mulakan, nak luah perasaan saya kena mulakan. 

Apa pun awak sendiri tak akan tanya, tak akan mula. Hidup ja dengan andaian. Awak ingat saya ni kalau anggap awak kawan, saya nak ke bawak awak jumpa family saya?

Awak ingat saya layan kawan macam ni ke? Saya ada maruah tau. Baik saya layan anime dari layan awak kalau sekadar kawan ja. 

Marah betul suara dia. Aku balas. Mana ada awak bawak jumpa family, saya pergi sendiri kan. 

Saja aku nak redakan keadaan yang tegang. Tapi dia fire aku balik, it’s not funny ok. Sekarang saya dah open dengan perasaan saya. 

Saya nak dengar dari awak pulak. Ok aku balas : macam ni la doktor kita tak setaraf. Doktor kerja doktor, saya mekanik ja walaupun SA. 

Kita tak sepadan. Doktor cari la yang sama-sama doktor dengan doktor. Sengaja aku panggil dia doktor. 

Nak sakitkan hati dia dia balas, doktor ada sayap ke. Boleh terbang ke. 

Ada rules ke doktor kena kahwin dengan doktor jugak. Come on la, awak hidup di zaman mana ni. Kenapa kuno sangat fikiran awak ye. 

Tak percaya dengan takdir jodoh ajal ke? Aku balas lagi, bukan macam tu doktor. Dia bidas aku, stop calling me like that. 

Sengaja nak provoke saya ke, nak buat saya annoying ke apa sekarang ni? Dia ni kalau marah auto speaking london. Aku kata, la dah doktor memang la orang pangil doktor. 

Dia kata, awak mekanik, ada saya pangil awak mekanik? Doctor ni profession saya, perkerjaan saya. Tapi secara over all, saya ni manusia sama macam awak bukanya alien. 

Saya ada perasaan. Saya berhak pilih apa yang saya suka. Kenapa awak tak nak faham ye. 

Aku balas, awak yang tak faham. Saya rasa tak padan dengan awak. Saya kalau boleh nak cari yang selevel dengan saya ja la. 

Dia balas, ‘Ooo ke awak ada masalah ego. Tak boleh perempuan lebih dari awak ke. Memang macam ni ke sikap awak ye. Ke saya salah menilai awak selama ni? Saya ingat awak ni jenis yang hormat perempuan’

Asyik fire aku ja dengan soalan dia yang bertubi-tubi. Ceh. Aku cakap bukan macam tu. 

Tak dan aku sambung dia balas lagi. “Sebelum ni bukan awak bertunang dengan yang sama level dengan awak ke. So apa jadi? Ada jaminan ke pekerjaan tu menjamin kebahagiaan?”

Aku cakap slow ja, perempuan memang la. Suka main perasaan orang. 

Tapi dia terdengar pulak suara hati aku. Dia balas, eh tolong sikit eh. Jangan sebab perangai ex awak, awak nak pukul rata semua perempuan. 

Manusia semua tak sama ok. Saya main perasaan awak sekarang ni? Tak kan..

Awak tau tak, saya ni susah nak rapat dengan orang, tak mudah mesra dengan orang terutamanya lelaki. Saya sangat berhati-hati dengan siapa saya berkawan. 

Lagi satu saya tak percaya langsung dengan relationship dari medos ni. Tapi sebab awak sangat different dari laki lain yang pernah saya kenal, sebab tu saya selesa dengan awak. Saya rasa selamat dengan awak. 

Sebab tu saya nak break border antara kita. Sebab tu saya cuba one step closer. Saya fikir selama ni awak pun macam tu jugak. 

Rupanya saya salah ye. Pastu dia sambung lagi bila aku diam. Kita ni bukan muda lagi awak, nak try and error dalam hubungan. 

Saya nak serius dengan awak. Dan tak nak lama-lama macam ni. Family saya semua suka dengan awak. 

Baba saya sangat berkenan dengan awak. Tapi saya tak pasti family awak macam mana. Sebab awak sekali pun tak pernah ajak saya pergi rumah awak kan. 

Awak tak pernah bagi saya peluang untuk kenal family awak atau family awak kenal saya. Masa buat kenduri mak awak balik umrah, tak de pun awak jemput saya kan. Aku masa ni blur sat. 

Tu pun salah ke sebab tak jemput dia. Dia masih continue hentam aku. Ok la saya terima alasan awak kononnya pangil orang terdekat. 

Tapi sepatutnya masa tu saya kena sedar diri, mungkin awak tu yang anggap saya kawan ja sebab saya bukan orang terdekat untuk awak kan. Awak tak serius dengan saya rupanya. Tapi sembang konon ada perasaan kat saya. 

Saya ni macam mana berhati-hati pun asyik terkena ja dengan lelaki. Entah apa la salah saya. Dia dah start menangis time ni. 

Aku dah panik dan cuak. Ye la selalu dia ceria. Ni tiba-tiba dah emo. 

Aku bukan pandai sangat pujuk perempuan. Aku cuba terangkan lagi. Aku kata nanti orang kata kita tak padan. 

Gaji saya sebagai mekanik, jauh sangat dengan gaji awak sebagai doktor. Saya takut saya tak mampu nak urus rumah tangga. Bukan sebab ego tapi saya ada banyak ketakutan. 

Aku terus terang lagi. Tapi entah apa yang aku salah cakap. Dia mengamuk lagi kat aku. 

Dia balas, apa yang awak takut sangat kalau saya ni doktor. Kenapa awak nak fikir pasal orang. 

Susah senang kita, orang akan datang tolong ke? Kalau dua-dua family restu dah cukup dah. Tak perlu nak fikir orang sangat. 

Ni lagi satu, saya ni kerja dengan kerajaan tau, bukan swasta. Awak ingat gaji saya 10 ribu ke. Saya ada banyak komitmen termasuk personal saya. 

Kalau awak rasa ego awak sebagai lelaki tak nak perempuan gaji tinggi. Ok meh saya bagitau awak ye, untuk pengetahuan awak. 

Saya rasa gaji awak tu tah-tah lagi banyak dari saya . Sebab awak tak de hutang sangat kan. Setiap kereta awak sentuh, semua masuk komisyen kan. 

Tapi patients saya tak dibayar komisyen tau. Saya ni kategori papa kedana jugak kalau nak compare dengan awak sebab gaji awak bersih. Awak banyak spend untuk diri awak, family dan rumah ja kan. 

Tapi saya ni macam-macam nak kena bayar tau. Parents, hutang, kereta sewa rumah, bil-bil. Tu tak kira tax dan macam-macam potongan lagi kena tolak. 

Saya perlu makan dan beli keperluan saya jugak. Ye la, macam awak cakap sebelum ni. Hobi saya kan mahal. 

Tapi apa yang saya buat tu adalah self reward saya untuk kerja penat saya ni. Dengan pressure yang saya nak kena hadap setiap hari, tu cara saya happykan diri.

Tapi sekurang-kurangnya saya tak makan dekat ikea seminggu 3 kali ye, saya tak beli starbuck setiap minggu. 

Aik, sempat lagi perli aku. So jangan tengok semua benda 1 arah ja lepas tu buat conclusion sendiri. Awak nilai la sendiri , awak pakai kereta apa. 

Saya pakai kereta apa? Dah la tu sampai 2 biji kereta awak. Bonus awak setahun dah boleh cover setahun hutang kereta saya tau. 

Bonus saya, 1 dunia tahu berapa sangat kerajaan bayarkan. At least awak ada rumah sendiri, saya ni rumah pun tak de. So nampak kan siapa lagi mewah kat sini sebenarnya. 

So jangan nak compare benda macam ni. Dia diam sekejap. Mungkin penat sembur aku macam mesin gun. 

Eh jap, wait. Ke sekarang ni awak sedang cakap berkias dengan saya yang saya tak layak untuk awak. Tak capai standard yang awak nak?

Macam tu ke. Awak cari yang kaya ke? Aku kata eh mana ada. 

Saya tak de sebut pun pasal layak tak layak. , kaya tak kaya. Saya cuma cakap tak sepadan ja. 

Aku tak sempat nak cakap habis, dia hentam aku lagi. Awak cakap apa tadi, takut tak mampu urus rumahtangga. (perempuan ni dalam stress pun setiap details dia ingat eh)

Kenapa, awak rasa saya makan 100 guni beras ke sehari sampai awak takut sangat kalau kahwin dengan saya. Takut jatuh miskin ke? Aik, aku tak de pun fikir pasal miskin. 

Aku rasa tak padan dengan doktor ja. Dia pulak buat andaian bukan-bukan. ‘stop la bagi alasan tah apa-apa ni awak. 

Buang la mind set awak yang mengarut tu’. Abang ipar saya kerja gred bawah ja. Elok ja dekat 10 tahun dah hidup dengan kakak saya ptd. 

Tak de pun isu darjat gaji ni semua. Elok ja diaorang urus rumahtangga. Sebab semua tu atas mind set kita. 

Awak ni fikir negatif sangat. Kita yang corak rumah tangga kita. Hidup saling melengkapi la. 

Korang nampak tak dia punya ceramah. Kan aku kata dia suka bagi ceramah. Ok dia sambung lagi. 

Saya tak de pun nak mintak duit awak ke apa ke. Cukup la awak sediakan tempat tingal makan, dan tanggungjawab awak sebagai suami. Apa yang awak bagi saya terima. 

Saya ada pekerjaan, saya ada gaji. Apa yang saya nak, saya beli sendiri. Saya tak de kikis duit awak ke apa. 

Saya bukan jenis harap duit lelaki la. Dah kenapa awak diam ja. Dia soal aku. 

La, dah dia dok sedap-sedap bash aku macam-macam. Tiba tanya kenapa diam pulak. Aku balas, dah awak dok luah perasaan. 

Saya dengar la. Dia kata saya dah habis luah dah. Saya hanya fight untuk dapatkan apa saya nak sebab saya tak nak simply hilang awak. 

Tu je. Percaya la, saya tak akan susahkan awak. Sebab saya tahu awak lelaki yang baik, saya yakin pilihan saya tak salah. 

Time ni ada la aku rasa kembang semangkuk kena puji. Tak sempat nak berangan, dia sambung bercakap lagi. Tapi terpulang la apa awak fikir. 

Saya tak boleh paksa awak kan. Kalau awak rasa pekerjaan saya satu masalah untuk awak, awak dah tak nak teruskan. Ok saya terima. 

Tapi ingat ye, saya jenis sekali dah move, saya tak akan patah balik dah walau apa pun berlaku. Sebab jenis saya menangis hanya sekali ja. Saya bukan merpati jinak macam awak fikir. 

Aik, macam ugutan ja. Aku diam balik sebab tak tahu nak respon apa sambil fkir ada ke aku sebut dia merpati. Dia pun diam jugak dalam 3 saat. 

Awak. Dia panggil aku, tapi kali ni nada dia dah lembut. Macam nak memujuk. 

Terus cair hati jantan aku. Aku jawab, ye. Dia kata saya mintak maaf kalau ada salah cakap ke apa. 

Bukan niat saya nak berkasar dengan awak. Tapi saya tak suka la awak cakap pasal gaji la pangkat la kerja la. Awak nak putuskan hubungan dengan alasan yang tak relevan bagi saya. 

Jangan la rendahkan sangat diri awak. Saya tak pernah kisah apa kerja awak. Asalkan yang halal saya syukur dah. 

Saya bukan demand sangat macam perempuan lain. Keluarga saya tak didik saya macam tu. Pasal hubungan kita, saya tak main-main, saya serius. 

Kalau awak pun sama, saya mintak awak halalkan saya. Jangan la banyak sangat fikir. Please. 

Saya tak pernah tahap nak merayu macam ni kat sapa-sapa tau. You are the first. Harap awak tak kecewakan saya. 

Adoii. Jem terus aku rasa. Mana pernah perempuan cakap macam ni dengan aku. 

Tapi aku bagitau dia. Ok bagi masa untuk saya berfikir berbincang dengan keluarga. Kalau ada jodoh ada la. 

Dia kata, jodoh pun kena usaha. Kalau awak berdiam jodoh pun lari tau. Saya harap awak cepat la bagi keputusan. 

Keluarga saya tak suka kita lama-lama macam ni tanpa ikatan. Harap awak faham. Awak ambik la masa buat istiqarah. 

Andai kita tak de jodoh tak pe la. Saya redha. Aku balas ye la. 

Tapi tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku tanya dia. Awak akan mintak hantaran sejuta ke. 

Sebab awak kan doktor. Tiba-tiba dia gelak. Fuh lega aku dia dah tak marah. 

Sebab penat oo handle perempuan marah. Dekat workshop selalu amoi marah-marah, letih aku nak handle. Dia tanya awak mampu ke kalau saya minta sejuta. 

Aku kata kalau sejuta rupiah insyaAllah mampu. Dia kata awak bayar mas kahwin cukup dah. Keluarga saya bukan menekan sangat bab-bab ni. 

Ikut apa yang syarak tetapkan. Kakak saya kawin dulu, abang ipar saya bagi 5 ribu ja. Kalau baba saya lagi tak mintak apa. 

Kami sederhana ja sebenarnya. Ikut apa yang awak mampu. Cuma awak ja suka buat penilaian awak sendiri. 

Apa pun tak nak tanya. Suka hidup dengan andaian. Dia bebel balik kat aku. 

Ok aku dah taip sebijik-sebijik apa yang kami sembang hari tu. Gigih aku dengar balik record voice call kami supaya aku tulis sama macam dia cakap. Punya nak bagi korang faham. 

Lepas tu kami dah normal balik dah macam biasa. Cuma sejak dia tahu, aku tau dia seorang doktor. Ada la nampak perubahan dia sikit. 

Dia kerap bagi pesanan masyarakat kat aku. Contoh kalau aku balik kerja, dia terus suruh aku pergi mandi. Dia kata sekarang virus macam-macam. 

Senang kena penyakit. Kena sentiasa ingat orang dalam rumah dia kata, terutamanya kalau ada orang tua dan budak. Kadang seluar jeans aku, aku pakai sat ja pun dia suruh basuh. 

Sebab dia kata dalam Islam suci sangat penting. Takut ada najis kita bawak solat. Lagipun ada banyak bakteria kita tak nampak kat mata yang melekat kat pakaian. 

So kena sentiasa jaga kebersihan. Mask kena sentiasa pakai. Minum air masak banyak, kurangkan nescafe, kurangkan starbuck, sebab aku ada gastrik dan macam-macam lagi la. 

Nasib baik aku tak merokok, kalau tak mesti dia bebel pasal tu. Hari tu dia suruh aku buat full medical check up. So dia suggest 1 lab ni. 

Dia suruh aku puasa malam tu, esok pagi pergi lab tu depa ambik darah. Dia check apa aku tak tau la. Tapi depa cas dekat 300. 

Depa ada ambik urine semua. Tapi rupanya dia dah bayarkan dah untuk aku. Dia tengok result aku, dia kata semua ok. 

Cuma dia kata badan aku takde vaksin hepatitis B. Dia kata vaksin ni dalam tahun 80an baru wujud. So dia kata mostly orang yang lahir tahun 80an dan ke bawah tak cucuk vaksin ni. 

Jadi dia galakan aku ambik vaksin tu sebagai pelindungan extra. Dia kata dia tak paksa, tapi dia galakan. Sebab penyakit macam-macam sekarang ni. 

Lagipun malaysia banyak warga asing masuk. So risiko penyebaran penyakit sangat tinggi. Sebab kebanyakan rakyat dari negara-negara miskin kurang ambil vaksin, so penyakit cepat merebak kata dia la. 

Tapi aku ada la tanya dia, awak buat medical untuk saya sebab nak tahu saya ada penyakit apa ke. So kalau ada penyakit senang awak nak reject saya kan. Saja aku menyakat dia. 

Dia kata tengok tu, mula la tu nak jadi conan. Saya kena la chek kesihatan awak, kalau ada tak kena tu kita boleh cari solution. Sebenarnya banyak lagi dia bebel. 

Tapi letih la aku nak taip. Dia rajin dah sekarang ni cerita ragam pesakit bila jumpa dia. Macam-macam peel dia kata. 

Mesti para pembaca ada dalam kategori yang dia sebut tu. Sebab aku dengar pun rasa lawak dengan ragam pesakit dia. Sebab aku pun ada ragam macam tu. 

Ada yang kata aku berhalusinasi tulis ni. Aku nak buktikan macam mana apa aku cakap ni betul? Kalau kami ada jodoh, aku hantar kad kahwin kat sini la. 

Aku jemput semua datang. Baru semua percaya. Last but not least. 

Tadi dia bagitau aku dia ada kirim parcel dengan lala move. Dia kata kalau dah dapat bagitau la. Aku bebel la kat dia, awak kirim apa. 

Bazir ja pakai lala lala ni. Dah tak boleh pakai pos biasa ke. Cas kan mahal sebab jauh. 

Tak payah la awak nak buang duit beli itu ini kat saya. Cuba belajar menyimpan sikit. Dah berjangkit penyakit bebel dari dia. 

Dia kata tak pe la. Saja-saja rasa nak bagi, bukan selalu. Saya tak sabar nak tengok reaksi awak. 

Sebab tu saya spend gaji bulan ni untuk bahagiakan awak. (cewah) sebab saya tau awak mesti suka sangat dengan benda tu. 

Mula aku ingat dia kirim ubat selsema. Sebab aku tengah selsema sekarang ni. Sekali buka, terkejut excited tak tau nak cakap macam mana tengok hadiah tu. 

Benda tu adalah sesuatu yang dah lama aku cari dan aku idam-idamkan. Bila benda tu datang daripada dia, terus aku rasa macam, u are the women made for me. Rasa macam nak kahwin dengan dia sekarang jugak. 

Hadiah tu sangat bermakna untuk aku. Rasa terharu tak tau nak habaq macam mana. Aku wasap gambar hadiah tu berserta icon menangis dengan caption, I lab u. 

Tak pernah aku jadi sejiwang ni dengan sapa-sapa, atau cakap macam tu kat sapa-sapa. Dia orang pertama. Tapi hadiah apa aku tak mau cakap. 

Biar hangpa tidoq dalam keadaan misteri dan tertanya-tanya malam ni.

Ok la sampai sini saja. Terima kasih buat semua pembaca. 

– Dzuljali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. huk aloh..penat baca citer mu… lps tu nak rhsia..baik toksah citer trus dpt parcel…
    trus x twu lgi senang… skrg da nk rhsia2 plak…. hahahahahha…baik ko dpt apa..
    lps tu nt kawin hntr kad…mne tawu nt aku dtg jengok hahahahaha

  2. best bang dengar cite kau smbil layan tt dj shaz baca cite kau . semoga pjg jodoh korang ye . cepat lah sambung HAHAHA penat ke timing belt HAHAHA . aku tunggu bang smbungan .

  3. Aduiii.. hadiah pun nak berahsia geram betul 🤣 bagitahu je la, bukan orang tahu sape hang 🤣 sabor aje la..
    Btw kalau hang confirm jadi dengan doktor tu hang jangan lupa share cerita ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *