Nama aku Azalea. Ingin aku kisahkan perjalanan peribadiku dalam mengenal cinta dan mencari mr right.
Sedikit tentang diriku, bukanlah jelita macam Fazura mahupun semanis Hannah Delisha. Aku kategori biasa biasa aje. Seorang yang bercita cita tinggi, berani, extrovert dan sangat teliti. Aku harap kalian membaca dengan fikiran tenang dan positive vibes.
Sewaktu aku berusia 13 tahun, aku ke sekolah dengan menaiki bas. Menunggu bas berjam jam adakalanya. Setiap kali pulang dari sekolah aku akan berjalan kaki dengan seorang pelajar lelaki lain dari sekolah yang berbeza. Aku namakan dia Zayd. Zayd adalah pelajar Tingkatan 5.
Kami sekadar berbual kosong tentang cuaca, tentang lagu hingga kami berpisah di hujung simpang. Itula rutin aku pulang dari sekolah sepanjang di Tingkatan 1.
Masuk Tingkatan 2, aku dah tak jumpa Zayd dan aku dah tak pernah jumpa Zayd di kampung. Tercari cari jugakla tapi takkan la aku nak tanya adik Zayd. Segan wey.. Sampaila setahun berlalu dan aku dah pun di Tingkatan 3.
Suatu hari sewaktu pulang dari sekolah selepas kelas tambahan aku terserempak dengan Zayd dalam bas. Punyala aku happy. Macam ada pesta bunga api dalam diri. Kami jalan pulang bersama untuk tempoh 10 minit yang ada. Aku tanya Zayd, di mana dia sambung study?
Sebab aku dah tak nampak dia sikit punya lama. Zayd pun ceritakan la dia belajar di mana dan course apa semua. Zayd sedang cuti semester.
10 minit sampai ke penghujung dan kami perlu berpisah di hujung jalan. Aku nervous campur malu nak minta alamat Zayd. Aku cakap manala tau kotla nak tulis surat.
Masa tu mana la ada phone kan.. Zayd cakap sebelum dia balik belajar dia akan beri alamat pada aku… Happy nye toksah cakap. Sepanjang Zayd cuti aku perasan Zayd datang melepak di tempat budak budang kampung melepak tak jauh dari rumah aku.
Seperti dijanjikan suatu petang Zayd berikan aku nota kecil berisi alamat tempat Zayd belajar. Aku janji pada Zayd nanti aku akan tulis surat. Zayd suruh aku fokus PMR.
Bermula la episod hantar surat aku dan Zayd. Tunggu surat Zayd membuatkan aku setia menanti abang posmen. Dalam sebulan aku dapat 2 kali surat balasan Zayd.
Tidaklah kami bercinta, sekadar teman tapi mesra. Zayd selalu hantar surat beserta lukisan yang dia lukis. Macam macam lukisan dan potret aku dapat.
Surat Zayd menemani aku sampaila habis PMR. Tamat PMR, keluarga aku berpindah. Itu juga bermaksud aku tak kan nampak Zayd lagi bila dia cuti semester.
Dalam tempoh yang sama PMR aku straight A, dan dapat sambung belajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Memandangkan aku tinggal di asrama, surat lelaki confirmla tak lepas masuk aspuri.
Zayd tetap hantar surat beralamatkan alamat rumah baru. Aku hanya dapat baca surat Zayd time balik hujung bulan je. Sob Sob.. Sampai je di tangga rumah first aku tanya Mak ada tak surat untuk aku.
Bila aku cuti sekolah hujung tahun, Zayd sesekali akan telefon. Seronok bukan main bila dapat cakap dengan Zayd. Sampai aku habis SPM, aku masih menunggu surat Zayd dan panggilan telefon Zayd.
Waktu tu aku memang yakin aku suka pada Zayd, tapi aku takut kalau aku bertepuk sebelah tangan sebab Zayd tak pernah pun cakap I love you ke… I miss you ke..takkan la aku yg nak mulakan dulu kan..
Lepas SPM aku sambung study, waktu tu Zayd dah start internship. Dah makin jarang dapat surat Zayd, mungkin Zayd sedang menyesuaikan diri di tempat kerja dan daerah baru. Waktu tu aku tak de phone pun lagi. Makin jarang dapat cakap dengan Zayd dan aku tak tahu alamat baru Zayd.
Lebih malang lagi, keluarga aku berpindah sekali lagi, aku masuk universiti dan kali ni aku betul betul lost contact dengan Zayd… Angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu..memori silap meresap malam… (Sambung sendiri)
Di universiti, aku berkenalan dengan seorang Abang Senior, Ilham which we ended up being a couple for a year. Ku sangkakan panas bepanjangan, rupanya gerimis mengundang. Ilham ada gf lain selain aku. Dengan erti kata lain aku sebenarnya orang kedua. Pelajaran aku terganggu habis.
Frust sampai aku asyik ponteng kelas dan repeat paper. Mujur aku tak kena buang. Perpisahan membuatkan aku berubah menjadi orang yang berbeza. Penampilan yang berbeza..
Sempatlah aku meroyan bak lagu Dayang Nur Faizah.. Seandainya Masih Ada Cinta.. (patut aku Yaasin kan ke je diri sendiri time tu)
Waktu aku tengah frust tu, one of the Tutor selalu bantu aku. Kashah nama dia. Kashah memang seorang yang baik dan punya perancangan masa depan.
Selepas mengenali Kashah, pelajaran aku makin improve. Sewaktu cuti semester, untuk pertama kalinya Kashah ajak aku keluar selepas Kashah dapat green light dari Mak.
Semasa keluar bersama, Kashah beritahu yang dia nak go serius dengan aku. Aku waktu tu dah mula selesa dengan Kashah.
Cuma yang mengejutkan aku, Kashah nak terus hantar rombongan merisik dan kemudian mengikat aku. Punyala aku terkejut sebab umur aku baru 21 tahun waktu tu dan Kashah dah late 20s.
Aku yakin Kashah dah bersedia untuk menamatkan zaman bujang. Tapi aku masih lagi terkontang kanting belajar, baru je improve CGPA aku.
Aku minta Kashah bagi aku masa untuk fikir. Aku ambil masa 3 bulan untuk fikir serta berbincang dengan keluarga. Dalam tempoh tersebut, aku mendiamkan diri dari Kashah.
Waktu aku suarakan pada Mak, Mak bagi Pro n Cons tapi tidakla menghalang. Cuma Mak bertanya boleh kah aku tumpukan pada study, kes yang dahulu pun aku hampir kecuncang.
Setelah 3 bulan berlalu, dengan restu keluarga aku yakin apa aku nak. Aku bersedia menjadi Suri Hati Kashah.
Tapi rupanya Allah ada perancangan yang lain untukku. Kashah beritahu dia dah risik orang lain dan dalam proses untuk mengikat tali pertunangan.
Selain aku Kashah ada pilihan kedua, in case aku reject Kashah. Disebabkan aku senyap 3 bulan Kashah sangka aku telah menolak dirinya.
Aku waktu tu dah redha takde jodoh dengan Kashah dan kami berjanji untuk stay jadi kawan baik. Kisah aku dan Kashah sampai ke pengetahuan bakal tunang Kashah.
Aku faham bakal tunang Kashah cemburu. Aku menjadi tempat Kashah luah perasaan dan tips2 untuk pujuk si bakal tunang.
Kemuncaknya apabila Kashah gagal kawal keadaan aku ambil keputusan untuk putuskan persahabatan. Itu lebih baik ku kira. Masa ni aku feeling feeling lagu Melly Goeslow, Ku Bahagia..
Aku akhirnya dapat panggilan untuk internship di negeri dan daerah kelahiran Zayd. In fact pergi kerja aku akan melalui rumah keluarga Zayd.
Setiap kali lalu, aku terintai intai manalah tau ada rezeki berjumpa Zayd. Terfikir di manala Zayd berada. Adakah bekerja di negeri tersebut atau merantau ke tempat lain.
Setelah beberapa bulan di daerah tersebut, ayahku turut dipindahkan ke daerah yang sama aku berada. Dapatla aku stay dengan family. Suatu hari aku ke bandar dengan kawan kawan, siapa sangka aku terserempak dengan Zayd. Kami berbual seketika dan bertukar no telefon.
Aku punyela happy, balik je rumah aku ceritakan pada Mak tentang Zayd. Kami berjanji untuk keluar bersama dan Zayd datang menjemputku untuk makan malam. Kali ni aku nekad aku tak nak terlepas peluang, Aku ingin Zayd tahu yang aku pernah sukakan dia.
Kami saling update each other kisah masing masing sepanjang tempoh kehilangan kami. Usai selesai makan malam aku pun dengan nada gurauan katakan pada Zayd yang aku dulu sukakan dia.
Reaksi Zayd, senyap dan pandang aku. Dia tanya aku main main atau serious. Sambil gelak aku jawab, “seriousla”. Zayd tanya kenapa aku tak berterus terang dulu.
Aku jawab, malulah aku nak terus terang. Aku mengharap Zayd tahu, takkanla aku sabar hantar surat saban waktu Zayd tak dapat faham isi hati aku. Zayd cakap dia pun sukakan aku. Dia fikir nak bagitau lepas aku habis SPM dan dia hantar surat berkali kali tapi tiada balasan dari aku.
Aku beritahu Zayd, family aku berpindah lagi selepas aku habis SPM. Zayd tanya masihkah aku ada perasaan yang sama.
Aku bagitau Zayd, aku sentiasa ingatkan dia. Tak pernah lupa, mungkin sebab ending kami tergantung. Perasaan aku pada dia macam ada satu perasan yang tersimpan di lubuk hati paling dalam.
Zayd diam tertunduk, aku pulak cuak tiba tiba buat confession pada Zayd.
Zayd cakap dia balik ke kampung sebab 2 hari lagi keluarga dia akan meminang seseorang untuk Zayd. Pinang kawan sekampung yang dia rasakan sesuai sebab dia tak ada kawan perempuan dia rapat melainkan aku dan si dia.
Zayd cakap kalau perasaan aku masih sama, sempat lagi kalau nak batalkan pertunangan. Aku diam tergamam, tak sangka Zayd jawab macam tu. Aku minta Zayd berikan aku tempoh semalaman untuk berfikir. Balik dari jumpa Zayd aku ceritakan pada Mak. Nangis nangis aku cerita.
Belek surat surat Zayd berikan dulu yang masih aku simpan. Walau seribu kali sayang pada Zayd tapi aku tak sanggup nak musnahkan impian seseorang. Mak pun cakap mungkin family pihak perempuan dah bersiap untuk majlis tunang. Malu kalau tak jadi. Semalaman aku tak tidur.
Esoknya aku jumpa Zayd dengan satu jawapan. Zayd masih handsome macam dulu, rambut panjang tersisir kemas. Mata Zayd merah sama macam aku, agaknya Zayd pun tak tidur lena.
Kami berbual di kedai makan dan duduk di tempat agak tersorok, bimbang kalau aku mengalirkan airmata.
Aku beritahu Zayd, dia adalah orang pertama yang aku rapat dan dia teristimewa. Tidak pernah sekali pun ambil kesempatan dan mungkin aku tak akan jumpa lelaki yang sebaik Zayd. Tapi apakan daya, ada orang lain yang sentiasa di sisi dia menggantikan aku untuk suatu ketika.
Aku dan Zayd saling menangisi. Untuk bersabahat juga adalah mustahil setelah Zayd menjadi milik orang. Masa ni famous lagu Gwen Stefani – Cool.. I know we’re cool.. me and you..
Tamat pengajian, aku kembali ke KL. Mendapat pekerjaan di sebuah bank. Almost dua tahun aku single, sekadar berkawan tanpa ada hubungan serius. Sampaila aku berkenalan dengan Farel. Stylo, baik, taste aku dan aku yang mulakan diri untuk rapat dengan Farel.
Hubungan bertukar serius dan kami bercinta selama 2 tahun. Entah di mana silapnya Farel minta putus sebab ingin fokus pada kerjaya. Waktu tu kerjaya aku lebih stabil dari Farel.
Farel tak punya masa untuk allocate pada aku walau sekejap. Aku mohon Farel berikan tempoh 3 bulan untuk pulihkan hubungan, Farel setuju tapi aku merasakan ianya sia sia.
Tak nampak effort Farel pada perhubungan dan selepas habis tempoh 3 bulan, Farel nekad tinggalkan aku.
Kata Farel lagi, tempoh 3 bulan tu sebab dia kasihan tengok aku dan dia sebenarnya memang tak nak teruskan perhubungan. Betapa kecewanya aku waktu tu. Tapi aku tetap move on dengan bertemakan lagu Katy Perry Hot n Cold time tu.
Selepas break off dengan Farel, it took me 4 years untuk buka hati lagi. Walaupun aku jumpa dan berkawan kawan dalam tempoh itu, namun tidak merasakan ada keserasian to go to the next step.
Aku fokus pada career. Aku achieve banyak perkara dalam career. Travel ke sana sini tanpa ada commitment. Aku dapat offer di sebuah syarikat MNC yang lain dan aku buat keputusan untuk terima.
Di tempat kerja baru, aku tertarik pada seseorang. Dari rakan sekerja kami menjadi sangat rapat dan akhirnya bercinta. Aku rasa aku tertarik dengan sifat bad boy yang dia ada.
Sewaktu aku makin rapat dengan Rian, ramai rakan office menasihatkan aku dan menceritakan kisah buaya Rian.
From one to another, pantang nampak dahi licin. Tapi aku pun manusia biasa adakalanya tak dapat berfikir dengan betul. Bercinta sakan aku dengan si Rian. Kami banyak attach project yang sama. Walaupun satu office bercerita tentang aku dan Rian, aku enggan ambil peduli.
Dua tahun jugakla aku dengan Rian walaupun tahun ke-2, Rian makin nampak berbeza. Aku struggle in the relationship.
Suatu hari aku ditugaskan ke luar negara untuk tempoh yang lama. Ketika di sana, adakalanya Rian akan text aku. Memandangkan time zone berbeza, agak sukar untuk aku berbual dengan Rian.
Selesai tugasan aku di luar negara aku kembali ke Malaysia. Punyala excited aku nak jumpa Rian. Masuk office, aku tak nampak Rian. Rian seakan akan melarikan diri dari aku. Aku fikir mungkin Rian busy.
Aku pulak excited nak berikan buah tangan untuk Rian. Seminggu berlalu, rakan rakan baik di office satu persatu bagi hint pada aku.
Tapi aku tak dapat nak tangkap. Sampai akhirnya salah seorang rakan memberitahu aku yang Rian sibuk berkepit dengan staff baru.
Aku confront Rian dan Rian mengaku yang dia curang dibelakang aku. He said im no longer fun to be with. Aku tak sealiran dengan dia. I’m too pushy and all.
Banyak betul kelemahan aku rupanya. At the same time, aku macam tak boleh stay dekat office sebab aku takut terserempak dengan mereka berdua. Aku juga tak suka pandangan simpati colleague di office.
Bff aku di office, Christina nasihatkan untuk cari a decent man kalau aku jatuh cinta lagi. A bad boy type wont last. Find someone good, decent and husband material type, pesannya.
Aku teringatkan Zayd. Mungkinkah aku akan jumpa orang macam Zayd? Bercinta dengan Rian merubah aku, betullah orang kata adakalanya cinta buat kita jadi buta.
Aku ler tu.. Ingat lagi aku ke Jepun sensorang, dalam train sambil kesat air mata dok dengar lagu Sedang apa dan di mana, Sammy Simorangkir… Frust sangat kononnye.. ptuihh
Akhirnya aku nekad untuk resign. I need to move on and I need to be at the new work place untuk fully move on. Dua tugasan terakhir aku berkenalan dengan seseorang yang ditugaskan untuk satu team project dengan aku. Sempena project closure si dia minta aku belanja minum.
Aku pun ok kan aje sebab project pun da settle dan aku boleh tender resign letter dengan senang hati. Si dia aku namakan Fahri.
Sepanjang 4 tahun di syarikat tersebut, aku tak pernah jumpa Fahri tapi aku beberapa kali terserempak dengan Farel. Farel juga bekerja di syarikat yang sama aku bekerja dan beberapa kali kami keluar minum bersama..
Move on sangat aku sampai boleh je berkawan balik dengan si Farel. Betapa kecilnya dunia, macam tak percaya aku kenal Rian, Fahri dan dipertemukan kembali dengan Farel ditempatkan di satu bumbung yang sama.
Bebalik pada Fahri, rupanya Fahri pun akan resign waktu yang sama dengan aku.
HQ company baru Fahri sama bangunan dengan company baru aku. Walaupun Fahri akan ditempatkan di tempat lain tapi untuk sebulan pertama dia akan berada di HQ.
Memandangkan aku masih baru di tempat baru dan belum mempunyai rakan, ada kalanya aku akan bertemu Fahri untuk lunch bersama.
Personality Fahri seperti Zayd. Kami menjadi click. Misteri pun ye. Bila aku keluar dengan Fahri, kami akan naik kenderaan masing masing. Fahri dengan motor kapcai akan follow aku dari belakang.
Dalam masa 6 bulan kami menjadi akrab. Aku merasakan Fahri ada ciri ciri husband material tapi aku kena compromise untuk certain perkara.
Aku fikir mungkin Fahri tak punya kereta ataupun rumah sendiri berbanding aku. Walaupun deep down aku pelik sbb Fahri berjawatan tinggi takkanlah naik motor kapcai je kan. Aku pun segan nak tanya, takut Fahri ingat aku ni materialistic pulak. Tapi hati macam dah terpaut.
Walaupun aku dan Fahri sangat rapat, tak depun panggilan romantic ataupun special treatment ke. Adakalanya aku pun confuse tapi kali ni aku tak nak buang masa bercinta bertahun tahun akhirnya kecundang di tengah jalan.
Kalau Fahri sekadar ingin berteman mesra tanpa halatuju aku ingin tamatkan hubungan kami.
Suatu hari, aku berbincang hati ke hati dengan Fahri. Aku katakan pada Fahri dalam usia 32 tahun, aku tak nak bercinta sakan dah. Aku hanya inginkan hubungan menuju halal.
Aku berikan Fahri seminggu untuk berfikir, walaupun aku 90% yakin Fahri punya rasa yang sama dengan aku tapi aku perlukan hubungan dengan perancangan untuk menjadi yang halal.
Aku katakan pada Fahri kalau serius dengan aku, jumpalah ibu bapaku. Kalau Fahri belum bersedia, maka lupakan aku. Berdebar debar menantikan seminggu berlalu.
Selepas seminggu aku bertemu Fahri, dan Fahri meluahkan perasaan yang sama. Fahri bersetuju untuk bertemu dengan keluargaku.
Aku nekad perkenalkan Fahri dengan keluarga di Majlis kahwin sepupuku. First time juga aku bawa seorang lelaki ke kampungku. Sesi soal jawab dengan ibu bapaku selesai dan mereka juga senang dengan Fahri.
Dalam masa 3 bulan dari tempoh itu, Fahri akan membawa keluarganya merisik dan majlis bertunang bakal diadakan serentak.
Setelah kami decide ingin bertunang barula untuk pertama kalinya time dating, Fahri datang jemput dengan kereta. Fahri juga bawa aku melawat kawasan perumahan, di mana Fahri dah pun beli rumah namun belum diduduki. Bukan satu rumah tapi dua.
Rupanya Fahri dah sediakan segala yang patut sebelum mendirikan rumah tangga. Kami bertunang dalam tempoh 6 bulan dan akhirnya melangsungkan perkahwinan di usia aku menginjak 33 tahun.
Aku jemput Zayd dan keluarga tapi Zayd tak dapat menghadirkan diri. Zayd menitipkan ucapan Tahniah buat aku. Zayd cakap dia happy aku jumpa somebody untuk jaga aku. Hilanglah rasa bersalah Zayd pada aku.
Aku katakan pada Zayd, dia tidak perlu merasa bersalah kerana kami dipertemukan ketika kami masih bergelar remaja.
Dari usia 13 tahun hingga usia 33 tahun, 20 tahun perjalanan yang sangat panjang. Zayd hadir di persinggahan pertama hidupku. Dan Fahri adalah destinasi terakhir buatku Insya Allah. Aku yakin takdir ini adalah yang terindah.
Aku dan Fahri baru menyambut ulang tahun ke 5 perkahwinan. Aku bersyukur Allah takdirkan Fahri buat aku. Baik budi pekerti, bertanggungjawab, tenang, suka mengusik aku dan kami sekufu dalam perlbagai sudut.
Hanya selepas diijabkabulkan baru aku kenal sikap Fahri yang sebenar. Fahri seorang yang romantic, sering ucapkan I love you. Masih memegang erat tanganku bila keluar bersama. Walau adakalanya kami berselisih pendapat tapi kami tak pernah bergaduh lebih dari 2 jam.. hihi..
Kami suka melancong, Fahri suka teman aku shopping.. apa yang aku inginkan Fahri sentiasa cuba untuk tunaikan.
Kalau aku tengok movie emosi sampai menangis, Fahri akan datang menghampiri sambil tepuk lembut bahuku dan kiss kepala aku… hihihi.. Fahri juga boleh blend in dengan keluargaku.
Aku juga bersyukur punya keluarga mertua yang sangat baik. Untuk aku dan Fahri ada satu lagu yang paling sesuai untuk kami, kisah silam kami, hari hari kami lalui dan seterusnya – Photograph by Ed Sheeran.
Inilah kisahku.. Beberapa kali rebah cinta tak kesampaian dan adakalanya menjadi bodoh dan kecundang di tengah jalan. Dipertemukan dengan orang yang salah dan aku anggap setiap persinggahan memberikan satu pengalaman dan pengajaran. Tapi hidup perlu diteruskan.
Pengajaran buat anda yang masih tercari cari, letakkanlah sepenuh pengharapan pada Allah. Sebaik mana kita merancang, perancangan Allah jua yang terbaik. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan tapi jangan pernah berhenti mencari.
Mungkin akan rebah seketika tapi kita pasti bangkit meneruskan perjalanan.
Aku selalu doa, Ya Allah, sepertimana aku menjaga urusan aku denganmu maka aku serahkan padamu menjaga urusan duniaku sebaiknya.
– AD (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit