Kisah seram aku.

Hi assalamualaikum aku nak share kisah seram yang aku alami dan kawan2 aku alami masa aku jadi pelatih plkn. Aku harap admin dapat approve kisah aku ni so aku boleh share kisah aku dgn pembaca dekat sini :)

KISAH 1

Pada satu malam masa aku dalam kem plkn tu aku nak pergi tandas. Kami dah dinasihatkan oleh cikgu kami aka jurulatih plkn kalau nak ke tandas kena ajak kawan teman sebab apa tak perlu tahu. Nak jadikan cerita malam dalam pukul 3 macam tu tu aku nak pergi tandas nak buang air sbb malam tadi aku minum air 100 plus banyak gila dalam 3-4 tin macam tu. So disebabkan aku xnk kejutkan kwan aku yang tengah nyenyak tidur dan aku tak dipanggil penakut *yelah kan lelaki malu lah beb kalau kena teman :P* so aku buat keputusan nak pergi sorang. Oh lupa nak bagitahu yang dorm lelaki tandas betul2 depan keluar pintu jalan 7-8 tapak dah sampai tandas. So aku dah tak tahan aku pergi. Masa aku dalam salah satu cubicle tandas aku dengar ada bunyi tapak kaki dan bunyi pintu so aku pun cakap dalam hati "ada gak teman hehe nasib baik xdelah takut sgt"
so dah siap aku lepaskan hajat aku, aku pun keluar lah ke sinki sebab nak basuh tengan. So aku pun tunggu lah yang masuk tandas tadi tu mana x keluar2 pun bunyi air pun xde. So aku buat dek jelah nak basuh tangan cepat2 lah keluar sambung tidur. Time aku nak basuh tangan tu aku dengar ada bunyi org hembus nafas kuat sgt. So terpandang dekat cermin dekat penjuru tandas ada susuk tubuh tinggi badan hitam rambut tutup muka tengah bersandar dekat dinding. Aku tengok dekat cermin je nampak bila aku pusing tak nampak. Aku cuba kuatkan semangat aku slow2 jalan keluar dari tandas. Time aku nak keluar aku dengar bunyi perempuan menangis. Slow je bunyi dia tak kuat pun. Lepas keluar dari tandas aku pun lari ke dorm malam tu xboleh tidur beb! aku punya berharap sgt nak cepat2 pukul 5 pagi sebab kami dekat plkn kena bgun pukul 5.

KISAH 2

Okay kisah ni berlaku dekat kawan aku dan sorang kawan aku yang aku bagi nama samaran dia S. Aku cuba ringkas2 kan aku mtk kebenaran ustaz nak g ambik wallet aku dan S bagi alasan tertinggal name tag padahal dia saja je nak follow aku. So aku dgn S pun pergi lah ambik masa on the way nak g ambik tu. Aku terserempak ada sorg pelatih ni tgh otw nak ke dorm aku pun follow jelah blkg. Time aku jalan aku terperasan dia ni jalan tunduk je kebawah je so aku dengan S pun buat dont know jelah lantak dia lah. Masa kami nak ke dorm kami perasan dia g belakang tandas which is semak samun aku dah dengan S dah mula pelik apahal dia g situ bkn ada apa2 pun lagipun situ kawasa larangan. Sebab xnk fikir bkn2 aku cpt2 masuk dorm ambk wallet lepas tu keluar balik. Kawan aku S tu x masuk sebab dia malas bukak kasut so dia duduk luar je. Lepas dah siap ambk wallet aku dengan S pun jalan ke surau sebab isyak dah nak masuk waktu. Time tu aku nampak si pelatih tadi yang aku nampak jalan tunduk g blkg tandas semak samun tu tengah ada dekat luar surau. Aku cakap dekat S

Aku : wei S tadi bkn dia g blkg tandas ke mcm mana dia boleh ada sini"

S : ha ah tu yang aku dok fikir pasal tu, asal dia boleh ada sini? pelik btol.

sebab memang mustahil untuk pelatih tadi tu nak keluar dari semak samun dan g surau sebabnya kawan aku S tu duduk luar dorm dan dorm aku betul2 depan tandas so kalau pelatih tadi tu keluar memang S boleh nampak dan jalan nak ke surau satu jalan yang kami lalu tu je. Tak ada jalan lain untuk pelatih tadi tu pergi. So jawpaan dia pelatih yang betul mmg dah ada dkt surau yang kami nampak tu siapa?

rupanya lepas daripada kejadiah tu baru aku tau yang budak ni dia ada pedamping or saka keturunan family dia. Benda tu ikut dia kesitu untk jaga dia. Dan ada dengar2 cerita ada kawan2 aku yang lain nampak dia ni suka cakap sorang2 tengah2 malam. Dia ni memang sorang2 je dekat sini. Dia pendiam je tak ada kawan. Tapi dia ada dekat situ kejap je x sampai satu bulan lepas tu dikeluarkan sebab apa aku tak pasti.

P/S : Aku ada lagi kisah yang lain nak share… tapi cukup lah setakat sini. Kalau ada yang nak baca lagi aku akan cerita tapi kalau tak ada sampai sini sahaja aku bercerita. Okay tu sahaja dari aku bye. :)

– D

– D

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *