Kisah Umur 27 Tahun

Hai!! Namaku Aina (Bukan nama sebenar). Aku tertarik berkongsi pengalaman selepas baca confessions, (https://iiumc.com/tak-pandai-bercinta/) & (https://iiumc.com/i-need-to-be-loved/).

Mungkin sebab kedua dua kes ni pernah berlaku dengan aku sebelum ni. Tahun 2021 umurku 33 tahun, InsyaAllah tak lama lagi bakal menamatkan zaman bujang dengan cinta pertamaku.

Kedua dua confessor ada tekankan yang dorang bedua ni masing masing tak pernah bercinta walaupun umur dah 27 tahun.

Aku waktu umur macam tu pun masih belum ada pasangan lagi. Kenal erti cinta pun tak tau. Tak tahu apa maksud cinta, tapi dalam masa yang sama nak macam orang lain. Ada orang sayang and aku pun nak sayang orang.

Nak dijadikan cerita, flashback beberapa tahun yang lalu. Tahun 2014 umurku waktu tu 26 tahun. Aku tinggal di kota dengan adik beradik perempuan ku.

Kami 5 orang time tu. Tiap weekend masing masing keluar pegi dating dengan pasangan masing masing. Aku je yang teperuk dalam rumah tak keluar rumah.

Sejenis yang tak suka bergaul. Dan dalam masa yang sama aku mindset aku time tuu, haram bercinta sebelum kahwin.

Tiada urusan yang penting tak boleh besembang dengan kaum lelaki. Haram berhias yang boleh menarik perhatian lelaki. Jadi aku memang tak pakai apa kat muka. Skincare totally out.

Muka tak pernah dengan yang jaga memang dapat beza la kan. Muka kusam. Aku sendiri tengok pun tak bermaya.

Akibatnya, pergi kerja dengan low self esteem. Bercakap dengan orang takut takut. Bila kita sendiri self esteem down, orang lain tgok pun dapat satu aura yang kita ni senang kena buli. Yes!!

Aku memang selalu kena buli dengan officemate, sebab tak pandai melawan pun. Sejenis yang menurut.

Kalau pun kawan kawan ajak begurau, aku tak pandai nak counter back. Sudahnyaa aku samadaa aku senyum atau aku tunjuk muka tak puas hati. Jadi sebab tu aku tak ramai kawan. Sedih kann!!!

Tiba-tiba aku terpikir sampai bila aku kena macam ni?

Kenapa di usia ku sudah 26 tahun ketika itu, aku masih belum pernah rasa dicintai. Sering dibuli. Paling sakit hati bila officemate time tu buli, Student Degree tak kan keja senang macam ni pun tak tahu buat.

Depress tiap kali officemate ingatan pasal level of education ni. Sampai satu tahap aku da nekad nak keluar daerah dari tempat keja aku sekarang tuu. Kiranya aku nak mulakan new identity.

Penghujung tahun 2014 tu aku berenti kerja. Dan dapat offer kerja luar daerah.

Bila officemate dapat athu aku pindah kerja di daerah tersebut, aku di mogok kan dengan cost of living di sana terlalu tinggi. Susah survive. Aku hanya tersenyum dan berharap aku tak jumpa orang macam dia lagi. Toxic.

Tahun 2015 aku pindah kerja di tempat daerah yang begitu asing. Tempat yang aku tak penah pegi. Sebelum aku terima offer kerja baru ni.

Aku doa sungguh sungguh depan ALLAH sambil menagis Kalau tempat kerja baru ni membolehkan aku jadi stronger dari sebelum ni, ditemukan dengan staff yang baik baik, menerima aku seadanyaa, permudahkan perjalananku terima kerja ni.

First day masuk kerja, aku jumpa officemate yang memang cakap main lepas. Walaupun dia sejenis yang cakap main lepas dan agak pedas juga kata kata nyaa.

Tapi penerimaannya orang lain masih boleh ketawa ketawa lagi. Maksudnyaa, teguran yang dia sampaikan tuu orang lain boleh terima dengan hati terbuka. Aku time tu macam, mungkin ini salah satu ALLAH kabulkan doa ku.

Dia temukan aku dengan sejenis org yang ckp lepas-pedas tegas untuk aku belajar dari dia ni. Aku ikut rentak nya, and it works. Now aku da boleh speak out my opinion dan say NO kalau mmg aku xnak. Slowly character aku berubah.

Aku mcm New Born New Aina. Aku da mula hargai diri sendiri. Sayangi diri sendiri. Start jaga penampilan, skincare rutin pun aku dah buat. Hasilnyaa confident level aku naik. Aku tiba tiba banyak kawan, walaupun tu semua orang yang baru aku kenal.

Bila confident da naik time tu. Bukan kawan kawan je ramai yang nak tackle pun ramai jugak. Tapi aku tetap tak jumpa yang berkenan lagii. Aku pelik kenapa langsung tak ada perasaan nak bagi peluang dengan orang yang nak tackle tuu. Time ni aku da umur 28 tahun dah.

Aku doa sungguh sungguh dengan ALLAH untuk DIA hadirkan perasaan sayang dengan orang lain. Lepas tu tak tau bila, tiba tiba da tejumpa dengan Tunang ni yang super kelakar.

So by umur 31 tahun i met my first love. Dari tak pandai becinta terus tahun ni nak kahwin dah. Korang doakan okayy.

Oh ya kesimpulannya, DOA adalah tips yang paling mujarab. Jangan pernah putus asa dengan yang kita buat. Dan DOA sungguh-sungguh dengan ALLAH dan Yakin ALLAH akan makbulkan. Mungkin bukan sekarang ALLAH kabulkan, surely one fine day.

Sekian…

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *