Kita Buat Boleh, Orang Lain Tak Boleh

Pernah tak kau dalam situasi bergaduh adik beradik, tapi yang silapnya abang atau kakak kau. Kau menegur tapi dia mengatakan kau ‘budak-budakkan dia’?

Inilah yang aku hadapi bila bergaduh dengan abang aku.

Aku adalah anak bongsu yang ‘tersakiti’. Kenapa aku cakap begitu, kerana nasihat yang aku bagi tak memberi makna hanya kerana aku seorang ‘adik’.

Abang aku seorang tu jenis yang keras kepala, baran, kuat melenting. Pantang bila orang buat dia, mengata dia.

Tapi perangai dia yang aku benci adalah, dia selalu sakitkan hati orang lain, marah sesuka hati, baran tak tentu pasal. Sikit- sikit mencarut. Rasa penat sangat-sangat aku membesar dalam situasi ni.

Dia pernah buat silap pada suatu hari tu, dan aku cuba untuk menegur.

Mungkin kerana rasa hati aku terlalu marah pada dia, geram, sebal sebab dia susah nak fikir silap sendiri, aku tegur perkara biasa tapi dengan nada suara yang geram.

Mungkin itu silap tapi kerana terlalu penatnya menahan kesabaran sebab sikap dia. Tapi dia kata aku cari pasal dengan dia.

Dia kata aku ‘budak-budakkan dia’. Dia kata aku tak layak tegur dia. Padahal kalau dia tegur orang kadang-kadang menyakitkan hati, macam dia tak pernah buat silap yang sama.

Tapi dia cukup pantang bila orang lain tegur dia nak betulkan dia walaupun memang betul dia salah. Dia punya ego sangatlah susah menerima teguran.

Aku sebagai adik sangat penat. Adakah salah seorang adik menegur abangnya? Adakah salah seorang abang menerima teguran adiknya?

Nampak hina sangatkah bila adik yang cuba menegur abangnya? Walaupun orang lain kata ‘tegurlah elok-elok’, aku lebih kenal abang aku, bukan mudah ‘nak jalan’.

Aku terfikir salahkah jadi seorang adik? Aku tak pernah mintak untuk jadi seorang ‘adik’.

Tuhan yang takdirkan aku lahir kedunia ni jadi adik. Lahir dalam adik beradik yang bermasalah macam abang aku. Bukan satu, bukan dua, tapi banyak perkara yang dia buat menyakitkan hati perasaan aku.

Bila aku buat dia, dia marah tak tentu pasal. Aku memberontak dalam hati sebab terlalu penat dengan perangai abang sendiri. Tapi dia tahun ke tahun tetap manusia yang sama, sentiasa menyakitkan hati.

Aku cuma nak luah, apa salahnya menerima teguran. Bukan bermakna kita lebih tua kita tak buat silap, dan yang lebih muda tak berhak untuk menegur.

Betapa bodohnya hidup tak nak menerima teguran, sedangkan diri sentiasa dibiarkan dalam kebodohan.

Kita puas hati buat orang, sakitkan orang tak kira sesiapa pun walaupun orang tak usik kita pun. Tapi betapa tidak sedarnya diri, kita sebenarnya yang bermasalah.

Bagaimanakah mahu menjadi manusia yang berguna andai diri sentiasa menyalahkah tanpa berfikir adakah diri sendiri dah cukup betul. Muhasabah diri.

– Belle (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *