Kita Hampir Sama Ira

Assalamualaikum…

Kepada Ira, akak dah baca luahan Ira. Bila akak baca, terus basah pipi dengan air mata. Dan kisah kita hampir sama. Akak umur 26 tahun. Alhamdulillah dah kahwin dan sedang menanti kehadiran cahaya mata.

Cuma akak mungkin bernasib baik sebab sekarang mak akak dah tak membandingkan akak macam sebelum kahwin. Arwah ayah dah meninggal jadi akak lebih banyak kena dengan emak.

Akak kahwin dengan suami juga pilihan mak akak. Mungkin sebab akak ikut pilihan mak, mak akak dah berubah. Itu pun sebelum kahwin dengan suami, banyak drama yang berlaku sampai melibatkan saudara mara yang lain.

Alhamdulillah, walaupun akak belum sepenuhnya cintakan suami akak sekarang, tapi sekurangnya emak akak dah berubah dan tak buat bandingan.

Ira, dari akak sekolah rendah sampai la umur 25 tahun (sebelum kahwin) , banyak sangat peristiwa yang berlaku antara akak dan emak akak.

Ketika darjah 4, akak dipilih sebagai AJK pandu puteri. Tapi arwah ayah tak bagi masuk. Suruh tukar kepada Puteri Islam sebab pandu puteri kena pakai seluar. Arwah ayah tak kasi pakai seluar. Jadi, akak kena tukar kepada puteri islam. Emak akak langsung tak memujuk akak yang menangis sebab terpaksa lepaskan jawatan AJK.

Tapi, ketika adik perempuan akak yang bongsu darjah 4, dia juga terpilih sebagai ajk pandu puteri. Ketika ini arwah ayah dah meninggal. Akak pernah tanya kenapa tak minta adik tukar kepada puteri islam. Pandu puteri tu kan kena pakai seluar. Kenapa mak tak teruskan ajaran dan didikan arwah ayah. Mungkin akak yang silap sebab membantah dan akak kena marah.

Ketika akak darjah 5, akak dah dipaksa untuk belajar memasak dan buat kerja rumah. Tapi bila adik adik perempuan masuk darjah 5, akak tak pernah nampak mereka memasak dan mengemas rumah hatta basuh pinggan. Jadi akak tanya mak, kenapa tak suruh adik adik buat kerja rumah. Dan sekali lagi akak kena marah.

Ira, nak tahu tak.

Akak ingat lagi, masa dapat keputusan UPSR, akak dapat 4A 1B. Emak akak langsung tak ucap tahniah tapi dia bandingkan dengan sepupu akak yang dapat 3A 2B. Emak akak cakap, tak de la bagus sangat sebab sepupu yang kurang pandai pun boleh dapat 3A 2B. Maksudnya tak ada jauh beza 4A dan 3A ni.

Terus terang, memang akak menangis bila emak akak cakap macam tu. Rasa macam tak guna belajar dan dapat 4A bila emak akak cakap macam tu.

Time ni ayah akak masih hidup. Ayah akak beri hadiah dengan memberi peluang untuk akak buat pilihan nak makan ayam bahagian apa. Jadi, masa makan malam akak boleh pilih dulu nak ambil bahagian apa. Memang happy sangat sebab dapat rasa paha. Biasanya bahagian paha dapat kat adik-adik.

Ketika akak tingkatan 1, arwah ayah meninggal. Akak tinggal di asrama. Jadi bila hujung minggu yang memerlukan semua penghuni balik, ada satu hari tu mak akak datang ambil. Jarak rumah ke asrama dalam 20 minit sahaja. Tapi hari tu, sepanjang perjalanan mak akak membebel. Mak akak cakap, kena belajar hidup berdikari, jangan manja sangat.

Tapi, mak sanggup hantar adik ke asrama dua minggu sekali yang jarakkanya 3jam. Dan tak pernah akak dengar mak akak merungut.

Ira, kalau nak diceritakan perbandingan yang emak akak buat dengan adik beradik yang lain, terlalu banyak dik.

Mak akak pernah cakap, dia tak nak ambil tahu pun keputusan exam akak sepanjang belajar di ijazah. Dia tak pernah tanya pelajaran akak. Bila akak cakap tak dapat jawab exam, mak akak marah akak balik.

Masa sekolah menengah, akak teringin nak masuk kelab mempertahankan diri. Mak akak tak kasi. Tapi bila adik akak nak masuk, mak akak kasi.

Akak bangun lambat jam 6 pagi, mak akak marah-marah sampai ke tengah hari. Tapi, bila adik akak bangun kul 6.30 pagi, mak akak tak marah pun.

Ketika akak tingkatan 2, mak akak suruh akak masak kari ayam. Dan akak minta tolong kakak sulung akak perahkan santan. Tapi mak akak mengamuk sebab akak minta tolong orang lain. Emak akak suruh akak buat sendiri dan tak beri sesiapa pun yang tolong akak. Akak masak kari ayam dengan air mata. Sampai sekarang akak tak tahu kenapa mak akak buat macam tu.

Ada sekali tu, time cuti semester. Akak balik kampung dengan memikul satu masalah yang sangat besar. Jadi akak tak dapat nak memasak, membersihkan rumah seperti biasa sebab nak selesaikan masalah ini. Jadi adik perempuan akak yang bongsu kena buat. Suatu hari, adik akak ni mengamuk kat akak sebab akak tak buat kerja di rumah. Time ni emak akak kat luar dan kakak sulung akak dengar kami bergaduh. Kakak sulung akak ceritakan kepada emak.

Ira, akak sedih sangat sebab mak akak sokong tindakan adik akak tu. Emak akak cakap memang patut adik akak mengamuk. Akak sedih sangat. Emak akak tahu yang akak sedang mengalami masalah besar time tu, tapi dalam hal macam ni, emak akak menyebelahi tindakan adik akak yang mengamuk dengan akak tu. Allahu, sedih sangat.

Banyak lagi kisah yang berlaku antara akak dengan emak akak. Apa yang akak tak boleh, adik beradik lain dapat.

Abang dan adik perempuan akak boleh kahwin dengan pilihan sendiri. Tapi akak dipaksa terima pilihan mak.

Sekarang akak dah kerja. Ada gaji sendiri. Kehidupan akak hampir berubah. Mak dah tak seperti dulu. Akak rasa sebab akak menurut kata pilihan suami. Mungkin sebab itu mak akak berubah.

Ira, cuma satu yang akak pesan . Apa yang berlaku, jangan stresskan diri. Jangan down. Yang penting teruskan hidup. Akak doakan ibu bapa Ira sedar akan khilaf mereka.

– Aina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *