Kita Rakyat

Aku tak sebelahkan mana-mana pihak. Tapi kalau kita tengok politik negara kita sekarang ni, sangatlah menyedihkan. Pihak sana salahkan pihak sini, pihak sini salahkan pihak sana. Yang jadi mangsa?

Kita.

Rakyat.

Aku baru tengok suratkhabar hari ini (hari confession ini ditulis) pasal Hospital Kajang yang sesak macam tin sardin. Lepas tu aku terfikir. Kenapa tak ada apa-apa perancangan untuk besarkan hospital? Sediakan tempat selesa untuk pesakit? Tempat parking di kawasan hospital?

Mungkin ada perancangan sebenarnya, tapi aku yang tak tahu?

My bad.

“Kalau nak selesa pergilah hospital swasta.”

Aku pang jugak kang siapa yang komen macam itu. Kebanyakan pesakit yang pergi hospital swasta, sama ada diorang memang kaya, diorang ada insurans, atau hospital itu panel syarikat diorang bekerja. Percaya atau tak, tak semua orang tersenarai dalam ketiga-tiga fakta di atas. Ada lagi yang struggle mencari rezeki siang malam untuk makan pakai anak-anak, bayar itu, bayar ini.

Aku tak adalah 100% tahu sangat pasal selok belok politik. Tapi apa yang aku harap, dua-dua pihak tolonglah bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat. Anda semua bekerja untuk rakyat, bukan untuk diri sendiri. Rakyat pun mestilah mengharapkan yang terbaik dari anda semua.

Berhentilah mencari salah masing-masing. Nak bergaduh boleh. Tapi tolong utamakan rakyat dulu. Rakyat tak nak tengok anda semua bergaduh dan saling menuding jari. Kalau ada apa-apa masalah, selesaikan secara profesional. Kalau ada pihak membuat salah, tegur secara berhemah demi kebaikan negara. Kalau ada pihak yang menegur, terima dengan hati terbuka juga demi kebaikan negara.

Selesaikan masalah rakyat dulu. Hospital sesak, kos sara hidup tinggi… apa lagi? Dah selesaikan masalah rakyat, nak bergaduh pun bergaduhlah. Contoh paling senang, mak bapak pun kalau bergaduh mesti terfikir apa kesannya pada anak-anak. Ini kalau dua-dua pihak bergaduh, apa kesannya pada rakyat?

Fikir sendiri.

– Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *