Kontraktor Scammer

Assalamualaikum, kami ucapkan.. kepada semua, rakan dan taulan.. boria miskin kaya kami persembahkan… Eh termenyanyi pulak…

Terima kasih admin kalau siarkan confession Nini ni. Hari ni Nini nak cerita pasal Scammer. Ya tuan-tuan. Kontraktor scammer.

Kisah ni bukan Nini yang reka tau. Bukan jugak sebab Nini bina rumah. Tapi, ini adalah pengalaman kerja Nini dulu sebelum diberhentikan oleh si scammer ni.

Nini kerja dekat Selatan tanah air. Company sederhama kecil. Nama company?

Yang tu kalau Nini bagitahu nanti tak mencabar la ya. Tapi, kalau korang biasa tengok muka Nini ala2 retis ni masa buat update, korang tahu lah company mana. Tu saja la klu Nini boleh bagi.

Nini bukan apa, masa kerja dulu kalau boleh memang Nini nak berhenti sangat, sebab macam aniaya klien Nini. Company ni kalau bina rumah lah, Astaghfirullah, bila dah siap saja rumah tu mesti hauk kejadiannya.

Kenapa tau, sebab rumah memang akan ada defect teruk. Macam contoh, baru saja siap 2 bulan, tapi dinding rekah teruk gila, atau siling jatuh, atau pintu rumah tak ketam elok sampai pintu tak boleh buka. kebanyakannya memang major defect.

Bila sampai nak kena repair, mula la company akan bagi alasan macam-macam. Katanya pekerja tak cukup lah. Tengah urus site lain lah. Rumah tu dah habis waranti lah,

Pasal waranti ni memang la habis kalau dah company tu tangguh repair sampai 3 bulan. Lol. Ada banyak lagi alasan lain.

Kenapa Nini dah tau semua ni tapi masih kerja jugak dulu? Sebab, masa tu Nini takde pilihan. Nini kalau boleh, memang tak nak langsung subahat.

Tapi, disebabkan takde plihan la, Nini sentiasa cuba buat yang terbaik untuk klien Nini. Nini tak nak makan hasil tak berkat. Nini dengar saja masalah kat site klien Nini, Nini turun sendiri ya.

Bagitahu bos, ungkit2 sampai la diorang uruskan rumah klien2 Nini baik2. Nak bagitahu jugak ni, komisen Nini pun dipotong tau untuk setiap rumah.

Diorang janji, dapat 3 peratus, tapi yang Nini dapat cuma dalam 2 peratus je, tapi selalunya kurang. Tapi, yang ni, Nini Redha lah. Sebab tu mungkin komisen yang bukan milik Nini.

Cuma yang geram, sebab bos selalu bagi alasan, katanya projek rugi. Walhal, projek tu kemain untung besar. Semua site tau dia kata rugi. Nini pun tak faham, projek rugi ke diorang yang kedekut?

Kalau rugi, macam mana bos tiap-tiap tahun beli kereta baru? Kalau rugi memanjang, Nini rasa patut saja kan Nini cadangkan diorang tukar company jadi yayasan? Itupun tak layak jugak, sebab yayasan ni tujuan dia bantu orang, bukan jahanamkan orang.

Okay, satu lagi, syarikat ni kalau masa nak sign kontrak, manis mulut tau. Lembut gigi dari lidah. Rumah yang patut siap dalam 3 bulan, siap dalam setahun hingga setahun setengah. Rasa-rasa macam mana tu?

Kontrak yang diorang buat pulak, berat sebelah. Masa Nini kerja dulu, kalau klien rasa tak kena dengan kontrak, Nini cadangkan saja diorang buat kontrak lain. buat dengan peguam terus.

Haha. Ada saja klien yang Nini bantu bekalkan surat tuntutan rumah lambat siap. Nini assist klien Nini supaya hak diorang terjaga. Duit nak bina rumah selalunya memang syarikat ambil dalam 70 hingga 80 peratus ya.

Bayar dua kali. Tapi, selalu sangat bagi alasan kat klien, rumah lambat siap, sebab bayaran tak cukup. Syarikat akan paksa klien kalau boleh bayar sampai 90 hingga 95 peratus, baru rumah siap.

Itupun selalunya tak siap jugak ikut tempoh masa. Ada masa stress jugak Nini nak kena angkat telefon, menjawab pada klien.

Perangai bos ni ada satu. Masa nak mula projek, dia memang komited layan klien. Kau tunggu jap sampai proses rumah tu dah sampai ke beam atas, masa tu memang dia lambatkan progress ya.

Sebab masa ni payment kedua yang kadang-kadang dah dibayar sampai 90 peratus ni dah dapat kan.

Masa ni bukan rumah saja lambat siap, dengan bos sekali mula nak jadi MIA. kalau klien cari, dia tak akan respon. Balas whatsapp pun tak, apatah lagi nak angkat telefon.

Kalau klien datang ofis, dia akan cuba lari. Cara ni, dia ajar tau kat kitorang yang kerja ni. Bila ada masalah, dia tak kasi respon.

Sebab dia kata, kita kena tahu psikologi manusia. Bila kita tak layan, lambat laun orang akan senyap. Tapi, Nini selalu tak sampai hati buat klien macam tu.

Duit Nini dapat ni, Nini nak jadikan rezeki yang berkat, jadi selalunya, klien-klien yang ada masalah ni, memang Nini lah yang layan dan cuba desak syarikat uruskan masalah diorang.

Sepanjang Nini kerja, memang diorang tak suka Nini. Hari-hari ada saja kena perli. Hari-hari kena jadikan bahan gurauan macam badut.

Sampailah satu hari ni, ada satu konflik jadi kat ofis. Sebenarnya tak ada kaitan pun dengan Nini, tapi Nini kena buang. Kena buang tengah-tengah malam tau. Gelap dunia sekejap.

Komisen Nini masa tu ada 30k tertunggak. Dah la kena buang 24 jam, diorang cuba untuk tak nak bayar pulak. Bila kena paksa, baru terhegeh-hegeh nak bayar. Itu pun nak bayar sikit-sikit.

Bos kata, Nini tak perlu guna duit banyak-banyak. Setakat hidup dengan 3-5 ribu sebulan dah cukup. Kiranya, bos nak bayar 6 kali. Ansur-ansur. Tapi, Nini tolak. Bila dah gertak dengan saman, bos setuju nak bayar 3 kali. Bayaran kali pertama cantik.

Tapi, masuk bayaran kedua, bos dah cuba hilangkan diri. tak pasti bos guna jurus mantera apa. Mungkin mantera beradu mungkin bukan.

Tapi, sebijak-bijak bos larikan diri, Nini lagi bijak. Nini gertak pekerja baru dia. Haha. Tapi, tak pasti akan dapat bayaran ke tidak. Ni tengah tunggu bayaran kedua. Yang sedihnya, bayaran ketiga tu nanti dia dah ada bunyi macam nak tak nak bayar.

Masa Nini bincang bayaran-bayaran ni kat ofis, Nini kata, mana-mana klien yang dulu Nini dah cari, Nini dah follow up berbulan-bulan dan ada yang dah makan tahun ni, Nini nak dapatkan komisennya.

Bos setuju. Nini takkan usik klien-klien baru je. Maksudnya, klien yang datang tanya, “Hi, ni **om*x ke? saya nak tanya tentang rumah”

Klien macamni kira klien baru. Nini tak nak masuk campur. Sebab Nini tak terangkan apa-apa pun kat diorang. Okay, bos setuju. Tapi, yang jadi sekarang lain. Bos ambil klien Nini yang potential dan closed ni, bos bagi pada marketer yang anak kesayangan dia tu.

Yang tak ada klien bertahun-tahun lamanya. Bila Nini ingatkan tentang perjanjian dan surat yang dia dah sain, bos ungkit pasal Nini tak nak bayaran komisen klien baru tu. Bos putar belit. Sedih tau. Bukan sorang dua klien Nini dah follow up.

Ni bayaran ada lagi baki dalam 17k. Tak pasti Nini akan dapat ke tidak. Dulu masa Nini masuk, kawan bos yang tolong. Dah desak bos keluarkan surat lantikan, bos tak nak keluarkan dan tangguh-tangguh.

Akhirnya, sampai Nini dibuang lah, Nini takde hitam putih bekerja. Rasa dipergunakan. Nini stress sangat.

Nini cuma harap, orang belah selatan ni, kalau nampak syarikat ni punya iklan, tolong lah jangan buat dengan diorang. Diorang ni makan duit orang suka-suka hati je. Macam dah lupa keberkatan rezeki. Lupa halal haram.

Nini doa sangat, lepas ada klien nak proceed saman nanti, kebusukan bangkai gajah yang diorang selindung selama ni akan terhidu jauh.

Nini minta maaf juga pada klien-klien Nini. Dulu Nini kerja, Nini ambil hasil daripada terbinanya rumah kalian. Tapi, Nini dah cuba sehabis baik untuk jaga klien-klien Nini.

Setakat ni, yang klien Nini, rumah ada defect tapi tak teruk, dan percayalah semua, Nini memang tak makan komisen banyak.

Sekian, saya Nini meluah perasaan yang terbuku di hati selama ini. Doakan Nini berjaya semua. Nini mulakan hidup semula dengan buat bisnes baru ni.

Walaupun masih dianiaya bekas bos, dia caras klien Nini, Nini buat bisnes bekalkan design, cumanya kalau ada yang nak buat rumah, Nini lantik kontraktor yang Nini dah pilih, yang Nini dah ada perjanjian dengan diorang.

Tapi tu lah, Klien Nini tiba-tiba tak nak jumpa dan bagi alasan pada Nini, tahu-tahu dah closed dengan syarikat lama Nini kerja, tapi Nini cekalkan hati. Nini yakin Allah pasti akan balas dengan setimpal pada si kontraktor scammer ni. Lambat atau cepat je.

– Nini coklat celup (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *