Kotornya Rumah Mak Mertua Aku

Bismillah, Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan cerita saya. Maaf kalau ayat saya agak terabur atau tak menarik (saya tak biasa menulis panjang).

Saya kenalkan diri saya sebagai Bunga ya. Saya berasal dari selatan dan sudah berkahwin hampir 3 tahun dengan suami yang berasal dari timur.

Alhamdulillah perkahwinan saya sangat healthy sebab suami saya sangat baik dan kami bakal menimang anak kedua hujung tahun ni inshaAllah. Hubungan kami sangatlah baik kalau gaduh pun kejap je sebab hari-hari akan minta maaf.

Tapi yang menjadi masalah bagi saya, ya bagi saya sahaja sebab saya perlu hadap adalah keadaan rumah mertua saya yang kotor dan bersepah. Lately ni banyak saya baca tentang rumah mertua kotor dan pengotor.

Ya saya memang akan like setiap posting berikut menunjukkan saya setuju sebab saya alami masalah yang sama hampir sama. Cuma saya tak berani nak komen sebab saya risau mengaibkan suami saya dan risau suami saya nampak komen saya.

Jadi saya rasa ingin berkongsi cerita saya disini memandangkan saya pendam masalah saya ni sendiri. Saya dah tiada ibu bapa, kalau ada mesti saya dah luahkan kepada mereka.

Awal perkahwinan dulu ada la saya luah sikit kat kakak kakak saya tapi saya limitkan sebab taknak mereka anggap keluarga suami saya teruk. Cukuplah saya seorang yang simpan masalah saya ni.

Sebelum kahwin saya tak pernah pergi kerumah bakal mertua saya atas faktor jauh dan masa tu ayah saya masih ada, beliau melarang untuk saya kesana.

Saya tak pernah terbayang keadaan rumah keluarga bakal suami saya sebab suami saya tinggal di kawasan agak bandar dan saya follow ig bakal adik-adik ipar saya pun saya tengok mereka pandai bergaya dan cantik.

Saya pun tak pernah ada family yang rumanya kotor atau terlalu bersepah. Bersepah dan kotor sikit tu normal bagi saya lagi kalau ada budak kecil.

Ok, seminggu selepas berkahwin itulah kali pertama saya jejakkan kaki di rumah mertua. Saya sampai waktu maghrib so sampai je terus nak solat maghrib.

Masa tu masyaAllah saya sangat terkejut dengan keadaan bilik air mertua saya yang terlalu kotor hitam seluruh lantai dan dinding. Macam tak pernah basuh bertahun yaa. Dengan berbau.

Saya mampu mengucap panjang dalam hati. Depan bilik air jugak kotor pulak tu tiada sediakan alas kaki. Dalam bilik air juga tiada selipar. Saya rasa was was dengan wudhu saya masa tu. Tapi saya tiada pilihan.

Lepastu saya tumpang solat di bilik adir ipar saya, terkejut dua kali ya sebab biliknya terlalu bersepah berhabuk dan berbau busuk bau kucing macam macam ada. Bilik perempuan ya tu.

Tu lah istilah bilik macam tempat kucing beranak huhu. Tu kalau bilik saya macam tu mampus lah saya kena marah dengan mak ayah saya sebab mak ayah saya sangat mementingkan kebersihan.

Masa nak solat saya terpaksa pakai telekung adik ipar saya yang berbau dan kotor, saya tak larat nak ambil telekung masa tu dengan penat dan demi nak jaga hati keluarga mertua. Ya saya sangat was was dengan solat saya, saya berharap Allah terima ibadah saya masa itu.

Lepas solat saya ke dapur tolong mertua sediakan makan malam. Saya sangat terkejut ya sebab keadaan dapur terlalu kotor lantai berlendir basah hitam sana sini. Sink kotor ada pinggan mangkuk kotor terbiar, dinding tempat masak hitam dapur gas berminyak macam tak pernah lap.

Saya macam nak menangis ya masa tu sebab saya perlu hadap benda itu hari-hari lepasni. Mood saya merundum jatuh saya tak happy dengan perkahwinan saya tiba-tiba. Saya tak tahu nak tolong kemas macam man sebab keadaan rumah terlalu kotor dan bersepah.

Baju yang keluarga saya bawa ke negeri saya masa saya berkahwin pun masih dalam beg terberkemas walhal sudah seminggu lebih dan berlarutan sehingga berbulan juga. Nak cerita setiap pelusuk rumah tu memang semua zero sebab semua tempat kotor berhabuk.

Saya tak pernah nampak mop di rumah mertua saya berus bilik air pun tak pernah nampak, mungkin mereka tak pernah membuat kerja pembersihan agaknya. Penyapu di dalam rumah pun sangatlah kotor, penyapu luar rumah saya jauh lagi bersih dari penyapu dalam rumah mertua.

Kalau dulu mak saya hari-hari akan basuh penyapu lepas guna dan sangkut untuk keringkan. Sungguh jauh beza dengan keadan dirumah saya.

Saya pelik macam mana ya mereka boleh selesa hidup dalam keadaan macamtu. Saya nak mandi nak buang air pun saya tak selesa dirumah tersebut.

Makan minum pun saya makan sikit je sekadar ambil hati. Saya tak tahu nak luah macam mana dengan suami sebab diluah mati mak ditelan mati bapak.

Sungguh saya tak sampai hati nak complain sebab suami saya terlalu baik dengan saya. Sungguh, sangat kotor rumah mertua saya tambahan pula ada bela kucing agak banyak dalam rumah.

Kucing entah dari mana pun dibelanya dengan bau busuk macam tak pernah mandikan. Tempat makan kucing sebelah je tempat masak.

Ayah saya pun dulu ada bela kucing tapi ada tempat khas makan kat luar rumah. Saya tak pernah sangka akan hidup dengan keluarga macamtu selepas kahwin.

Mujurlah saya tidak perlu tinggal di rumah mertua sebab tiada bilik lebih dan rumahnya agak kecil. Saya tinggal di rumah makcik bersebelahan rumah mertua sebab rumah tu kosong.

Rumah makcik Alhamdulillah bersih dan teratur baru lah saya lega. Tapi saya perlu ke rumah mertua hari-hari atas faktor mertua niaga, saya dan suami akan bantu niaga setiap hari. Tiada pilihan saya perlu hadap kekotoran itu dari pagi sampai petang.

Selepas tiga bulan suami saya dapat kerja tetap dinegeri saya, saya bersyukur dan gembira sangat sebab doa saya termakbul saya mahu pergi jauh dari rumah mertua.

Saya dapat kehidupan yang selesa semula. Saya banyak ajar suami saya tentang kebersihan dan Alhamdulillah suami saya banyak berubah.

Saya tak salahkan suami saya sebab dia dapat didikan dari kecik dari mak ayahnya jika dia tak reti kemas. Tapi saya jadi murung dan sedih bila kena balik kampung bila suami saya dapat cuti panjang.

Yela balik kampung jauh so memang akan balik agak lama seminggu dua juga. Masa tu semestinya saya risau macam mana saya nak hidup selesa ya.

Saya sanggup tumpang rumah makcik untuk buang air atau saya ajak suami saya pergi mall untuk saya buang air.

Kalau mandi tiada pilihan lag terpaksa mandi di rumah so saya akan guna besen lain untuk mandi saya tak guna besen yang sama family mertua guna. Dan saya juga request getah paip kat suami untuk saya mandi so direct dari paip.

Rumah suami tiada shower. Bila ada anak saya akan bawa sendiri besen mandi anak dan gayung sendiri so saya akan share besen yang sama dengan anak. Saya tak pedulikan pandangan mertua dan ipar yang penting saya dan anak selesa.

Saya juga akan bawa bantal sendiri untuk saya tidur, memula saya bawa juga toto sendiri untuk alas tidur tapi mertua cakap tak perlu rumah dia ada toto baru ok toto baru saya nak guna sebab mestilah bersih kan huhu.

Mungkin bagi sesetengah pihak akan cakap tu perkara kecil, tapi tidak bagi kami yang perlu harungi. Bukan tak tolong kemas tapi nanti kalau balik macamtu juga keadaannya.

Saya setiap kali balik pun kekadang saya sental bilik air tapi yela kalau da bertahun tak basuh memang tak boleh bersih.

Saya siap beli selipar khas dalam bilik air dan dapur untuk saya pakai. Saya beli pembersih bilik air, saya beli kain alas kaki depan bilik saya dan suami akan guna kalau saya balik sesekali (saya tumpang bilik adir ipar lelaki so kalau kami balik dia akan tidur depan tv).

Saya pernah terfikir kalaulah saya pergi kerumah mertua sebelum kahwin mesti saya putuskan hubungan dengan bakal suami saya.

Tapi kuasa Allah tu besar saya berjodoh dengan suami saya dan kurniakan zuriat terus lepas berkahwin. Saya selalu pujuk hati saya anggap la ada hikmah semua ni.

Saya selalu cuba berlapang dada dengan semua ini saya anggap ini ujian kecil untuk saya dan anak-anak saya nanti. Saya pun dah ajar anak saya tentang kebersihan dari kecil, sekarang anak saya baru 2 tahun tapi dia tak suka benda kotor dan bersepah.

Saya selalu juga berdoa supaya saya dapat hidup selesa jauh dari mertua sebab saya tak perlu hadap keadaan itu selalu. Sesekali balik takpe saya boleh terima lagi.

Cukuplah ini sahaja luahan hati saya, saya sangat memahami perasaan confessor sebelum ni sebab saya pun hadapi perkara yang sama. Saya kasihan dengan mereka sebab bukan semua orang rasa benda yang sama. Nampak mudah tapi mengganggu emosi.

Banyak lagi saya nak share tapi terjadi novel pulak nanti huhu. Cukuplah ini sahaja dan ini sahaja medan untuk saya meluah. Maaf kalau ada yang ayat terabur yaa, hehe.

Terima kasih semua pembaca.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *