Kualiti Kerja

Kualiti Kerja.

Pertama sekali, terima kasih admin sudi siarkan karangan picisan ini. Aku nak kongsi sedikit perihal berkenaan kualiti kerja.

Aku bukanlah pekerja yang terbaik ataupun yang serba tahu. Tapi aku ada keinginan. Keinginan untuk belajar dan membaiki kekurangan aku.

Aku takda niat nak membandingkan. Tapi aku tiba2 ja terbanding tanpa sengaja disebabkan kualiti dan penyampaian kerja yang aku nampak.

Sebelum ni aku kerja di company A. Company A ni bagi aku dah menempa nama dan gah di kawasan sekitar. Pemaju, perunding, kontraktor memang kenal sungguh la. Aku suka kerja kat sini sebab time aku masuk situ, aku fresh graduate dan senior2 tak lokek mengajar dan berkongsi pengalaman dan ilmu mereka. Dekat sini aku develop diri aku jadi matang dalam dunia kejuruteraan dan tahu handle masalah2 di site. Senior dan junior macam adik beradik. Memang best sangat2. Boleh tegur menegur antara satu sama lain tak kira senior atau junior. We are all the same. Even ada beberapa masalah di tapak yang masih dalam keep in view, but still boleh happy disebabkan persekitaran yang positif.

Selepas beberapa tahun, disebabkan aku sukakan cabaran dan suka mencari ilmu,aku berpindah ke company B. Aku nak timba pengalaman baru, aku nak kenal kawasan baru dan macam2 lagi. Sangat mengejutkan aku sebab suasana di company B bagi aku “tegang” tidak seperti di company A. Aku anggap itu sebagai cabaran sebab hey, tak semua tempat sama kan?. Kena biasakan diri dengan kawasan kat situ bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk lembu menguak. Cumanya, ada beberapa benda yang aku perhati dan aku tak berapa suka. Bagi aku itu adalah benda negatif dan tidak sepatutnya dipupuk di dalam masyarakat apatah lagi sekarang kita perlu bersatu untuk memajukan negara. I know. Sounds patriotik bukan?. Tapi kalau korang fikir duit yang korang dapat hasil kerja korang nak salurkan pada famili untuk makan, buat belanja itu berkat, kualiti kerja kena ada.

Sekejap lagi aku huraikan pasal kualiti kerja tu. Now, berbalik kepada komponen negatif tadi. Antara benda yang aku nampak which is tak patut jadi amalan adalah:

1. “I am always right”. Masalahnya kalau awak ‘rasa’ keputusan awak betul pun, bila ada masalah, kesannya datang pada kuli yang buat tu. Nanti kita pulak yang disoal bagai. Kita pulak yang dicanang. Aku rasa better buat two way communication. Sit down dan buat keputusan dan capai kata sepakat supaya satu solusi yang efektif dapat dicapai.

2. Gossipers. Aku malas nak hurai panjang pasal hal ni. Dalam setiap pejabat mesti ada but it takes major positivity to takes down the negativity. Kalau negativity melebihi positivity, maka kena tahan telinga dengan gosip yang nak ditularkan itu. Golongan macam ini suka mencari kesalahan orang dan beranggapan bahawa telahan mereka kesemuanya benar belaka. If you are not one of them, silalah pakai earphone dan just be in your zone.

3. Pilih bulu. Anak emas. Faham kan?. Satu je nak cakap, kecewa aku bila hasil kerja aku tak nampak, but set2 yang disebut tadi, disanjung, walhal… korang sambung la. Anyway, congrats.

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi aku rasa cukup setakat ini. Konsep aku ambil, LAYAN. Sebab apa? Kalau aku rasa aku orang yang paling susah, silap. Ada yang lagi susah. Aku tak nak serabutkan otak aku dengan hal-hal yang tak sepatutnya. Jika aku tidak diiktiraf pada mata manusia, Allah sahaja tempat aku membuktikan diri aku. Aku tahu Allah sayang diri aku. Sebab itu Dia berikan aku ujian, cabaran. Dia tahu aku mampu melakukannya. Dan ya, aku percaya dengan segala ketentuan Allah dan aku lalui hari-hari aku dengan kekuatan sebab aku tahu Allah sentiasa bersama aku. Diri ini lebih dekat dengan Maha Pencipta bila diberikan ujian dan dugaan. Bersyukur dengan nikmat Allah.

Apepun,
Kerjalah dengan ikhlas. Berikan kualiti kerja yang terbaik you can give. Manusia tak recognize tak apa, Allah ada. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bukan kat diri kita, dapat kat anak cucu cicit nanti. Fikir future okay?

Sekian.

-rakyat marhaen-

– Leya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit