Assalamualaikum wbt
Maaf sekiranya confession ini mengganggu saudara saudari pembaca. Tapi saya terpanggil untuk menjawab persoalan terutamanya daripada sis sis yang komen confession saya sebelum ini (kahwin atau cinta dulu) tentang step2 yang saya buat ke arah perkahwinan.
Ya benar saya mulakan berdoa pasal jodoh dari sekolah menengah. Doanya ialah “rabbana hablana min azwajina, wa zurriayyatina, qurratu a’yunin, waj a’lna lilmuttaqina imama” yang bermaksud lebih kurang, berikan pasangan dan zuriat yang menenangkan hati kami dan jadikan kami orang yang bertaqwa.
Berdoa tidak semestinya maksudnya dah gatal nak kahwin. Mungkin sis yang rasa pelik doa pasal jodoh tu tak biasa amalkan doa macam ni. Masa saya sekolah menengah, cikgu sekolah saya selalu pesan, apa yang kita lakukan hari ini akan beri kesan pada masa depan. Nak anak yang berperangai baik, maka kita dari sekarang kena berperangai baik. Anak kita adalah cerminan diri kita yang dahulu. Sebab tu bila anak buat perangai, kita dulu yang kena selidik diri. Mungkin itu balasan Allah nak tunjuk asbab dosa-dosa terdahulu yang pernah kita buat. Mungkin suami kita sekarang okey, tapi dapatkah kita jamin pada masa depan bagaimana? Suami pun pinjaman Allah kepada kita, maka walaupun dah berkahwin saya masih lagi terus berdoa menggunakan doa itu. Semoga dia sentiasa dalam jagaan Allah. Fi amanillah.
Ya waktu itu saya masih belajar. Saya doa pasal jodoh tak bermaksud saya tak doa pasal pelajaran saya. Doa harian kita merangkumi semua, doa pasal ibu bapa, doa nak dimatikan dalam husnul khatimah, doa ditunjukkan jalan yang benar, bahkan saya dah mula doa untuk diberi peluang menunaikan haji di mekah pada waktu itu. Salahkah kita berdoa nak jodoh yang baik, doa nak pergi haji, doa nak mati dalam keadaan husnul khatimah walaupun pada usia yang muda?
Alhamdulillah…saya yakin Allah itu maha mendengar. Satu demi satu permintaan saya ditunaikan. Bermula dari dapat kejayaan dalam pelajaran, dapat belajar di universiti, dapat kelas pertama dalam ijazah sarjana muda (masa ni pun tak pernah fikir pasal kahwin tapi still doa pasal jodoh) kemudian dapat kerja, diberi pula peluang untuk berjumpa dengan suami, dikurniakan anak pada tahun pertama perkahwinan, diberi rezeki membeli rumah diusia 26 tahun.. Allahuuuu sungguh besar kuasa Allah.. Setiap permintaan kita Dia kabulkan bahkan lebih baik dari apa yang saya pernah minta…
Kesimpulan nya..perkongsian saya sebelum ini adalah bertujuan untuk memberitahu kepada rakan2 yang lain bahawa nya betapa power nyaa kuasa doa…betapa hebatnya Allah swt dan betapa pemurahnya Allah sehinggakan jika kita ikut apa yang diperintahkan dan tinggal larangan nya maka ganjaran yang diberi adalah melebihi sangkaan kita.. Saya hanya menyelitkan doa untuk diberi jodoh yang baik, agar diri saya terpelihara dari aktiviti couple couple yang membazirkan usia muda saya. Kita boleh cari jodoh, tapi biarlah menggunakan jalan yang diredhai…dalam hidup kita selalu diminta untuk membuat pilihan dan pilihan -pilihan itulah yang akan menentukan destinasi kita dialam sana..
Sekiranya tiada perkataan yang baik untuk diucapkan maka lebih baik kita diam. Jangan perlekehkan doa orang lain dan bangga dengan apa yang kita ada kerana semuanya adalah pinjaman dari Allah.. Sekelip mata Allah boleh beri, sekelip mata jua Allah boleh ambil kembali.. Kepada rakan-rakan yang masih mencari jodoh, teruskan berdoa..jika tak jumpa dekat dunia sekalipun, insyaAllah dekat syurga yang kekal abadi tu jodoh anda sedang menunggu anda dengan kacak nya…ajarlah anak2 kita dari kecil untuk cintakan akhirat, bukan dunia yang sementara ini…ajarkan mereka juga doa-doa harian yang berguna untuk diri mereka kelak..bila mereka dah menginjak remaja, katakan kepada mereka, tak couple bukan sebab tak laku..tapi sebab mereka limited edition..
Ok bye
– Ummu Ameena
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit