Kudis Dalam Hubungan

Hi, terima kasih buat pihak IIUMC sebab sudi siarkan kisah pendek aku.

Aku Melur. Umur awal 20-an, pelajar tahun akhir Pendidikan di salah satu IPT dalam Malaysia. Kisah yang aku nak cerita di sini berkenaan kawan aku. Kawan yang dulu pernah bergelar kawan baik tapi sekarang makin menjauh. Aku pun tak tahu kenapa dan apa puncanya.

Ok cerita dia bermula ketika kami perlu menjalani latihan mengajar di mana2 sekolah berdekatan tempat pengajian kami. Seperti biasa, kerana keakraban kami sebelum ini kami telah memilih untuk menjadi pasangan LM di mana satu kesilapan besar yang aku pernah buat.

LM menjadi satu titik tolak kepada hubungan kami sekarang. Retak, hilang akrabnya. Aku sedia maklum kawan aku (aku namakan dia Kasih) dia ada satu tabiat buruk di mana kalau dia ceria, dia akan layan semua orang termasuk aku dengan sangat baik.

Tapi sekiranya dia badmood, dia akan bertukar menjadi pendiam, sinis dan menyakitkan hati kepada semua orang dan paling teruk terkesan adalah aku sebab aku manusia paling rapat dengan dia ketika itu.

Awal2 aku masih boleh terima cara dia melayani aku walaupun dingin, sinis dan menyakitkan hati tapi sebab aku sayangkannya sebagai kawan, aku maafkan dia dalam diam dan tetap layani Kasih dengan baik. Walhal hati aku terguris.

Dia suka melepaskan rasa bengang dia terhadap aku walaupun puncanya bukan aku. Dan dia juga sangat cepat bertukar mood.

Contohnya aku sedang bergelak ketawa gurau2 dgn dia, tup2 on the spot dia akan dingin dan sinis. Tanpa aku tahu puncanya. Walhal baru tadi elok je bersembang dengan aku. :'(( lepastu dia terus kemas barang dan blah. Aku pulak termangu mangu tak tahu apa benda.

Klimaksnya adalah setelah menjalani LM bersama, aku jadi makin tak tahan dengan perangai dia yang suka melepaskan geram terhadap aku. Jadi, aku ambil inisiatif untuk bekukan diri, dingin dan ignorant. Bila dia lalu, aku buat macam tak wujud.

Tanpa aku sedar, situasi ni makin buruk. Sebab dia makin jauhkan diri dia daripada aku dan makin dingin dengan aku.

Aku fikir kalau aku buat balik macam mana dia buat pada aku, dia faham perasaan aku dan cuba berubah. Tapi rupanya dia keras. Sangat keras. Langsung taknak beralah walhal selama ni aku la paling banyak beralah dengan dia.

Oh satu lagi, Kasih ni dia ni kuat sentap. Kuat membentak dan sangat pentingkan diri. Setelah apa yang jadi, berminggu2 aku sedih dan serabut memikirkan hubungan persahabatan antara kitorang macam dah takde harapan. Aku sedih, nangis tapi tak ubah apa2 pun.

Jadi aku nekad, aku nak selamatkan hati aku daripada aku peduli dengan hati orang yang tak pernah nak peduli tentang aku. Sekarang aku amalkan konsep ‘pergi mampus kalau kau tak suka aku sebab aku pun tak suka kau”  aku sekarang layan orang berdasarkan cara layanan orang terhadap aku.

Orang layan aku baik, aku akan layan dia baik tapi kalau dia layan aku tak baik, aku akan layan dia taik. Bak kata omputeh, what you give, you get back.

Aku tertarik dengan satu ayat ni :

“Karma has no menu. You get served what you deserved .”

The conclusion is think first before you want to do something to anyone. Okay? Kadang kau tak tahu, sebab perangai mental kau, kau dah buat orang lain mental sama. Kau dah ubah seorang yang boleh tolak ansur jadi keras macam kau.

Aku cuma doakan supaya suatu hari nanti Tuhan lembutkan hati kau Kasih. Kau sedar betapa banyaknya manusia yang terasa dengan sikap kau selamani. No wonder kau tiada kawan rapat selamani.

Aku masih sudi jadi kawan rapat kau. Tapi tu la buang dulu perangai mental kau tu. Sebab aku pun hampir mental kena torture dengan kau macam tu.  Aku rindu kan kita yang dulu.. Sekian.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *