Kurang Kasih Sayang

Hai. Aku anak bongsu dari 4 orang adik beradik. Kau expect apa jelah kan anak bongsu ni manja itu ini semua nak dapat. tapi tak bagi aku.

Masa aku kecik, mak aku pergi kerja malam dkt cafe terdekat dan bapak aku belah pagi kerja. Malam kakak aku jaga aku dekat rumah. lepastu aku selalu kena sakat yang aku ni anak angkat. and aku rasa aku kena torture sangat dgn perangai kakak kakak aku. tp aku tahu diorang gurau. aku ada abang. abang aku ni dia protect aku sangat as a bro lah kan. kalau aku nak main pondok-pondok dia lah org yg minum benda pasir tah pape tu. mak aku garang. dulu masa sekolah rendah. pembaris besi dah banyak kali makan dkt badan kitorang tp takpa lah aku tahu mak aku nak aku berjaya. aku dalam adik beradik aku ni, alhamdulillah aku pandai lah nak berbanding dgn abang aku. abang aku ni slow sikit tp dia pandai. mak aku ada masa dgn aku bila dia balik je. tu pun tk smpt tengok aku. aku tidur dgn kakak kakak aku.

aku memang ada masalah mental sikit sebab jujur aku takda dapat kasih sayang sepenuhnya dari mak bapak aku tp aku tahu diorang sayang aku and aku tahu diorang tak tunjuk dengan hugs kiss and whatsoever. Mak aku ni garang. sabtu ahad dia tak kerja. so dia ajar kitorang mmg garang tak macam budak lain smpai dia torture mind aku smpai kiri and kanan aku tk boleh bezakan sbb aku takut dgn mak aku sangat. smpai lah darjah 6. aku igt lg masa tu aku tk boleh amik tusyen dkt sekolah and aku sorang je yg tak amik tusyen among of my sibs.and alhamdulillah masa tu aku dapat keputusan yang sgt cemerlang nak dibandingkan dgn kakak2 aku. then rasa aku happy bangga sangat dpt impress kan mak bapak aku. tapi mak bapak aku tak datang pun masa hari amik result aku tu. tapi takpalah diorang kan busy kerja.

Antara adik beradik aku. aku lah diorang tak mewahkan. kakak aku masa darjah 6 dah dapat pakai phone yg butterfly tu. aku? tak parents aku tk pernah belikan aku phone. smpai skrg. aku masuk form 1, then aku culture shock. aku nampak lelaki. tp aku tak couple pun tau cuma aku suka je. ada sorang lelaki ni masa aku form 1 dia try aku then aku rasa why not aku tak kasi peluang kan memandangkan aku ni kurang kasih sayang. tp aku putus lah alah biasalah tu bebudak. aku ni antara kakak kakak aku, aku and abang aku yg paling banyak buat masalah dkt high school dulu. masa tu mak aku dgn bapak aku still tak kasi pun apa apa. aku tak kesah pun. takpa lah. tapi satu haritu. bapak aki everyday kasi rm2 pergi sekolah. nak beli apa je wei rm2 dkt sekolah. then i decide to curi my bapak punya duit and hasil kumpul duit tu. aku beli phone. wei serious aku benci sangat masa tu dkt diri aku.

bapak aku ni suka cakap tengking tengking tau tapi aku tahu tu cara cakap dia. smpai skrg aku nak berbual psl life dkt dia pun aku takut. ok aku skip cerita. smpai lah aku form 3. serious tu zaman kehancuran aku. aku tak dapat result as my mom expected tau. Aku sedih wei. takda siapa nak bercakap takda siapa nak berbual. kawan baik aku pun mak bapak dia tak suka aku mungkin aku social kot. then bila result keluar aku sangat sedih mak aku tak bercakap dgn aku dua minggu and cakap aku ni bodoh. so phone smua tu kena tarik dgn mama aku. oh lupa nak cakap, aku ni perempuan kampung. aku diajar buat kerja rumah dari A sampai Z. so masa tu kakak aku futher study, aku kena buat kerja dia smua lah kan. hahaha entah lah. aku ni jenis peramah, and panas baran.

Aku masuk form 4, aku jumpa boyfriend aku yg sama social dgn aku jugak. tapi aku ubah dia buat benda betul and aku rasa that’s it. aku kena berubah jugak. aku dah kurangkan social life aku mcm smoking berhuha and wearing skirt all the time. skirt atas lutut tauuu. hahahaha!!

Aku masuk form 5 and mak and bapak aku still kerja lagi and diorang tak kasi aku attention pun and tetap kongkong aku. masa tu aku accident masa puasa. Mama aku suruh beli kuih tapi aku merayap dgn cousin aku sbb aku taknak balik awal sbb asyik kena tolong mama aku masak je. kakak kakak aku yg lain susah nak pergi dapur. huh. then ditakdirkan aku accident langgar kereta kawan bapak aku. cermin kereta dia retak tp kepala aku okay lagi hahahaha aduh dasar keras kepala. Then kawan bapak aku call bapak aku wei dia kata aku accident smua bagai. tp bapak aku kata apa “aku malas nak tengok dia. biar dia settle kan hal dia sendiri”. sedih tak? mak aku datang. dia bawak aku balik langsung tak bawak pergi hospital wei. langsung tak. then aku call kakak sulung aku. aku rapat sgt dkt dia even dia suka marah aku. aku call dia aku kata aku accident. dia tengah kerja masa tu and ada dinner dia sanggup pergi amik aku dkt rumah and hantar aku dkt hospital tp dia mmg dah marah aku sangat dah masa tu. tp dia still concern. aku punya tulang terseliuh je dkt pergelangan tangan tapi kau imagine lah benda tu sakit kot. tp esok paginya, aku igtkan aku dpt rehat lah sbb tangan aku smpai kena bandage dgn doctor. tapi esok pagi tu mak aku ketuk bilik aku and marah marah aku suruh aku buat kerja rumah. aku sedih. aku buat dgn air mata jatuh wei. kakak aku kalau senggugut dia boleh je baring and rehat. tapi aku? smpai satu tahap aku takda hormat langsung pada kakak and abang aku, aku berontak gila sampai lari rumah. tp rumah makcik aku jelah hahahaha. aku ni kena kongkong tp diorang elok je pergi clubbing, pergi keluar dgn boyfriend masa umur aku. tp aku tak. sebab tu aku sampai skrg tk boleh orang pressure aku. kalau tak aku marah. aku berontak.

then i realized, benda ni aku kena bukak mata parents aku. aku struggle gila for my spm and eventho cikgu cikgu target aku dapat 2a je. hek eleh. pastu cikgu2 skolah aku ni apa pun nampak aku salah tau even masa tu aku gaduh aku kena lempang dulu tp aku tumbuk dia balik pastu aku jugak salah. hahahhaa adui. aku berubah 360. aku pakai tudung, aku tidur awal, and masa tu aku dah pakao phone dah. aku buang smua instagram, fb, wechat dkt phone aku smua trmasuk whatsapp. everyday aku bangun pukul 3 pagi solat hajat dgn niat taknak kecewakan mak bapak aku eventho aku ni kurang kasih sayang. lepas solat aku study. and a few months after that aku habis spm and aku kerja. and aku dapat keputusan jauh lebih baik and aku dapat naik pentas. kiranya org terbaik dpt naik pentas lah kan. tapi tetap mak bapak aku tak datang pun masa hari anugerah aku. tapi takpa lah. diorang busy kot. yang ada peluk aku. bestfriend aku sbb aku dgn diorang struggle gila. lepas aku dpt result aku tunggu upu. aku dapat masuk u top 3 dkt dalam Malaysia ni. Cikgu yang pandang aku mcm pelacur ni mcm tak percaya aku dapat u tu tapi aku tahu tu smua rezeki Allah nak suruh aku bersyukur. Tapi mak bapak aku tak kasi pergi sambung belajar. duduk dkt rumah sambunh form 6.

Aku sedih. sangat sedih. sedih tak terkata apa. balik rumah aku kurung dalam bilik. dua minggu aku kelakuan aneh dan pelik. aku berontak aku nangis nangis nak sambung belajar. bapak aku dah tak sanggup kot tengok anak dia ni derhaka, bapak aku kata okay pergi tp janji jangan nak balik rumah before habis belajar. aku belajar dengan baik even tak dean list setiap sem tp aku dapat pengalaman. every single thing aku dapat belajar. aku berdikari sangat sangat. so here i am. aku merantau dkt negeri orang and sedang berpraktikal dkt satu syarikat yang setiap negeri ada. Alhamdulillah. Aku nak minta maaf dekat someone yg aku rasa aku terlalu jahat dkt dia and aku tk boleh nak kawal emosi aku bila aku kena pressure dgn dia sbb aku dari dulu tkda sesiapa peluk aku and tenangkan aku masa aku sakit. so the conclusion is,

Kau kena sabar even kau dibaling taik dkt kau. kau kena tunjuk kau bukan apa diorang fikir and if ada parents mcm parents aku. korang fikir positive jelah. diorang nak kita berjaya and hasil aku melangkah jauh dalam dunia ni sbb mak bapak aku even aku mmg kurang kasih sayang. teruk mana didikan bapak, bukan tiket kau untuk kurang hajar dgn dia. dia mak bapak kita. dia tahu apa terbaik untuk kita. Assalamualaikum

– Nurul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit