Leader Puaka

Assalamualaikum semua pembaca setia IIUMC. First big thanks to admin sekiranya awak approved confession saya. Okay sebelum ni aku ada hantar jugak confession kat sini dan admin pon approve. Aku harap yang ini pun sudi la approve. Cerita yang mana tu biar lah rahsia. Min jangan kantoikan taw cerita aku yang mana. Hehehe.

Okay aku nak cerita la sikit pasal office mate aku ni a.k.a leader aku tapi bukan bossku. Cerita dia gini aku dah kerja lama dah kat company ni dari aku lepas SPM lagi. Dalam 9 tahun macam tu. So dalam ramai ramai staff aku lah paling low education. Sebab dorang semua degree. Aku ni dari family yang biasa bukan orang kaya pon kalau kaya aku tak kerja dah menghadap leader puaka tu.

Leader aku ni dia baik dari segi luaran dalaman aku tak tahu tapi kalau dia baik aku tak panggil dia leader puaka. Perwatakan dia memang jaga aurat la tudung labuh bagai semua tu.Dan semestinya dia lagi tua dari aku dan belum berkahwin siapa berminat boleh la jadikan dia calon isteri supaya dia tak jadi puaka selamanya. Semua orang suka dengan dia dan semua orang benci aku. Ada la dua tiga orang yang rapat dengan aku.. Ngeh ngeh ngeh… masa aku baru kerja kat company ni jawatan aku paling bawah la lepastu leader aku ni dia tak suka aku. Dia pernah tengking tengking aku. Dan buat lagi dia benci aku, aku bakal naik jawatan lagi tinggi dari dia. Kalau dulu dia suka menengking aku kan sekarang tak. Dia pakai cara halus. Bukan ilmu hitam yang pasti. Cara halus macam ni lagi sakit taw. Nak taw halus macam mana baca bawah lagi. Pada aku halus tu boleh depression kalau tak tahan.

Sejak dua tiga menjak ni memang ketara perangai dia semua kerja dia yang tak siap dia akan letak atas meja aku. So bila aku masuk kerja atau naik rehat, tadaaa surprise kerja berlambak. Dan aku pernah siap kan kerja dia kat rumah sampai pukul 3 pagi sebab bos aku nak kertas kerja tu urgent esok pagi. Dan dia ni pantang nampak aku free kerja aku dah siap dia akan sakit hati. Dia akan cuba cari pasal dengan aku. Dia bongkar semua kertas kerja suruh aku kemas dan filing kan semula. Aku buat je la. Yela leader kan. Kita pekerja bawahan.

Leader aku ni dia ada tabiat suka datang kerja lambat lagi dia yang pegang kunci pejabat memang lambat la jawab nya. Pernah dia lambat masuk kerja 2 jam lambat masa tu bos aku outstation so dia berani la. Dia ni depan bos pijak semut memang tak mati. Baik yang amat ikut segala perintah tapi tugas yang diberi kan oleh bos kepada dia, dia tak buat aku la yang buat. Aku memang jenis datang awal so aku pergi touch up la muka kejap. Bos aku panggil marah marah dia kata aku lambat. Pehh masa tu menyirap je aku leader aku senyum menyeringai kat aku sambil jeling sebab dia puas tengok aku kena marah. Tapi aku tak bodoh la aku lawan jugak bos aku tu. Aku pertahankan diri la yang aku memang datang awal dan bos boleh tengok thumbprint aku kat system pukul berapa.

Leader aku ni dia selalu hantar kerja tak siap kat bos aku, dia cakap kat aku kerja dia beres dan dia nak cuti. Beres la sangat bos panggil aku marah marah kerja tak setel dia kat mana? Dia sedang berseronok travel sana sini. Dia ni minat travel sejak aku cuti seminggu masa tu nak jumpa akak aku yang stay kat luar negara. Pastu masa tu passport aku masih ‘hidup’ weekend aku turun la Singapore jumpa sepupu aku. Tu yang dia sakit hati dia buat passport jugak. Sekarang passport aku dah tamat tempoh memang tak la aku nak ke overseas lagi, tak mampu nak renewed. Lagi pun akak aku dah balik Malaysia. Tapi tu la first and last aku cuti seminggu straight.

Sekarang turn aku apply cuti selalu reject! Sadis hidup aku! Leader aku and the gang dia ni pantang taw nampak aku pakai apa yang baru sikit. Masa tu aku beli handphone baru alaa phone full screen tu. Tup tup esok nya dia and the gang tukar phone baru jugak. Full screen tapi lain brand dengan aku. Aku mahal sikit la. Bukan tu je aku pakai jam Baby G ehh akhir bulan dia pergi beli G shock. Aku punya warna hitam dia punya warna kelabu. Aku masa tu abaikan je la. Dan aku memang jenis suka emas. Aku beli la seutas gelang lusa nya tu dia beli cincin, dia siap cakap lawa tak cincin akak ni. Aku macam ape lah kau ni.

Bukan tu je aku suka cuba benda baru so aku beli lipstick baru warna merah terang gitu, tetiba dia cakap kat aku, “akak tak biasa pakai macam tu nanti lelaki tergoda” dalam hati mampus je dia ni. Pastu geng dia cakap “eee pakai lipstick warna tu macam perempuan j****g” berdesup sampai ke otak dia punya hirisan ayat yang dia keluar kan. Aku sabar je la. Sekali gaji leader and the gang jumpa aku semata nak tunjuk lipstick yang sama brand dan code yang sama macam aku. Aku istighfar je dalam hati. Aku terus tak pakai warna tu dan ubah nude colour je. Aku tak faham masih ada lagi manusia macam ni kat zaman millennium macam ni.

Tudung aku boleh di katakan branded la dia tak beli yang sama brand dengan aku tapi dia cari design dan warna yang lebih kurang sama macam aku. Aku tepuk dahi je la. Kalau tak dia gang dia la yang akan beli. Perfume pulak aku selalu post kat WhatsApp story aku dapat gaji beli perfume ada jenama sikit bukan selalu reward diri sendiri. So aku posing la depan kedai tu. Next week gang leader aku gigih pergi beli perfume yang sama bau dengan aku. Macam mana aku tahu, gang dia post kat Instagram posing sama macam aku posing. Lepas tu letak botol perfume tu atas meja so bila aku lalu aku akan nampak la. Aku gelak je la yang mampu tapi gelak sendiri la tengok gelagat dorang. Bukan tu je yela jiwa muda macam aku ni suka buat story kat WhatsApp aku pon post la makanan. Tak lama dalam 2 hari macam tu gang dia post makanan yang sama aku makan.

Aku macam, korang ni kenapa ye tak boleh tengok aku lebih sikit je. Aku bukan nak riak aku pakai branded tapi benda benda yang aku beli tu setahun berapa kali je. Aku jenis yang menyimpan nak something aku kumpul duit dan reward diri sendiri. Tapi tu la cuma silap aku, aku suka post kat story maklum la jiwa muda. Dan aku ni suka baking bila aku post mereka ni reply nanti jangan lupa bawak taw pergi office aku jenis kau jahat macam mana pon tapi bab makan aku tak kisah so aku bawak la kek yang aku buat., ehh dia kutuk kutuk kek aku. Aku nak je carut tapi fikir balik buat apa nak carut nanti gaduh lagi nampak aku yang jahat. Ada satu tahun tu aku tak ingat masa tu aku tukar spotrim kereta aku tu masa tu dapat bonus lebih so tukar la, dan aku tak beli emas pon leader aku cakap gini tak beli emas ke guna duit bonus tahun ni. Aku diamkn je malas nak layan. Dalam hati kau nak pakai emas macam mami jarum ke pakai la, ada aku kisah. Info sikit aku akan beli barang emas ni bila bonus je la. Mana mampu nak beli tiap bulan oooii.

Pasal kenaikan pangkat aku tu bos aku yang pilih aku. Dia nampak usaha aku selama ni dan dia tak pandang rendah pada education aku. Walaupun dia tahu aku cuma pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Masa dorang dapat tahu aku dapat naik pangkat dorang cakap aku bodek bos. Pada hal tak. Aku tak tahu apa apa pon. Rezeki tu berpihak pada aku. Leader aku ni terus terang aku cakap dia tak jujur kalau dia kerja kat luar dia akan masuk lambat sangat la. Padahal kerja tu simple tapi dia ambil masa 2jam setengah untuk balik ke office semula. Padahal tempat yang nak dituju tu dalam 15 minit je tapi dia selalu melencong ke tempat lain contoh dia balik rumah dulu. Pergi jumpa kekasih hati. Macam mana aku tahu? Office mate aku pernah follow dia tu yang dia cerita kat aku. Mesti tertanya macam mana offie mate aku ni tahu kan sebab dia angkut sekali bila bos aku takde kat office. Dia akan tulis kat kertas untuk in out tu cuma setengah jam tapi hakikat nya ber jam jam.

Aku keje kat mana tu rahsia la. Company apa pon rahsia la nanti kantoi, okay la aku nak siap kan kerja aku yang menimbun macam gunung ni dulu kang tak pasal aku stay back kat office sampai esok pulak. Aku harap korang semua kerja biar la jujur dan jangan ada hasad dengki, cemburu, iri hati tak elok sikap macam tu. Tak lama orang akan tahu juga siapa betul siapa salah. Maaf sekiranya penulisan aku tak teratur. Nanti kalau rajin aku confess lagi cerita lain. Okay. Bye…

– F

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *