Lebih Baik Banyak Rumah Dari Banyak Orang Dalam Rumah

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak berkongsi pengalaman aku dengan wife aku untuk dijadikan pengajaran/ tauladan buat korang semua. Maaflah kalau tulisan ni tergantung sebab kali terakhir tulis karangan panjang dalam bahasa melayu masa SPM dulu.

Usia perkahwinan aku dengan isteri dah nak masuk 2 tahun. Aku kenal dengan isteri aku beberapa tahun lepas dan ditakdirkan berjodoh dengan dia. Aku tak tau pun mak ayah dia ada title Datuk Seri. Masa mak ayah aku pergi merisik pun tak tau sampailah hari aku nk angkat nikah tu. Isteri aku pun tak pernah sebut. Mungkin tak nak bagi aku dgn keluarga aku takut nk masuk meminang kot.

Nak dijadikan cerita, selepas selamat majlis kedua-dua belah pihak family mertua aku ni dah pesan dekat isteri aku yang dieorg nak aku dfn isteri aku duduk sekali dengan dieorang sementara tunggu kehidupan aku dengan isteri stabil. Yelah isteri aku baru abis master dia dan aku pun keja biasa-biasa je lepas kena vss 2 tahun sudah. Alhamdulillah ada rezeki aku terus dapat kerja dan kerja aku tu home-based.

Orang kata kahwin ni kena macam kahwin dengan family pasangan kau tu sekali. Tak gitu?

Awal-awal dulu semuanya macam okay je. Tapi aku mula rasa pelik kenapa isteri aku jadi macam takut-takut dekat rumah family sendiri. Bila aku kena travel overseas untuk kerja dalam seminggu dia jadi cuak semacam. Ada sekali aku balik tengok badan isteri aku lebam-lebam.

Aku cuba korek cerita. Lama jugak dia nk cerita kat aku. Rupanya parents dia ni dera dia dari kecik lagi. Isteri aku ni ada depression dengan trauma yang serius. Dia yang paling tua dalam kalangan adik beradik dia. Adik-adik pulak semua selfish nak mati.

Korang mesti biasa tengok drama petang-petang tu kan. Anak Datuk kahwin dengan yang dah kena atur bagai. Cerita projek sana-sini juta-juta tapi habuk pun takde. Isteri aku dah lama sangat pendam sengsara dia dalam hati. Semua yang parents dia buat dekat dia.

Dahla baru nak mula hidup kena paksa sign surat agreement sewa rumah 7-8k sebulan. Sampai naik jadi kes mahkamah sebab tak bayar sewa pun takde sape dalam family dia ambik kesah. Semua lepas tangan. Aku harap dieorg bayarlah sewa rumah tu kalau tak nama isteri aku yang kena blacklist dan bangkrap.

Aku pun tak pahamlah parents jenis apa buat kat anak sendiri macam ni. Lepas aku dengan isteri aku pergi mahkamah tu aku dengan isteri aku dah tekad nak keluar dari rumah tu. Well, korang tahulah parents yg macam ni ada he game dia nak buat aku dengan isteri serba salah dengan drama dia. Macam-macam hal la. Kalau boleh nak jugak kiteorg melekat kat umah tu sampai bila-bila.

Tadi aku dah cakap kerja aku homebased kan? Waktu kerja aku macam korang jugak yang ada ofis kerja pukul 8pagi sampai 5 petang. Tapi jadual kerja aku selalu je kena ganggu. Aku kena jadi driver/butler kat umah tu. Ada je arahan masuk suruh bhat kerja rumah yang sepatutnya bukan tangungjawab aku. Hari-hari sejak aku mula duduk rumah tu masa kerja aku kena kacau. Lepas tu aku cover balik semua kerja aku malam. Stress tu tak payah ceritalah.

Isteri aku pulak rasa macam bibik kat umah sendiri. Semua call/mesej semuanya arahan sahaja. Makan? Pernah aku dengan isteri pukul 1pg baru dapat makan malam. Tu pun makan sisa yg semua boss dalam rumah tu tak abis makan. Nak masak katvdapur pun tak boleh. Even orang lain masuk dapur pastu makan tak basuh tinggal dalam sink. Isteri aku jugak yang kena maki. Siap ambik klorok curah dekat sink walaupun haritu aku dgn isteri takde pun masuk dapur. Sengsara woi. Kau suruh kami duduk dengan korang tali korang buat kami mcm kuli batak.

Pernah sekali weekend aku bawak isteri keluar jalan-jalan. Dia call setiap 5 minit tanya kiteorg kat mana. Dia suruh balik sekarang belikan ais. Padahal anak2 kesayangan dia semua ada kat rumah kereta 2-3 bijik takkan tak boleh pergi beli ais. Aku drive dari seremban balik beli ais. Masa ni aku dah start hilang sabar dah. Aku tak dapat bayang macam mana orang rumah aku tahan puluh2 tahun.

Part yang lagi best lepas kiteorg sehari pindah. Weekend kena ambik cleaner cuci rumah. Kiteorg baru je pindah masuk rumah semalam nk kemas umah sendiri lagi ape lagi. Dapat satu call ” tolng ambik cleaner hantar dekat rumah, lepas dah siap nnt hantar dieorg balik n duit nnt dia bank in.” Baba ada emergency tak dapat pick up cleaner.

Aku pun ya kan jelah. Pergi la ambik n hantar dieorg pergi cuci rumah tu. Zaman teknologi kan ada fb/ig. Aku pun tertengok igstory anak2 emas tu emegency apekebendanya pergi makan nasik lemak lepas tu pergi jalan2 kat mall. Aku tunjuk dekat isteri. Pastu dia kata emergencylah sangat. Dahlah hari kiteorg pindah tu dieorg rush je nak keluar. Memang yak sempatlah nak salam ke ape ke. Korang yg lari.

Alhamdulillah dah selamat keluar dari rumah tu tahun lepas. Tak stress dah. Duduk dua orang je takde masalah nak makan kita masak sendiri apa yang ada. Aku rasa aku dgn isteri aku tak derhaka sebab keluar dari rumah tu. Demi nak jaga rumahtangga aku mmg patut kami keluar. Aku tanya pendapat orang2 tua memang patut kami pindah. Yakinlah rezeki Allah tu ada lepas dah bernikah. Hidup berdikari sendiri.

Sebelum ni terpaksa ikut cara dieorg (orang kaya). Lepak mall high class. Aku bwk orang rumah beli barang dapur kat tesco je pun dia dah cukup happy. Nampak la beza isteri aku sekarang jauh dari keluarga dia yg toxic tu.

Aku dengan isteri tak putuskan hubungan pun deng an dieorg. Dah beratus kali call tapi yg jawabnya sekali je. Dah lama tak jawab call kiteorg. Nak tunggu dieorang call?? Tunggu jelah.

Jadi kalau dah bernikah tu elok lah duduk asing dari family mertua korang. Weekend korang visit jela kalau dieorang ada kat rumah kalau takde wasap/call je. Kalau call kena maki? Korang letak je lepas tu call balik.. hahahaha..

“Lebih baik banyak rumah dari banyak orang dalam rumah, ramai orang dalam rumah banyaklah ragamnya”

Sekian sahaja luahan saya. Terima kasih kerana sudi membaca.

– MF BO

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *