Lelaki Baik Untuk Perempuan Yang Tak Rasa Dia Baik

Lelaki Baik Untuk Perempuan Yang Tak Rasa Dia Baik

Assalamualaikum, terima kasih admin kerana siarkan confession yang tak seberapa ni. Sebenarnya bukan confession sangat lah, more to jawapan kepada confession ‘perempuan jahat untuk lelaki jahat’ ataupun nasihat untuk mengenalpasti ‘is he the right one’ in general. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/226am1062019/).

Aku terdetik nak comment dekat confession tu tapi malas sebab taknak mak aku, suami aku, kawan-kawan aku nampak pula nanti kan. Aku ni bukan lah berpengalaman sangat dalam alam perkahwinan tapi boleh dikatakan agak berpengalaman berjumpa dengan pelbagai jenis ‘wrong ones’ sebelum aku jumpa jodoh aku diusia yang agak matang ini.

Ok lah. Dia cenggini, senang je sebenarnya. This way works out whether you are a woman seeking a man or vice versa. Kita tolak tepi sejarah hitam dia semua. Salah satu sebab adalah kita tak layak menghukum kesalahan orang lain dan satu lagi sebab akan aku ceritakan nanti.

Setelah anda tolak segala apa yang dia pernah buat dulu, macam mana anda nak pastikan if he or she is the right one for you? Dengan memastikan dia adalah seseorang yang boleh anda hormati. Ini sangat-sangat penting. Kerana perkahwinan ni bukanlah anda kena cari calon jodoh yang sekepala je atau sekufu je.

Baik anda seorang lelaki atau perempuan, calon jodoh anda tersebut haruslah seseorang yang anda hormati kerana hormat kepada pasangan adalah kunci kebahagiaan rumahtangga anda. Dengan ada nya hormat, kita akan lebih bertolak ansur dan mudah menerima pasangan kita seadanya dan tatkala mula timbul perasaan ‘aku lebih bagus dari pasangan aku’ sedarlah bahawa perasaan itu merupakan racun dalam hubungan anda. Sama juga dengan orang lain. Kalau kita hormat seseorang tu, sudahpasti kita akan melayannya dengan baik bukan?

Paling tidak pun kita akan rasa malu untuk menunjukkan perangai tak senonoh kita dihadapan mereka. Dalam confession ‘perempuan jahat untuk lelaki jahat’, i dont see how the relationship will work out sebab dari awal cik confessor dah ada sebab yang tidak membolehkan dia untuk menghormati calon suami nya itu dengan sangkaan ‘dosa aku lebih ringan dari dosa dia’.

Hormat ni tersangat penting guys, untuk membina rumahtangga yang kekal hingga akhir hayat. Hormat boleh dikatakan investment anda untuk pasangan anda. Pasangan yang akan menjadi ibu, atau ayah kepada anak-anak anda. So kalau ada pertengkaran atau perselisihan, anda akan cepat mengalah. Cuba lah kalau dari awal dah tak hormat, asal gaduh je mesti akan timbul rasa tak puas hati dan ingin mengungkit.

Seperti aku dengan suami. Kami berdua ni pun orang biasa- biasa aje. Banyak khilaf dimasa muda. Takde nak claim sebagai orang baik-baik ke apa. Cuma kalau calon anda mengaku tentang perbuatan jahat nya dimasa lalu, dan ada gambaran yang dia seakan-akan berbangga dengan apa yang dia dahpernah buat dulu, that’s the time you run. But that’s second. First thing is, dia tak patut pun mengaku apa-apa tentang masa silam. Dan begitu juga anda. Kenapa? Teruskan membaca.

Di awal pertunangan dan perkahwinan kami, aku selalu juga cuba korek kehidupan suami aku sebelum aku kenal dia. Dengan alasan aku nak lebih mengenali dia. Aku yakin ramai yang guna alasan macam aku ni. Tapi suami aku relax aje. Tak melayan sangat pun pertanyaan aku. Aku hanya dapat gambaran kehidupan dia dulu melalui gambar-gambar lama yang dia di-tag oleh kawan-kawan nya dulu. Tapi oleh kerana suami aku malu dengan dirinya dulu, dia cakap kat aku, itu bukan lagi dirinya nya sekarang.

Dan dia pun tak pernah cuba korek sejarah aku. Dia cuma cakap, aku boleh ceritakan apa saja yang aku nak kepadanya. Sedangkan aku ni pernah putus tunang, tapi dia takde cuba korek nak ambil tahu sebab apa. Dan oleh kerana itu, aku makin hormat kepadanya. Siapa dirinya dulu mungkin bukan orang yang aku akan sanjung-sanjung tapi orang itulah juga yang dah bertambah matang sebagai insan dan ketua keluarga aku sekarang. Dia menunaikan segala tanggungjawab dia sekarang tanpa culas, sentiasa mengingatkan aku kearah kebaikan dan dia juga bertambah rajin kemasjid.

Apa lagi aku nak kisah tentang dia yang dulu? Aku pernah tanya dia sejak bila dia timbul rasa nak jadi lebih baik, dia cakap sejak dia kenal aku. Dan hakikatnya, aku juga begitu. Sebelum itu aku kenal dengan orang-orang yang aku rasa susah nak hormat dengan solat tunggang langgang, perangai entah apa-apa, membuatkan aku rasa aku ni dah cukup baik dah, padahal aku pun entah apa-apa je dulu. Sekarang, dengan suami, aku ada suatu perasaan malu dan tak layak untuk nya. Membuatkan aku sangat bersyukur bersuamikan si dia.

Hari-hari aku cuba melayan dia sebagai raja dan membesarkan zuriat-zuriat kami dengan baik tanda terima kasih aku kepadanya kerana sudi menerima aku dan yang paling penting, tanda kesyukuran aku kepada Allah yang sentiasa melindungi aku dari orang-orang yang salah untuk aku. Satu-satu nya benda yang aku boleh buat sekarang untuk menebus kembali kenaifan aku masa muda dulu adalah dengan menjadi insan yang lebih baik.

Dan kunci keinginan aku untuk menjadi lebih baik ni, sebahagian besar nya adalah rasa hormat aku kepada suami aku. Tiap kali aku ade benda yang tak puas hati ngan dia, cepat-cepat aku ingatkan diriku, apa lah sangat perbuatannya yang aku tak suka kalau nak dibandingkan dengan kebodohan dan kekhilafan aku dulu yang dia tak tahu pun.

Ok berbalik kepada sebab kenapa kita kena tolak tepi sejarah mahupun sejarah hitam calon atau pasangan kita. Benda ni i wish someone was there to remind me since the beginning of my relationship dengan suami. Sebab mak dah pesan dulu dulu lagi, jangan sesekali tanya atau korek sejarah pasangan kita terutama sekali tentang percintaan nya sebelum kita. Never ever. Mak aku pun dipesan oleh tok saudara aku waktu mak berkahwin dengan ayah. Dulu aku tak faham. Dan aku fikir macam mana aku nak lebih mengenali suami aku kalau aku tak tahu masa silam nya? Banyak cara lagi guys, sebenarnya.

So kenapa orang tua-tua tekan kan pesanan ini? Percayalah guys. Sebab nya, apa-apa informasi tentang calon anda dengan ex girlfriend atau ex boyfriend nya dulu, biar yang baik atau yang buruk, akan memberi kesan kepada kehidupan anda tanpa anda sedar. Anda boleh kata, takpe, aku cool. Aku tahu dia begini begini dulu dengan ex nya, tapi itu dulu. Hakikatnya, benda tu akan stuck in your subconscious mind sampai anda beranak cucu.

Cuba and terserempak dengan ex nya, mesti ada timbul sekelumit rasa curious, camne suami aku pernah suka kat dia, baik ke dia ni? Mungkin dia lebih baik dari aku kan? Atau kalau anda bergaduh dengan suami kerana dia mengguris perasaan anda, mungkin anda akan fikir, patutpun ex nya dulu tinggalkan dia. Aku yang bodoh menerima dia. Ataupun jika anda tahu dulu dia pernah berikan sesuatu kepada ex nya yang dia tak pernah beri anda, baik dari segi material atau perbuatan, anda akan lebih cenderung membandingkan diri anda dengan ex nya.

Percaya lah guys, it is going to eat you inside no matter how hard you try to deny it. Jadi, untuk keharmonian rumahtangga in the future, ingatkan diri anda, jangan korek-korek. Yang dulu biarkan berlalu. Tak penting pun. Get to know your spouse or pontential spouse from who he or she is now, not before. Sejahat jahat sesiapa pun, bahkan orang kafir sekalipun, selagi dia masih hidup, dia ada potensi untuk berubah menjadi insan yang terbaik. Dia dulu tak menggambarkan dia yang sekarang. Of course, nak pilih pasangan kena selidik ye. Aku bukan kata tak payah selidik. No no no.

Selidik tapi dengan cara yang betul. Selidik cara pergaulannya sekekarang dengan keluarga, dengan kawan-kawan, solat nya, ibadah nya. Tanya perancangan masa depan nya, priorities nya, tanya pendapat nya tentang masalah sosial akhir zaman, tanya dia apa yang akan dia buat sebagai seorang bapa kepada anak-anak yang akan melalui dugaan-dugaan akhir zaman. In syaa Allah anda akan mendapat jawapan yang anda cari. Tentang sejarah nya dan sejarah anda sendiri, banyakkan lah berdoa agar Allah mengampuni kalian.

Anda jangan korek dan jangan bagi ruang sekali pun untuk si dia buka cerita mengaibkan tentang diri nya sendiri. Katakan pada nya, ia penting untuk anda saling mengekalkan rasa hormat. Penting untuk masa depan, penting menjaga hati sendiri dan hati satu sama lain. Anda pula jangan pandai-pandai buka aib sendiri kepada bakal tunang atau bakal suami dengan tanggapan, kalau aku tak bagitau dia kekurangan aku, camne aku nak sure dia boleh terima aku seadanya? That is wrong.

Kalau anda bagitahu pun, dia bukan boleh ampunkan anda pun untuk kesalahan dan kezaliman anda terhadap diri sendiri. Keep it between you and God. Allah tak suruh pun kita buka aib orang dan diri sendiri. Especially kalau belum kahwin. Anda buka cerita semua, konon tak mau ada secret between anda dan pasangan. Alih alih tak berjodoh dan si dia berkahwin dengan orang lain. Aib anda dia dah tahu. Silap-silap sampai pula ke pengetahuan orang lain. Maka berhati-hati lah.

Jadi akhir kata, kepada sesiapa diluar sana yang tengah nak mengenalpasti whether the guy/girl you are with right now is the right one for you, cubalah pertimbangkan saranan aku ni. I wish someone told me and reminded me again and again so i could spare myself from all the unnecessary heartbreaks and wish that i know what i know now, that Allah has kept someone special for me. All i need to do is be patient and follow His guidance.

Sorry ye guys, tak sangka berjela pulak essay aku ni. Pssst, lastly aku nak ngaku yang aku ni memang seorang novelist. Tapi ni semua bukan fiksyen rekaan macam yang aku selalu tulis. Yang ni memang straight from the heart. Terima kasih kerana sudi membaca. Dan semoga kalian mendapat berkat dan kebahagianan yang kalian cari. Aamiin….

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit