Lelaki Keding

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca setia IIUMC. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan luahan hati ini. Moga-moga mendapat manfaat.

Nama aku Suffian (bukan nama sebenar) dan sekarang berumur lewat 20 an. Nak masuk 30 dah pun. Confession kali ni sekadar nak berkongsi masalah dan mintak solusi tentang diri aku sendiri. Aku seorang lelaki yang kurus bahkan terlalu kurus. “Keding kritikal” lah katakan.

Oleh kerana kekurangan fizikal ni lah aku selalu menjadi mangsa buli sejak sekolah rendah lagi. Bukan setakat buli fizikal tetapi yang lebih teruk mental aku terseksa apabila diejek dan dicerca oleh kawan-kawan sekolah.

Masuk alam sekolah menengah, benda ni semakin parah bila satu kelas ejek aku secara berjemaah. Contohnya macam belajar topik sains tentang tulang itu semua, nama aku akan dipetiknya berkali-kali. Cikgu pun tengok je, mungkin ingat gurauan semata-mata. Tetapi hati aku sangat sakit.

Hari-hari aku dihantui oleh panggilan tulang, keding, ikan kering, penagih dan sebagainya yang aku malas nak sebut…

Untuk makluman semua, aku ni bukan jenis tak makan tau. Aku ni jenis makan banyak jugak. Bahkan kadang-kala berpinggan-pinggan nasi sekali makan. Selalu jugak keluarga aku dan jiran-jiran tegur “ko tak makan nasi ke keding macam ni?” Nak buat macam mana, maybe aku ni jenis metabolisma tinggi lah katakan.

Ada juga kata maybe sebab genetik aku jadi macam ni. Tapi semua adik beradik aku dan family dapat berat badan yang ideal. Hmmm…

Ok aku akhirnya dapat sambung belajar kat sebuah IPTA di Pantai Timur. Lidah aku sekarang pun berjangkit loghat pantai timur ni tau.

Walaupun bergelar seorang mahasiswa, ejekan & gurauan yang sama juga tak pernah berhenti. Akhirnya aku ni menjadi seorang yang “low confident level” dan mudah “down” bila berhadapan khalayak ramai. Nak mengurat anak dara orang pun takde yang nak dengan aku ni yang takde rupa. Eh, tak pe yang ni cerita lain pulak.

Tapi Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku. Habis je belajar aku terus dapat kerja di sebuah syarikat berhampiran ibu kota. Namun skrip sama juga berulang. Ada je manusia yang suka mengejek fizikal aku yang keding ni.

Kadang-kadang aku dilabel “sekeping papan” dan banyak lagi gelaran yang menyakitkan hati. Yang aku geramnya, yang mengejek tu perempuan rakan sekerja. Nak buat macam mana, sabar je lah. Hina sangat ke lelaki keding ni?

Jadi aku masih lagi membujang sampai sekarang. Awek pun takde. Sedih kan??? Terkadang mengalir jugak air mata jantan ni.

Korang. Lupa nak bagitau. Ni antara beberapa usaha gigih yang aku pernah buat dulu untuk tambah berat badan:

1) Aku makan nasi banyak-banyak tiap-tiap hari. Tapi berat badan tak naik pun. Buang air besar je banyak hahaha…

2) Makan “protein gym” dan exercise. Tapi benda ni tak berhasil maybe aku tak ada jurulatih yang terbaik.

3) Makan vitamin penambah selera makan walaupun aku ni tak ada masalah tu. Tapi sebab orang suggest kan…

4) Beli produk tambah berat badan online. Yang ni famous di FB. Malas nak mention nama kat sini.

5) Aku terbaca di google pasal orang minum tiap-tiap hari susu full crimer pastu jadi gemuk.

Dan banyak lagi usaha-usaha yang aku buat namun semuanya tidak membuahkan hasil seperti yang dihajati.

Macam ni yer? Korang boleh tolong aku suggest benda lebih baik tak? Ataupun ada siapa-siapa kat sini pernah alami situasi yang sama dan berjaya mendapat berat badan ideal? Tolong sharing info tu yer.

Lagi satu, tolong jangan hina orang kurus keding ataupun orang gemuk sebab mereka pun tak mintak tubuh yang sedemikian.

Terima kasih sudi membaca.

– Suffian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *