Lelaki Perasan Bagus II

Untuk part I, (https://iiumc.com/lelaki-perasan-bagus/).

Hai… Saya Nadia. Sebelum ni saya ada menulis tentang kisah hidup saya yang pernah bersuamikan dua lelaki yang tiada tanggungjawab.

Hari tu saya tak dapat karang kisah saya tentang kehidupan selepas bercerai dengan bekas suami kedua. Kerana terlalu panjang, kali ni baru saya dapat sambung semula.

Pada perceraian pertama, saya still berhubung dengan bekas suami saya kerana nafkah anak. Juga, pada bekas suami kedua, Iwan, juga saya terpaksa berhubung kerana urusan kerja.

Mahu tak mahu, saya tak dapat nak elak kerana kerja saya beesangkut paut dengan tugas bekas suami saya yang kedua itu. Walaupun dia pekerja bawahan ditempat saya bertugas, tugas jawatan saya tetap mempunyai kaitan dengan kerjayanya yang rendah itu.

Walaupun begitu, kami tidak berjumpa seperti biasa dan tidak berhubung melainkan urusan kerja saja. Tak lebih dari itu.

Saya seboleh2nya mahu mengelakkan diri untuk bertembung dengannya kerana bimbang dia akan melakukan sesuatu ke atas saya. Mana tahu, tanpa disangka2 iwan kembali menggunakan sihirnya untuk merujuk saya.

Saya sudah tetutup hati padanya dan tidak mahu ada apa kaitan lagi dalam hidupnya kerana saya berpendapat, saya akan teeus mengalami sengsara sekiranya kembali padanya. Gaji saya jauh lebih baik dan mempunyai pendapatan tetap sedangkan dia tiada apa2.

Saya seorang pun dia tak mampu nak jaga, apalagi anak saya yang satu ini. Hendak keluar membeli belah pun, hanya dihulur RM50 sahaja.

Saya bukan mata duitan seperti tuduhannya, tapi hakikatnya kehidupan kita kini memerlukan wang untuk hidup.

Sehelai pakaian saya saja pun tidak pernah dibelinya, fasa percintaan dengan dia pun hanya makan di gerai biasa2 dan bukan di restoran besar. Ini pun sudah menunjukkan taraf kewangannya tidak mampu untuk menyara bakal isteri.

Saya begitu bodoh menerimanya dan tidak berfikir panjang kerana sihir yang diletakkan ke atas makanannya yang diberi pada saya setiap hari. Saya menjadi tidak waras mengahwininya.

Nasib baik Allah perkenankan doa saya untuk menjauhi dia sekiranya dia berniat tidak baik terhadap saya. Dan Allah makbulkan doa itu.

Saya kini telah kembali kepada insan yang saya sayang sebelum ini… dia adalah seorang lelaki yang saya kenal sebelum mengenali iwan dan sangat baik, mempunyai kewangan yang kukuh dan berjawatan tetap iaitu juga seorang kakitangan kerajaan.

Dia seorang yang sangat sayang pada saya dan sanggup menunggu saya walaupun keadaan saya begini. Kedua orang tua saya tidak tahu hal ini kerana saya merahsiakan daripada mereka. Bukan apa. Takut nanti terkejut pula kerana cepat sangat dapat pengganti baru.

Tentang Iwan pula, dia semakin dilihat susah dalam kehidupannya, otaknya menjadi tidak sempurna dalam berfikir. Dengan kata lain, tekanan perasaan hingga hendak gila. Saya tahu dia sentiasa mengingati saya dan saya dapat rasa dia mahu kembali kepada saya.

Saya dapat tahu Iwan menceritakan keburukan saya di belakang saya..

Ramai orang yang dicanangnya mengatakan saya kaki kikis, mata duitan, menyihir dirinya dan dituduh mempunyai kepentingan diri bernikah dengannya sedangkan hakikatnya, hanya dirinya yang tahu mengapa dan bagaimana kami boleh bernikah.

Dia sendiri tahu dirinya pada masa itu sudah mempunyai kekasih, tetapi masih ada hati mahu menjadikan saya sebagai isterinya.

Di sini saya sudah nampak sikap dia yang agak miang dan tidak ada rasa tanggungjawab terhadap kekasih jandanya tapi saya masih lagi mahukan dia.. sebab apa? Sebab sihir nya itu.

Allah dah tunjukkan sikap buruknya itu di depan mata saya tapi saya masih tidak sedar masa tu. So, kepada pembaca, jangan mudah salahkan saya kenapa saya still berkawin dengannya meskipun terlalu banyak keburukan dia Allah dah tunjuk.

Walaupun saya tahu apa perbuatannya di belakang saya, saya hanya mendiamkan diri dan tak mahu bising2. Dia selalu bersama kekasihnya dan untuk pengetahuan anda, mereka bersekududukan hingga kini.

Apa pun, aib dia biarlah saya simpan walapun dia telah membuka aib saya yang kesemuanya bohong belaka. Famili saya dan famili iwan tahu hal ini dan kebenaran telah berpihak kepada saya.

Salah seorang dari famili iwan ada memberitahu bapa dan ibu saya bahawa iwan dari dahulu lagi tidak ada tanggungjawab kepada isteri keeana isterinya yang terdahulu juga menerima nasib yang serupa seperti saya.

Juga menggunakan sihir untuk mendapatkan bekas isterinya itu. Kali ini, dia lakukan kepada saya pula.

Hati saya luluh apabila melihat kain baju kekasihnya di dalam rumah saya tetapi barang saya di dalam rumahnya. Tidak pula dia kasi ambil. Tak mengapalah. Mungkin dia tdak membenarkan barang saya diambil di dalam rumahnya kerana rindukan saya. Biarlah, saya izinkan dan halalkan.

Dia rasa dia dia cukup bagus, tapi sebenarnya dia salah. Masa bercinta, kita memang tak mengenali sikapnya tapi bila dah duduk sebumbung, baru tahu tembelang sebenarnya bagaimana.

Saya kini mahu bertukar tempat kerja diatas permintaan keluarga saya. Mereka turut bimbang keadaan saya. Bimbang jika dia menyihir saya lagi. Famili saya minta jauh diri darinya.

Doakan saya. Assalamualaikum.

– Nadia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *