Lily II

Untuk part I, (https://iiumc.com/Lily/).

Assalamualikum semua, first Nana nak minta maaf kepada semua yang tak suka confession Nana, maafkan Nana sebab buat korang semua rasa Nana membawang, lepas korang comment macam tu Nana perasan yang cerita Nana macam membawang, maafkan Nana.

Kali ini aku nak cerita pasal detik² aku dan Lily mula tak bertegur sapa macam perang dingin gitu, maaf kalau kali ini panjang sikit.

Aku ada la pernah teman Lily pergi temuduga di Kl dan kitorang tumpang rumah sorang akak ni aku gelarkan kan dia Kak Tut, dia satu universiti dengan kitorang tapi dia ada rumah dekat² tempat Lily nak pergi tu.

So masa kat sana Lily ada la cakap kat aku yang dia takut dengan mak ayah akak tu, dia takut diorang buat bukan² dekat dia memandangkan dia seorang ja berlainan agama dan aku cakap la jangan salah faham , diorang tak akan buat macam tu.

Tapi Lily asyik cakap benda tak baik pasal mak dan ayah akak tu sedangkan tu baru kali pertama kami berjumpa dan mak ayah Kak Tut layan kami baik ja so aku pun terangkan dekat dia yang diorang tak akan dan tak boleh pun buat macam tu.

Tapi dalam 5 minit lepas tu dia cakap sesuatu yang agak kasar untuk didengari, walaupun aku ni kadang² boleh tahan pekak tapi aku dengar apa yang dia cakap tu.

Aku pun tegur dia dalam nada keras sikit, aku cakap, “kalau Nana cakap macam tu dekat Lily, Lily marah tak?” Lily cakap “marah la”. Aku pun sambung “ha kalau macam tu jangan la cakap macam tu dekat orang lain”.

Maaf aku tak boleh nak cerita lebih mendalam pasal apa yang Lily cakap sebab aku hal tu berkaitan agama, aku tak nak nanti jadi isu pulak. Dan aku pun salah dalam hal ni sebab aku tertegur Lily dalam nada yang keras sepatutnya aku tunjuk contoh yang baik untuk Lily.

Esok tu lepas dah temuduga, Kak Tut ajak kitorang pergi kenduri rumah kawan dia tapi mak ayah dia yang akan bawa aku dengan Lily sebab Kak Tut kena pergi awal. Pagi tu Kak Tut tanya aku dengan Lily bawa baju kurung tak?

Aku cakap bawa sebab Kak Tut dah pesan awal² dan Lily pun bawa tapi dia diam. Kak Tut sambung lagi kalau tak bawa Kak Tut bagi pinjam baju adik Kak Tut, lawa² gila weyh baju adik Kak Tut memandangkan diorang orang berada, Lily nampak baju tu Lily terus cakap ” Lily tak bawa..” .

So Kak Tut bagi Lily baju adik dia. Kak Tut tanya aku lagi kalau aku nak pakai pun ada lagi baju tapi aku cakap tak apa la.

Padahal baju kurung yang aku bawa tu kain dia terkoyak tapi memandangkan tak perlu di gosok aku pun rembat dari almari aku masa tu. Melepas aku nak merasa baju mak datin adik Kak Tut.

Dalam pukul berapa aku tak ingat, Lily nak pergi mandi dan Lily tanya aku jadi tak pergi kenduri, aku cakap tak tahu sebab Kak Tut dah pergi dan kalau aunty dengan uncle nak bawa kita pergi la.

Aku keluar bilik aku tengok aunty tengah nak masak maggi untuk kitorang semua dan aunty borak² dengan aku.

Aunty cakap aunty rasa tak larat nak pergi kenduri dan aunty ingat nak ajak uncle hantar kitorang terus ja kejap lagi sebab aunty nak melawat anak aunty yang sama umur dengan kitorang kebetulan satu kolej dengan kitorang.

Aku ok ja sebab aku memang nak balik U terus, dengan kain baju kurung aku koyak lagi, so kalau tak pergi kenduri aku tak perlu la pakai baju kurung kain koyak aku tu.

Koyak berlubang pulak tu sebab terbakar masa gosok dulu. Kalau mak aku tengok mesti dia ingat aku dah tak betul pakai baju kain koyak.

Aku masuk bilik pergi bagi tahu Lily yang baru selesai mandi yang kitorang tak jadi pergi kenduri dan aku cakap kita balik U terus, Lily pun tunjuk muka faham macam dalam kelas tu, aku keluar bilik bagi dia pakai baju, ye la lepas mandi kan tak kan aku nak menyaksikan adegan Lily pakai baju.

Aku pergi kat dapur tolong aunty masak walaupun maggi ja tapi acah la sikit kan, tengok² Lily keluar bilik dengan baju ala² mak datin yang Kak Tut bagi tadi tapi dalam version muda.

Aku pun terlopong tengok dalam masa yang sama aku cakap dalam hati, “aku bagi tahu dia dalam bahasa thailand ke tadi? Yang dia ni pergi pakai baju kurung diva ni dah kenapa, orang cakap tak jadi pergi kenduri”.

Kau bayangkan masa tu dalam pukul 9@ 10 pagi, aunty pun pakai baju kelawar lagi, aku pun tak mandi lagi. Yang Lily ni dah siap. Aduh apa la nasib aku di perantauan ni. Aunty pun tanya Lily nak pergi kenduri juga ka.

Lily pun macam, “em tak nak pergi ke, Lily ok ja kalau tak nak pergi”, tapi uncle tu setuju nak bawa kitorang pergi kenduri memandangkan Lily dah semangat dan Lily cakap dia tak pernah pergi kenduri kat negeri tu.

Dan kitorang pun menghadirkan diri dalam upacara tersebut dan ya benda yang aku harap sangat tak berlaku telah pun berlaku iaitu PAKAI KAIN KOYAK, nasib tak ada orang tegur jadi kiranya orang tak nampak la kan hehe.

Masa dah sampai U tu, aku pun balik bilik macam biasa ja dengan penat naik tangga macam nenek sakit lutut dah.

Tapi aku ada buat status kat whatsapp gambar ahli gusti apa entah dan Lily dah tengok dah lama pun status aku tu dari sebelum sampai U lagi tapi dia ok ja dengan aku. Elok dekat bilik ja dia terus cakap kuat² tanya aku , status tu kata dekat dia ka. Aku pun eh tak la, kenapa Lily tiba² terasa.

Lily pun cakap dekat ana dengan ani aku marah dia dekat Kl, aku terkejut beruk, beruang semua ada la masa tu sebab masa balik tu aku ok ja dengan Lily.

Aku biar Lily cakap dekat ana dengan ani tapi dia cerita tak sama macam apa yang dia buat kat aku, so aku pun mencelah, aku tanya “kenapa tak cerita yang Lily cakap buruk pasal aunty dengan uncle? Kenapa tak bagi tahu Lily cakap apa dekat a***a Nana?

Kenapa tak bagi tahu cerita yang betul? Kalau Nana hina Lily macam tu Lily pun akan marah macam mana Nana marah”.

Masa ni aku dah tinggi suara dekat Lily dan dia terus nangis, aku dah cuak gaban dah masa ni tapi sebab nak buktikan aku tak berasalah aku pun acah² macam garang ambil tuala nak pergi mandi padahal aku cuak dia nangis.

Aku pun pergi mandi dah elok aku mandi semua aku masuk bilik tengok dia tengah cerita sesuatu kat ana, ana dengar ja. Tapi aku malas nak ambil tahu, aku buat hal aku ja sebab lagi melayan lagi menjadi-jadi.

Aku pun lepas tu jadi banyak diam lepas kitorang gaduh tu, lagi pun aku risau kalau aku dah buat benda yang salah sebab marah Lily dan Lily nangis, kat situ dah nampak yang aku ni jahat sebab marah Lily.

Aku cerita semua yang jadi tu kat mak aku sebab aku tak tahu nak buat apa, nak cerita dekat kawan aku pun, diorang tak ada time benda tu terjadi dan aku risau kalau kawan aku akan salahkan aku sebab Lily ni kan lemah lembut, mak aku cakap jangan layankan sangat, kawan ja macam biasa.

Aku dah cuba nak buat macam biasa, tapi lepas gaduh tu Lily banyak buat bagi aku sakit hati, kalau dia nampak aku ada dalam bilik, dia akan buka pintu almari dia bagi halang dia dari nampak muka aku sebab katil kami bersebelahan ja.

Kalau aku dengan Lily ja dalam bilik dia akan buat macam² nak bagi aku marah dia antaranya buka pintu almari kuat gila time aku tengah tidur sampai aku terkejut gila masa tu, kalau Lily nak mandi dia akan tutup pintu macam nak tercabut jantung aku, tapi time aku dengan dia ja ada kat bilik.

Dia pernah beli makanan banyak pastu bagi kat ana sorang ja pastu cakap kuat² yang makanan tu dia bagi kat ana, aku rasa ana tak pekak pun tak perlu la jerit².

Lily jugak kalau dia baru sudah basuh baju dengan basah² dia akan pijak carpet aku walaupun aku dah ubah letak ke dalam sikit sebab aku tak nak diorang pijak time kaki basah² sebab aku nak guna untuk solat.

Aku dah pesan jangan pijak time kaki basah tapi dia pijak juga. Lily pernah bagi keropok lekor dekat Mira masa Mira datang bilik aku, tapi dia tak bagi dekat aku langsung.

Aku tak kisah pun tapi aku rasa boleh ja dia pelawa Mira makan keropok tu elok² ni tak dia hulur keropok tu betul² depan batang hidung aku lagi 5 inci ja nak kena hidung aku.

Time aku sembang dengan ana dia terus mencelah cerita hal dia sambil gelak kuat² dan aku terus diam balik katil aku, ana pun macam serba salah.

Aku tak balas balik semua tu walaupun perasaan nak balas balik tu membuak-buak tapi mak aku pesan jangan jadi kurang bijak buat benda yang sama macam dia buat.

Mak aku suruh buat² tak heran ja dekat Lily kalau nak ikutkan hati aku dah lama aku balas, tapi macam kata mak aku, jangan jadi kurang bijak. Diam ja

Sampai sini ja aku cerita sebab dah panjang kalau aku sambung nanti banyak sangat, maaf kalau aku buat korang tak suka baca apa yang aku nak luah ni.

Sumpah masa aku gaduh tu aku takut orang cakap aku jahat sebab marah Lily padahal aku tahu Lily buat apa aku cuma pertahankan diri aku ja dan benda ni berlaku selepas kejadian Lily tipu bf dia yang Lily masuk hospital tu.

Kiranya cerita yang aku cerita dalam confession sebelum ni terjadi selepas aku bergaduh dengan Lily, masa tu kitorang dah start berbaik.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *