Lisan dan Perbuatan Yang Tidak Sama

Assalamualaikum, pertama sekali aku nak bagi tahu yang aku banyak nak luahkan tapi aku tak pandai nak menulis dengan teratur. Harap apa yang aku tulis ni korang dapat faham.

Aku rasa kurang senang dengan staf Kementerian Kesihatan Malaysia, baik nurse mahupon doktor. Kurang senang maksud aku bukan benci, bukan tak suka tapi rasa lebih kepada kecewa. Kecewa sebab apa? Banyak sebab, terutamanya bab layanan lah. Aku tak minta kena layan macam anak raja pon, tapi cukuplah sekadar beradab.

Ramai sekarang doktor-doktor muncul di media sosial untuk sedarkan orang ramai untuk dapatkan nasihat yang betul tentang masalah kesihatan. Tapi apa yang di promote di media sosial tak sama dengan keadaan di hospital. Doktor-doktor yang baik ni suruh orang ramai cakna tentang kesihatan.

Jumpa doktor kalau ada masalah. Bila datang hospital, doktor yang check pesakit cakap lebih kurang ja. Kadang-kadang tengok muka pesakit pon tak. Terus bagi slip ubat dan balik. Aku cakap dari pengalaman aku. Aku kecewa sangat.

Doktor-doktor yang pandai ni bagitahu pentingnya seorang doktor tanya sejarah penyakit pesakit sebelum tentukan sakit pesakit tapi bila jumpa doktor di hospital, lain pula jadi. Baru kita nak cerita lebih sikit dulu-dulu kita sakit apa, terus doktor potong cakap kita. Doktor cakap tak ada apa yang serius. Bagi kita ubat dan suruh balik makan ubat sampai habis.

Ada juga nurse yang cakap lebih kurang ja dengan pesakit. Lepastu anggap pesakit ni tahu semua benda di wad. Bersembang sesama nurse riuh macam ada kenduri. Walaupon bercakap di kaunter, tapi dah suara macam mic pecah, hujung hospital pon boleh dengar.

Ada juga doktor yang mengeluh bila kita minta check lebih sikit. Lain pula slogan doktor-doktor dan staf kementerian kesihatan di media sosial, ‘kami sedia membantu anda’. Aku cakap semua ni bukan sekadar sedap tekak ja. Ini semua pengalaman aku dan orang terdekat aku. Pengalaman orang terdekat ni bukan aku sekadar dengar ja tau. Aku saksi tengok benda tu berlaku.

Sejujurnya aku rasa tertipu dan kecewa. Di media sosial, dorang cakap yang baik-baik yang manis-manis. Aku sangat suka cara dorang santuni orang ramai di media sosial. Ajak jumpa di hospital buat pemeriksaan, jangan pandai-pandai cari ubat sendiri. Tapi bila ke hospital, layanan tu tak sama pon macam di war-warkan.

Mesti korang akan cakap kenapa tak buat report? Kenapa nak bising-bising sini. Aku rasa benda ni tak perlu sampai kena report. Benda ni hanya perlu di tegur. Tapi aku tak ada daya nak tegur depan-depan. Aku tak tahu macam mana nak tegur.

Aku pernah juga buat report tapi sampai sekarang tak ada feedback. Ada juga kenalan aku yang buat report terus ke pengarah hospital. Tapi pengarah sendiri back up staf dia. Tak terima teguran korang tentang staf dia. Kalau sampai jadi macam ni susah lah.

Aku percaya ramai dah yang sedar untuk tidak pandai-pandai rawat penyakit sendiri. Tapi bila pergi hospital, dapat layanan acuh tak acuh, jawab perli-perli, susah la orang nak terus percaya dengan hospital.

Walau apa pun yang terjadi aku tetap yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kementerian kesihatan malaysia. Sebab aku sedar diri, dorang lebih pakar dalam bidang dorang.

Harapan aku, apa yang di promote di media sosial biarlah seiring dengan layanan di beri. Jangan la kemain beria back up team sendiri bagus tapi hakikatnya tidak.

– Min, masih teguh percaya dengan khidmat kkm (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *