Luahan Seorang Doktor

Salam semua pembaca. Aku adalah seorang doktor yang bekerja di salah sebuah hospital kerajaan di lembah klang ini. Aku bukanlah nak bercerita tentang penat lelah bekerja, kesibukan mahupun duit yang diraih oleh seorang doktor tetapi aku sebenarnya mahu bercerita tentang kisah pesakit-pesakit aku.

Mungkin pengalaman aku hanyalah seciput jika nak dibandingkan pengalaman doktor-doktor yang lain yang lebih senior dari aku tetapi entah kenapa aku terpanggil untuk share pengalaman aku berhadapan dengan pesakit yang bermacam-macam ragam ini. Dan aku percaya ramai doktor dan petugas perubatan yang pernah mengalami benda yang sama dengan aku.

Sebagai seorang doktor di bahagian pembedahan, aku banyak berhadapan dengan pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kanser, termasuklah kanser payudara, kanser usus, kanser perut, kanser hati, kanser thyroid dan bermacam-macam lagi. Tetapi secara jujurnya pesakit yang paling tegar dan susah untuk dikaunseling dan menerima rawatan adalah pesakit kanser payudara.

Iyelah, bila disahkan mendapat penyakit kanser payudara macam2 terbayang di pikiran pesakit dan ahli keluarga mereka. Perasaan terkejut, sedih, bercelaru, in denial dan ada yang sampai mengalami depression. Macam2 terbayang dalam pikiran mereka dan macam2 soalan bermain2 di pikiran. Soalan2 seperti, kene buang breast ke? Kene chemo ke? Berapa lama aku akan hidup? Dan bermacam2 lagi..

Iyelah.. sapa yang nk buang breast kan. Breast adalah salah satu organ lambang kewanitaan seseorang kot. Aku teringat ketika satu sesi dengan budak2 perempuan di sebuah sekolah menengah. Doktor tuh bertanya, apakah fungsi payudara? Bilik seminar tuh senyap seketika, tiba2 ada seorang budak boleh jawab – untuk menghairahkan lelaki. Aku rasa nak tumbuk muka je time tuh. Memang betul la boleh menghairahkan lelaki, tapi korang kene pahamla fungsi utama Allah ciptakan payudara adalah untuk menyusukan bayi dan anak2 korang.

Berbalik kepada kanser payudara tadi. Jadi disebabkan breast adalah sesuatu yang sangat berharga, kebanyakan wanita memang agak stress bila bercakap tentang pembedahan yang melibatkan payudara ini apatah lagi terpaksa membuang keseluruhan payudara.. Memang betul, bukan semua pesakit kita suggestkan buang payudara, ada banyak asbab yang menentukan samaada payudara perlu dibuang keseluruhannya ataupon cuma buang ketulan kanser sahaja.. Ini semua bergantung kepada tahap kanser itu.. Contohnya kalau tahap 1, ketulan kecil atau tak boleh rasa langsung barulah kite buang ketulan sahaja, sebaliknya kalau dah besar gedabak, takde maknanya nak buang ketulan saja. Ketulan pon dah sebesar atau separuh dari breast kau kot. Ini semua sebab kau datang lambat check la. Time die kecik taknak datang check. Dengan alasan takutla, tak sakit pon ataupon takde masa.

Bila bercakap kena buang breast, pesakit mula refused dan memberi seribu satu alasan seperti saya nak cuba alternative medicine la, family saya tak bagi la, husband saya tak benarkan la, mak saya suruh berubat kampungla, saya ada masalah keluarga la dan macam2 lagi.. Dan sebagai anak yang taat pada ibu bapa dan isteri yang taat pada suami, saya kena ikut cakap mereka.. Setelah macam2 benda kau bagitahu dan kaunseling selama berjam2, keputusannya masih sama. Kadang2 rasa macam membazir air liur jer..

Terus terang aku cakap, pesakit-pesakit aku yang ramai2 tuh, masing2 dah pernah try macam2 alternative medicine tetapi takde satu pon yang berjaya menghilangkan terus kanser yang tersemat di payudara mereka itu.. Mereka sanggup membazirkan berpuluh malah ratusan ribu untuk satu kotak teh atau satu paket ubat yang dikatakan mampu mengubat bermacam kanser. Tak kurang jugak yang jumpa bomoh sana sini, membuat pembedahan ghaib keluarkan kanser tuh kononnya ataupon yang guna air2 ubat la. Macam2 wa cakap lu.

Macammana aku tahu? Sebabnya aku suka tanya pesakit2 yang duk try alternative treatment nih, diorang buat treatment ape? Yelah, manalah tahu kot2 memang ada alternative treatment yang boleh menyembuhkan penyakit kanser payudara nih, bolehla aku buat research. Bukan aku jer, mungkin doktor2 seluruh dunia pon nk buat research pasal treatment tuh. Masalahnya takde satu pon yang aku tengok berkesan setakat ini..

Aku pon pelik mana diorang boleh dapat testimoni bukan2 nih.. Sumber doktor google, blogspot dan sahabat handai lah biasanya.. Yang lebih peliknya bila kanser tuh dah besar dan merebak, dengan kata lain ‘failed alternative treatment’ datang balik ke hospital. Kenapa agaknya diorang tak pergi balik kat bomoh ataupon orang yang jual produk alternative nih? Ntahla.

Aku sebenarnya bukanlah anti sangat alternative treatment nih. Aku cuma percaya kepada alternative yang berunsur islamik sahaja. Yang menggunakan ayat2 Al-Quran dan yang menggalakkan pesakit menambahkan amal ibadah diorang. Sekurang-kurang pesakit akan lebih tenang dan menerima qada dan qadar. Sedikit sebanyak bila pesakit banyak berdoa, segala urusan pon Allah permudahkan.. Walaupon ada certain yang cuma bertopengkan islamik untuk meraih wang. Itu bergantung kepada pilihan masing2. Wallahualam.

Lagi satu yang part2 taat setia pada suami nih pon satu. Suami tak bagi operate sebab apa ntah. Ada tuh sampai breast tuh dah bernanah, hitam dan busuk macam bangkai pon masih tak bagi buat treatment. Kesian aku tengok kat perempuan macam tuh. Bila kau pon dah sakit, breast pon dah busuk, laki kau yang kau setia sangat tuh pon takde selera dah kat kau dan cari perempuan lain.

Ada jugak anak yang baik, ataupon kakak atau adik yang baik.. Duk ikotla cakap keluarga, iyela single, tak kahwin lagi. Kalau tak ikut cakap family nanti sapa yang akan jaga diorang nanti.. Kesian jugak aku kat pesakit macam nih.. Berbelah bagi.. Aku pahamla mungkin diorang setuju nak buat treatment ataupon pembedahan, tetapi atas tekanan keluarga, mereka terpaksa refused.

Nasihat aku pada ahli2 keluarga camni. Korang biarlah pesakit tuh buat keputusan sendiri. Samaada die nk buat atau tak nak buat bergantung pada die, sebab itu badan die kot. Kalau dah memang dia pilih untuk refused treatment walaupon korang dah nasihat berbuih2 takpelah.. Tapi korang bayangkan kalau dia tak buat treatment sebabnya korang yang paksa dan mempengaruhi dia dan dia yang terpaksa menanggung sakit dia tuh kelak.. Korang akan rasa bersalah sampai mati kot..

Kanser payudara nih dah la sekarang nih serang kat orang-orang muda. Ada yang 20an pon dah dapat breast cancer. Dan mereka-mereka nih la yang selalunya refused treatment. Yelah, belum kahwin lagi breast dah nak kena buang.. Sedih sangat.. Tapi aku cakap ngan kau, kalau seseorang lelaki tuh betul ikhlas sayangkan kau, die akan terima kau seadanya, tak kesah macamana keadaan kau sekalipon. Sungguh.. Ada pesakit aku tuh tunang die tahu je die sakit kanser payudara, malah dia yang suruh tunang die buat treatment. Memang aku tak nafikan ada sesetengah ahli keluarga dan suami tuh sangat supportive. Aku memang respect orang2 macamni..

Kanser payudara nih progress die sangatla cepat. Time is very precious macam jam pasir tau.. Katakanla harini kau tahap 1 atau 2. 3 minggu lagi kau tunggu nk try alternative treatment dulula, nak pikir dulula, check2 balik kau dah tahap 4 dah. Kau datang pon sebenarnya bukan ikhlas nk buat treatment pon kan… Saje nk mintak check balik, nak tengok alternative treatment kau berjaya ke tak kan..

Tak kira lah yang educated ke, tak educated ke, sama saja. Bila berhadapan dengan kanser payudara ni, masing2 buat keputusan yang tak relevant kadang2. Chemo satu hal lagi laa.. Kalau aku cerita nanti tak abes pulak.. Takpela..

Aku cuma kesian dengan nasib2 sesetengah wanita yang naif. Aku sedih bila setiap hari dengar cerita2 sedih macam nih.. Aku doa dan mintak jauhkanlah benda nih jadi pada diri aku sendiri mahupon ahli keluarga aku. Hidup mati memang di tangan Tuhan. “maka tanyalah pada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui”. surah an-Nahl ayat 43.

Aku berdoa semoga semua pesakit2 kanser payudara kekal tabah, semoga diizinkan sembuh sepenuhnya dan akhirnya bebas dari kanser. Sakit itu ujian Allah dan penghapus dosa. Sebagai muslim kita kena redha pada ketentuan Ilahi. Anggota tubuh badan yang sihat adalah rezeki dan pinjaman dari Allah dan bila2 masa Dia boleh tarik balik hak Nya dan nikmat yang diberi.

Aku nak mintak maafla kalau tulisan dan ayat2 aku ini agak kasar dan bercampur ‘with some English words’ dan bahasa pasar. Aku memang tak pandai menulis. Seboleh2 aku cuba gunakan bahasa pasar supaya pembaca dapat faham apakah point yang aku cuba ketengahkan..

Untuk wanita2 di luar sana, buatlah pemeriksaan breast berkala, amalkan cara hidup sihat, makan makanan yang berkhasiat, avoid processed foods, exercise, kurangkan stress and the list goes on. Itu jela setakat nih. Terima kasih kerana sudi membaca. Aku harap tulisan aku ini bermanfaat. Wassalam.

– Dr Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit