Luka Lama Berd4rah Kembali

Assalamualaikum semua. Kenalkan diri aku. Seorang wanita dipenghujung 20 an.

Aku bukan lagi kanak2. Aku sudah menjadi wanita dewasa yang cukup matang dan faham akan semua perihal hati & perasaan.

Mohon para pembaca memberi aku nasihat atau pandangan. Aku amat hargai. Terima kasih kerana sudi memberi nasihat dan pandangan.

Aku mulakan kisah aku…

Perasaan aku yang telah dimainkan dan luka lama berdarah kembali.

Beberapa tahun sebelum ini aku bertemu dengan seorang jejaka. Tua setahun dari aku.

Aku jatuh hati dengan dia selepas mendengar dia menjadi Imam disebuah surau di tempat kerja kami. Aku dengar bait-bait bacaan dia.

Sejak itu aku menaruh hati. Lama kelamaan. Dia mula memberi aku harapan. Dia kerap berkias depan aku sedang mencari bakal isteri lah bakal ibu la.

Tipu la kalau aku tak perasan. Aku saja yang berada disitu, masakan dia bercakap dengan dinding.

Aku mula menyimpan hati. Aku mula sedang jatuh hati dengan dia. Mungkin juga dia perasan tindak tanduk aku.

Disini lah silap aku. Aku pergi bagitau dia yang aku ada perasaan terhadap dia. Walhal aku tidak tahu di masa seterusnya adalah fasa-fasa yang melukakan hati aku.

Sejak dia tahu mengenai perasaan aku. Dia juga berubah. Dan perubahan dia sangat ketara lah. Dia tidak pernah pandang mata aku. Dia juga blushing jika melihat aku. Dia juga malu-malu kucing terhadap aku.

Dan ada saja kerja yang remeh temeh yang dia perlu berurusan dengan aku, walhal sebelum ini mana ada pun. Aku layankan saja. Sangkaan aku mungkin dia juga ada hati pada aku.

Pada aku mana mungkin dia akan main kan hati aku. Mana mungkin lelaki yang bagi aku faham agama ini boleh tipu hati & perasaan aku.

Berbulan2 kami berdua seperti saling mencintai dalam diam. Apabila dia malu2 kucing la tak boleh pandang mata aku la suka curi2 pandang la. Aku memang terus tenggelam dalam rasa ini.

Pantang nampak aku dimana saja dia akan alihkan pandangan dia kepada aku. Mata dia akan merenung aku. Sehingga aku sendiri tak selesa. Walaupun ada kawan2 tegur dia macam suka aku.

Tapi aku diamkan saja. Siapa sahaja tidak suka dipandang? Rasa macam eh kenapa dia selalu pandang aku? Rasa seronok la. Tambah2 dia orang yang aku sangat sayang. Bagi aku, bila orang tu sayang sesuatu mestilah dia akan pandang kan.

Sampai lah satu ketika. Aku dikejutkan dengan dia bertunang. Allah saja yang tahu apa perasaan aku. Sampai nya hati dia.

Habis yang selama ini apa? Habis yang malu2 kucing la yang tak boleh bertentang mata dengan aku la yang suka curi2 pandang aku semua tuu?

Segala nya seperti musnah dalam satu masa. Hancur harapan akuu.

Aku menangis. Menangis. Dan terus menangis. Apa salah aku? Kalau tak suka bagitau dari awal. Kenapa buat aku begini?

Kenapa tak terus terang dari awal yang dia tak suka pun aku selama ni. Kenapa perlu berubah sikap seolah2 ada hati dekat aku padahal bertunang dengan orang lain.

Aku sangka lepas dia bertunang dia akan berubah. Dia tidak akan pandang aku lagi. Rupanya aku silap. Selepas dia bertunang pun, dia masih bersikap sama. Masih memandang aku. Pandangan dia seolah2 tiada apa yang berlaku.

Dia juga masih sama tidak boleh lihat anak mata aku. Aku juga tidak boleh memandang dia. Rasa semua perasaan sedih kecewa yang bercampur.

Selepas dia bertunang, aku melihat dia seperti seorang lelaki yang sedang keliru. Aku lihat dia seperti mahu memanjang kan tempoh pertunangan.

Dan aku terdengar perbualan dia mahu panjangkan tempoh pertunangan tapi tidak pasti kenapa. Bukan urusan aku.

Sepanjang fasa dia bertunang. Ada beberapa kali dia tersasul memangil aku “sayang “.

Allah. Apa lagi ujian untuk aku. Separuh hati aku berbunga. Separuh lagi menangis. Kenapa perlu tersasul begini? Sebab aku kenal dia. Cukup kenal. Dia bukan lah orang yang mudah tersasul.

Dan bila dia tersasul “sayang” atau tertypo “sayang”. Tidak pula dia delete atau tidak pula dia kata eh maaf silap. Tidak.

Tuhan saja lah tahu apa yang aku rasa. Dimasa kau telah bertunang jadi tunang orang pun kau masih bersikap sama seperti kau single. Hati aku? Aku sangka dia tipu tidak bertunang, aku sangka dia hanya mahu menguji aku. Demi Allah memang aku tertipu.

Sampai lah aku dikejutkan dengan hari dia bakal berkahwin.

Sekali lagi. Remuk nya. Hancur nya. Retak nya. Punah segala harapan. Segalanya musnah dalam sekelip mata.

Aku menangis lagi. Dan menangis lagi. Air mata ni menjadi saksi. Bagaimana aku menangis didalam solat dan diluar solat. Hanya kepada Allah jualah aku mohon kekuatan. Hanya pada Allah jualah aku berharap.

Kalau tak suka aku kenapa buat aku macam suka aku? Kenapa bagi fake hope kepada aku? Kenapa dan kenapa.Semua persoalan ini hanya berlegar di minda aku.

Berbulan selepas dia kahwin, berat badan aku susut. Aku tak boleh jamah nasi. Hilang selera. Aku hanya mampu jamah lauk. Ya. Aku seperti mayat hidup. Tetapi aku sembunyikan. Tidak ada sesiapa yang tahu.

Selepas berbulan dia kahwin. Aku melihat dengan mata aku bagaimana dia berubah. Dia buang aku macam sampah. Dia buat aku macam tak wujud.

Kebahagian dia, dia pamerkan kepada aku. Dia miliki isteri yang cantik sama padan dengan dia. Dia dengan bangga sering update media sosial dia mengenai kecantikkan dan kebahagian perkahwinan dia. (Aku follow pastu aku remove dia dari semua media sosial aku)..

Aku sudah beberapa kali hantar surat permohonan berhenti kerja. Tetapi atas sebab tertentu. Permohonan aku ditolak. Dan aku perlu kuat untuk berhadapan dengan dia.

Ya. Aku masih begini. Cumanya aku tidak lagi bersedih. Habis sudah air mata ini. Kering sudah kolam air mata ini. Aku dekatkan diri pada tuhan.

Aku ubah diri aku. Aku laburkan duit kerja ke atas diri aku sendiri. Aku sudah pandai berfeksyen dan make up. Aku cantikkan diri aku.

Semua tidak lain tidak bukan hanya la untuk tatapan aku sendiri.

Kemudian selepas berbulan2. Si lelaki ini kembali kepada sikap asal dia. Dia mula memandang aku kembali. Dia muka bersikap malu2 kucing la tak boleh pandang mata aku la. Kira nya macam masih single la sikap dia.

Kali ni aku tidak tertipu lagi. Dia pandang la aku sampai nak tercabut biji mata ka. Dia renung la aku macam mana sekalipun. Tetap aku begini.

Cuma jauh disudut hati ini. Aku sedih. Kenapa buat begini kepada aku? Sudah ada isteri. Sudah jadi suami orang. Apa lagi dia mahu dari aku.

Bila aku sengaja berpura2 melayan renungan dia, dia seolah2 kembali dingin tidak pandang aku bagai. Nampak tak? Dia cuma menjadikan aku alat untuk boost self esteem dia sahaja.

Bila aku ignore buat tak tahu pandangan mata dia tuu, dia seolah2 cuba pelbagai cara supaya aku ni nampak perilaku dia.

Aku penat. Aku ini seorang wanita. Aku ada hati dan perasaan. Jangan kerana aku tidak cantik, dia boleh buat aku macam bola. Masa nak tengok nak renung kemain la. Masa tak nak, lempar jauh2 lah. Seolah2 tidak saling mengenali.

Dan selepas beberapa bulan dari usia perkahwinan dia. Dia seolah2 sedang cuba ambil hati aku. Bila aku mula berkawan dengan kawan2 lelaki lain, aku nampak satu sisi dia. Cemburu. Tapi dia tidak pamerkan. Jelas diwajah dia. Kenapa perlu cemburu? Aku bukan isteri dia.

Dia juga mula memandang aku secara depan-depan. Tidak lagi curi2 pandang seperti sebelum ini. Selagi aku tak pandang mata dia selagi tulah dia akan pandang aku. Bila mata kami saling bertaut. Aku yang mengelak. Segala rasa sedih marah kecewa bercampur2.

Aku memang telah buang dia dari semua media sosial aku. Aku telah buang segalanya perihal dia. Apa saja benda yang mengingatkan aku kepada dia telah aku buang. Tetapi dia masih sama begitulah.

Aku? Aku masih ada kala menangis. Kenapa dia sekejam ini. Aku betul ikhlas sayabgkan dia. Aku tak main-main. Tapi perasaan aku. Hati aku. Dia buang macam sampah. Dan apabila dia nak. Dia datang macam tiada apa2.

Aku juga sudah tidak bercakap apa2 dengan dia. Segala komunikasi hanya berkaitan kerja. Cukup setakat itu sahaja. Sehingga la baru-baru ini.

Ditempat kerja kami ada majlis bersama keluarga. Dia bawa isteri dia. Dan yang paling aku terasa hati, dia duduk depan aku. Dan segala kemesraan dia dengan isteri dia. Aku lihat dengan mata aku. Allah saja la tahu.

Hilang selera makan aku. Aku hanya berborak kosong dengan rakan sekerja aku kemudian aku minta diri untuk pulang. Aku pulang dan menangisi apa yang aku tidak patut tangisi.

Aku tidak move on? Bukan lah aku tidak move on. Tetapi aku rasa ralat. Rasa terkilan. Rasa macam sampai hati nya dia. Seperti watak Zainuddin kecewa dalam buku, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Kau yang mulakan rasa ini. Kau yang bagi harapan ini. Kau juga yang musnahkan harapan ini. Kau juga yang bermain tarik tali. Kau juga kembali memberi harapan. Apa lagi kau nak buat pada aku?

Rasa macam baru dipejabat tadi dia memandang aku. Pandangan mata dia bukanlah pandangan biasa. Baru saja. Tetapi di majlis ini begitu mudah dia buang aku. Yalah. Siapa la aku ni. Hanya bola bagi dia.

Tidak la aku minta dia pergi jauh dari aku. Cukuplah duduk jauh dari aku. Bukanya syarikat tidak sediakan kerusi meja ditempat lain.

Kejam nya dia pada aku. Aku masih teringat isteri dia. Aku masih ingat dia duduk depan aku. Dan dia sentiasa memandang aku. Apa motif dia buat aku begini? Kenapa dalam sebesar ruang untuk duduk, kenapa duduk depan aku. Betul-betul depan aku.

Why he treat me like this? What my sin to him? Apa pendapat kalian wahai pembaca?

Jika aku bukan pilihan pertama. Kenapa perlu buat aku seperti ini. Apa kerana aku tidak secantik isteri kau? Rasa sedih rasa luka yang cukup dalam.

Seperti nya luka lama berdarah kembali. Aku menangis lagi. Entah kali keberapa. Entah apa lagi dia akan buat. Adakah aku perlu meraung menangis hentak kaki dihadapan dia. Baru dia faham aku rasa?

Sekurang2 nya hormati lah perasaan aku yang dia sendiri telah hancurkan. Sekurang2 kenang la aku sebagai wanita yang dia mainkan hati & perasaan.

Kepada kalian yang membaca. Doakan aku segera bertemu jodoh. Aku tidak mahu lagi bertemu manusia seperti dia ini. Cukuplah luka -luka dan parut yang dia tinggalkan dalam hati aku.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *