M4k Mulut Jahat

Aku ada seorang mak yang mulut dia jahat. Tapi depan orang, depan saudara & kengkawan dia, tau pula dia nak tunjuk baik.

Aku selalu ditegur pakai baju labuh tutup punggung ku yang besar. Maksudnya nak cakap aku badan besar lah kan? Padahal baju aku sudah cukup labuh.

Dia waktu muda dulu pun merempit dengan bapa ku tidak memakai tudung juga jadi kenapa dia mahu pertikai anak dia? Kenapa dia suka hancurkan hari orang lain?

Aku ingat lagi adik aku pernah bagi tau aku dia pernah berkelakuan buruk ketika adik aku bawak kawan lelaki dia ke rumah sebagai kawan.

Dia berlunjur kaki ketika tetamu datang. Dia juga mengata adik aku ketika adik aku bawa teman lelaki yang bukan beragama Islam.

Ketika itu adik aku berumur lingkungan awal 20-an. Tak terfikir logic kah takkan adik aku nak berkahwin umur sebegitu mestilah mereka hanya berkawan sahaja.

Mak aku juga ketika ku kecil selalu memaki kami adik beradik jika kami lewat tidur, tidak buat kerja rumah.

Mak aku juga pernah menghalau aku keluar dari rumah tidak berbaju ketika aku berumur 15 tahun menuduhku mencuri wang yang disoroknya.

Aku benci mak aku. Mulut dia jahat dan selalu berlakon di depan orang. Dasar hipokrit.

Dia juga pernah melemparkan adik aku dari katil ke lantai sehingga patah gigi depan adik aku hanya kerana adik aku ponteng sekolah.

Dia juga pernah menghunus parang ke leher adik aku mahu membunuhnya kerana adik aku mencuri.

Aku juga pernah ditumbuk adik aku di mata kiri selepas dituduh mencuri wang adik aku sebanyak RM300 & mak aku langsung tak back up aku.

Aku bersumpah demi Allah aku tidak ambil wang itu.

Aku keluar dari rumah di depan mak aku dan mak aku langsung tak tengok keadaan mata aku yang lebam sebelah kiri akibat ditumbuk adik sendiri.

Hanya Ayah aku sahaja yang menjemput aku dari rumah kawan ku selepas itu. Itu pun telefon aku dirampas.

Dan semenjak itu aku tidak lagi bergantung wang daripada mereka kerana aku tidak mau mereka ada hak ke atas barang & wang aku lagi.

Mak aku juga bodoh. Dia pernah bercerita dia pernah menjerit memberitahu orang kampung ada pasangan berduaan di dalam hutan & justru memalukan mereka berdua di mata orang kampung.

Mak aku juga pernah membaling kucing dari tingkat 1 di depan mata aku sendiri hanya kerana kucing berak di dalam rumah.

Mak aku juga pernah memberitahu dia tidak akan memberi hadiah kepada orang lain kononnya dengan memberi hadiah untuk orang suka kepadanya.

Baginya dia hanya mahu jadi diri sendiri & tidak hipokrit.

Kalau lah dia tahu kalau dia buat baik dengan anak anak pun tak jadi psycho.

Kalau dia bercakap lemah lembut tak cari salah anak, anak pun tak memberontak. Tapi aku tahu apa? Aku kan tak ada anak lagi.

Sebelum ni mak aku pernah menaikkan suara bercakap menengking nengking kepada ku mengatakan adik ku psycho dihasut hantu.

Aku tahu apa yang terjadi & dialami adik aku. Aku hunus pisau kepadanya mengugut mak aku. Mak aku jadi baik sikit selepas itu.

Sekarang mak aku dah tak psycho tapi dia selalu tegur pakaian aku. Aku benci suara dia & aku harap dia mati supaya aku tidak sakit hati lagi.

– Ina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *