Maahad Tahfiz Bukan Tempat Buangan

Assalamualaikum. Ini bukan confession saya, tapi saya rasa ianya sangat bagus untuk dikongsi bersama.

Semenjak dua kita dengar tentang isu-isu berkaitan dengan pelajar Maahad/ Maahad Tahfiz ataupun pelajar-pelajar agama. Jadi saya sebagai salah seorang Ex-Maahad, saya rasa terpanggil untuk kongsikan tulisan yang saya baca di FB.

Aku dengan isteri tak pernah kenal langsung pun. Kami cuma ada 1 mutual friend sahaja. Kami buat keputusan untuk bertunang tanpa pernah berjumpa. Masa tu aku bekerja dekat Johor dan dia pulak sedang belajar dekat UK.

Proses merisik berjalan tanpa dia. Sebab masa tu dia tengah sibuk nak final exam. Masa merisik ni Mak dia cakap, “Puteri ni sekolah Maahad Tahfiz sejak dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Lepas SPM terus masuk KMB lepas tu fly ke UK. Jadi Puteri ni tak biasa dengan dunia luar sangat. Fahmi faham-faham la ye”.

Masa tu aku konfius, apa maksud yang nk disampaikan sebenarnya. Yang aku tahu orang Kelantan ni kalau bercakap memang berlapik & beralapis. Dia punya lapisan tu boleh mengalahkan 7 lapisan langit & 7 lapisan bumi. Jauh beza dengan aku ni orang Melaka. Orang Melaka straight forward. Kalau tak suka terus cakap, “Hawau kau!”

Tapi masa tu aku senyap & angguk je la. Pura-pura faham.

First time jumpa beberapa minggu sebelum bertunang. Tu pon dekat KPJ Perdana, dia admit masuk wad sebab demam panas. Lepas tu mak dia suruh aku duduk dan bermalam dekat Sri Makmur Homestay Tanah Merah tu.

Ingatkan boleh la jumpa dia lama sikit, tapi tidak. Homestay banglo 2 tingkat, aku duduk sorang. Memang tak tido mana pun malam tu. Homestay tu ok je, tapi kalau dah duduk sorang, dengar bunyi angin menderu pon dah bayangkan hantu pontianak

Ada sekali tu, datang dekat Kelantan sebab ada majlis dekat rumah dia. Masa ni masih lagi dalam tempoh bertunang. Lepas selesai majlis tu rehat-rehat dekat rumah dia. Masuk waktu Maghrib tu, masing-masing (adik-beradik & sedara-mara) semua yang ada siap-siap nak solat. Aku pon standby la nak solat jemaah sekali time tu.

Sekali ntah sape tolak aku jadi imam untuk solat. Ah sudah! Aku dah cuak waktu tu. Time tu aku teringat yang Mak dia ada sebut yang dia ni sekolah Maahad Tahfiz. Tak kan nak baca 3 Qul pulak. Malu bohhh! Paling standard pon mesti kene surah Kahfi, paling pendek pon surah Al-Mulk.

Frankly speak, tu adalah solat Maghrib yang paling lama pernah aku buat.. Rukun fe’li, rukun qauli, tertib & tartil semua markah 10/10. Rasa ikhlas takyah cerita, memang kelaut bohhh.

Sampailah majlis pernikahan & perkahwinan selesai. Masa tu aku igt lagi kami (aku, isteri & Mertua) on the way ke KB. Machang-KB lebih kurang 45 minit. So waktu tu aku tanya dengan Ma, apa yang Ma maksudkan masa Ma masa cakap dengan saya waktu merisik dulu? Ma pon jawab,

“Kak ni dari dulu lagi, lepas UPSR Ma memang nak masukkan kak ke Maahd Tahfiz. Walaupun waktu tu keputusan kak layak untuk masuk sekolah asrama penuh. Lepas PMR pon Ma suruh kak kekal sekolah Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah tu walaupun kak layak untuk masuk sekolah MRSM pilihan. Sebabnya, Ma nak sahut cabaran Almarhum Tok Guru supaya Sains & Agama seiringan.

Ma nak sahut cabaran Tok Guru dan nak buktikan yang pelajar tahfiz ni bukan lekeh selebeh gitu. Ma taknak orang pandang Maahad Tahfiz ni sebgai sekolah yang takde kelas. Takde standard. Mak nak buktikan orang yang selalu cakap kalau masukkan anak dekat Maahad Tahfiz ni nanti tak boleh berjaya, hidup lepas SPM nanti nak makan ape, nak kerja ape. Asal Maahad Tahfiz ja takde masa hadapan.

Kak dulu ngaji masa tingkatan 4 kena habiskan SMU (Sijil Menengah Ugama). Pahtu kene habiskan 30 juzu’ Quran. Tingkatan 5 baru start akademik. Tapi Alhamdulillah, buah fikiran Tok Guru memang kita tak terjangka. Besar hikmah Tok Guru dalam mengasaskan Maahad Tahfiz dekat Klate ni.

Asalnya, orang nak bagi nama Maahad Sains Tahfiz, tapi Tok Guru tokse. Tok Guru nak nama Maahad Tahfiz Sains. Tok Guru nak Tahfiz dekat depan, lepas tu baru Sains. Pahtu masa kak dekat KMB & UK pon boleh kira sendiri berapa ramai lepasan Maahad Tahfiz ni. Kiro sebenarnya ma nak Fahmi pehe la pelajar tahfiz ni lagu mano demo ni”.

Masa tu baru aku paham sepenuhnya.

Sebab tu aku katakan, Maahd Tahfiz ni bukan tempat BUANGAN!

Bila anak cemerlang, berebut masuk ke MRSM, SBPI, SBP, Kolej dan sekolah-sekolah ternama. Tapi bila anak bermasalah, di letakkan ke Maahad Tahfiz. Serahkan sepenuhnya kepada para asatizah untuk membimbing anak untuk jadi lebih baik.

Kalau sama-sama membimbing masih lagi boleh diterima, tapi ada yang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Maahad Tahfiz. Yuran Maahad Tahfiz nak mintak diskaun pulak tu! Berharap agar keluar dari Maahad Tahfiz nanti anak akan jd spt “Malaikat”.

Ni la realiti yang berlaku. Bukan kisah dongeng. Cubah tanya dengan para asatizah Maahad Tahfiz, akan ada keluar cerita sebegini.

Tapi, mulianya hati para asatizah Maahad Tahfiz ni. Walaupun begitu, mereka tetap terima “anak buangan” ini dan diberi didikan agama dengan penuh keikhlasan. Mereka langsung tak menganggap mereka ni sebagai “anak buangan”.

Berapa sangat je gaji para asatizah ni kalau nak dibandingkan dengan bebanan mereka dalam membentuk sahsiah pelajar Maahad Tahfiz agar bersandarkan Quran & Sunnah. Mereka memandang semua yang masuk ke dalam Maahad Tahfiz sebagai pelajar-pelajar yang akan mereka bimbing dan bentuk menjadi generasi Muslim yang cemerlang.

Realiti yang berlaku, “anak buangan” ni ada antaranya yang menjadi punca berlakunya masalah dalam Maahad Tahfiz. Seterusnya mencemarkan bi’ah soleh yang telah dibina oleh para asatizah. Akhirnya menjadi masalah dan memberi kesan buruk pada mata masyarakat umum yang tidak memahami keadaan sebenar.

Akhir sekali, Maahad Tahfiz yang dipersalahkan. Maahad Tahfiz yang dipandang jelek. Para asatizah menerima tempias buruk. Maahd Tahfiz mesti di tutup!

Kesian para asatizah, hendak dibuang sayang. Keluarga sendiri dh tak mampu membimbing atau tidak mahu menerima lagi anak mereka. Akhirnya para asatizah tersepit. Kalau dibiarkan, akan menjadi lebih parah lagi.

Semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua.

Alhamdulillah, pelajar Maahad Tahfiz mampu berjaya dan berdaya saing dengan pelajar lepasan sekolah asrama penuh yang lain. Berkhidmat di luar negara dan bekerja dlm Oxford Deanary adalah bukti bahawa pelajar Maahad Tahfiz bukannya selekeh & selebeh. Agama & Sains tu seiringan.

Al-fatihah buat Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Murabbi Ummah sepanjang zaman. Asbab buah fikirannya yang memberi manfaat kepada semua. Moga kebaikan amal jariah Tok Guru, Allah SWT letakkannya bersama para Nabi & Rasul dalam syurga. Aamiin..

– Ainul Mardhiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *