Untuk part I, (https://iiumc.com/macammana-kau-hidup-dengan-200/).
Sebenarnya aku pun tak sangka akan ada Part 2. Sebab terjumpa komen satu kakak ni.
Dia kata kalau ikutkan baki 200 memang tak cukup untuk Zah hidup. Tapi mesti dia ada amalan apa2 sebab tu dia sentiasa cukup.
So aku terus direct tanya Zah, apa amalan dia..
Zah berdalih cakap mana ada apa2. Amalan2 biasa ja..
Macam tu la dia. Sentiasa humble..
Tapi sebenarnya aku dah lama perasan satu benda ni, cuma tak pernah tanya ja..
Zah sentiasa ada pegang satu benda kat tangan. Setiap masa benda tu ada kat jari dia dan dia macam tekan2.
Tapi dia pegang pun sembunyi2, so aku tak dapat teka tu apa.
Lagipun sebelum ni aku tak pernah tanya tu apa sebab aku ingat tu alat untuk release stress. Yang macam stress ball tu. Kan orang selalu picit2.
Tapi dah rapat2 ni aku tanya direct tu apa.. Dia kata tu cincin zikir digital..
Aku first time tengok benda tu. Canggih dan cantik. Warna favourite dia merah.. Siap ada arah kiblat.
Sebelum ni selalu jumpa yang biasa kedai 2 ringgit punya. Dia kata yang ni dia beli kat shopee. Mahal sikit.
So apa lagi, aku tanya la apa yang awak zikir.
Aku tak tahu la korang nak percaya ke tak. Sebab aku dengar pun rasa macam unbelievable.
Setiap masa dia berzikir sampai dia tidur.
Tapi dia kata amalan dia masih tak cukup, masih banyak target dia yang tak dapat capai.
Tapi yang bezanya, dia zikir tak harapkan apa2 ganjaran pun. Dia kata dah terbiasa berzikir..
So habis satu, dia tambah yang lain.
Ada zikir yang dia tak pernah ambik tahu apa ganjaran dia pun. Dia rasa suka dia baca. Style dia memang macam tu.
So ni antara amalan dia. Lepas subuh, masih dalam telekung dan sejadah, dia akan baca ya latif, 129 kali..
Lepas tu ayat pertama surah al fath 9 kali. (inna fatah nalaka fatham mubina)
Lepas tu dia baca zikir ni, (la ilaha illa wahdahu la syarikala, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wa huwa ala kulli syai in qadir), 10 kali.
Lepas tu dia kata kadang dia sambung tidur, kalau baju kerja dah iron. Kalau tak iron dia siap2 untuk pi kerja. Tak jadi tidur.
Zah kata dia sangat suka tidur. Aku tak tahu betul ke tak. Dia kata malam pukul 11 dia tidur dah. Bangun pukul 6. Kalau hari cuti dia memang bantai tidur sampai 10 lebih.
Lepas tu setiap hari dia akan pastikan dia selawat 1000 kali dan iktifar 1000 kali. Zikir2 lain tu 100 kali ja. Sebab tak mampu nak buat lebih katanya.
Aku tanya tak rasa susah ke. Dia kata awal2 dulu susah. Tak mampu pun nak habiskan 100 pun..
Lama2 semua benda habis cepat.. So dia mampu tambah lain2 pulak.
Dia pun tak tahu macam mana boleh habis cepat, sedar2 zikir dia akan vibrate bila dah 1000 kali.
Dia akan start zikir masa bawak motor.. Dia kata 20 minit nak sampai office tu, dia akan habiskan 4 jenis zikir. Ni 4 jenis tu :
1) Alhamdulillah (100 kali)
2) Lailahaillallah (100 kali)
3) Doa Nabi Musa, rabbi inni lima anzalta ilayya min khoirin fakir) (100 kali)
4) Zikir, subhanallah wabihamdihi subhanallah al azim astaghfirullah (100 kali)
Sampai office dia akan selawat 1000 kali. Lepas tu iktifar 1000 kali..
Dia kata selawat dalam setengah jam buat non stop boleh habis. Kalau kat ofis kadang sambung2 dalam 40 minit macam tu la. Depends pada kerja yang ada.
Awal2 dulu memang lambat capai target dia kata.
Tapi sekarang, kiranya dalam sejam boleh settle 2 benda tu..
Sebab yang zikir digital tu sampai 1000 kali count. Dia boleh simpan sampai mana kita zikir.
Settle yang tu dia baca surah al ikhlas 100 kali,al fatihah 100 kali. Zikir, la haula wa la ku watta illa billa aliyum azim, 100 kali.
Zikir Nabi Musa, lailahailla anta subhanaka inni kuntum minazzalimin, 100 kali.
Zikir2 pendek macam hasbunallah wanikmal wakil, 100 kali.
Lagi apa eh dia cakap. Lupa dah aku. Adeh.. Ada lagi 2 3 zikir pendek.
Yang ni dia akan baca masa bawak motor balik kerja pulak. Tapi aku dah tak ingat la apa zikir tu…
Oh lepas tu bismillah 100 kali. Lepas tu ayat kursi 170 kali.. Dia kata yang ni dia buat last sekali. Sebab ayat dia panjang.
Dia kata jarang sangat dapat habis 170 kali. Tapi kalau travel naik keta jauh2 memang dapat la 170 kali. Sebab focus kat situ ja.
Zah memang sentiasa dengan cincin zikir dia la.. Aku tak sangka dia mampu buat semua tu..
Sebab aku belum cuba pun dah rasa penat dan tak mampu.. Padahal sembang berjam2 tak penat pulak. Huhu..
Aku belajar dari Zah, tak de benda yang mampu halang kita dari ingat Allah. Zah suruh aku buat yang ringkas2 dulu. Asalkan istiqamah dia kata.
Dia dalam pada dalam meeting ke, bersembang ke memang dia sentiasa tekan2 benda tu.
Focus dia tak lari pun walaupun sambil2 buat benda lain.
Aku makin respect la kat Zah. Kalau aku laki mesti aku ajak Zah kahwin.
Dia pun cantik dan bergaya walaupun kulit gelap sikit. Tapi dia baik sangat. Aku selesa dengan dia.
Lagi satu, Zah ni orang yang hargai masa. Dia datang kerja pukul 9 balik pukul 5.. Lunch dia 1 sampai 2 tak pernah terlebih masa walau sesaat.
Aku masuk kerja lewat 10 15 minit pun tak rasa bersalah.. Mentang2 office tak de punch card.
Lagi satu, Zah jenis orang yang sentiasa menunggu solat. Tak pernah solat tunggu dia. Ni aku perhati sendiri ye.
Waktu lunch dia akan pergi siap2 wuduk dan tunggu masuk waktu. Sementara tu dia zikir apa tak tahu la.
Lepas solat dia makan lunch. Dia kan bawak bekal, lepas tu pukul 2 dia sambung kerja.
Kalau pergi lunch luar atau kena tapau pun sama la. Pukul 2 dia dah kat meja dia.
Kalau solat asar, habis kerja pukul 5, dia pergi solat baru balik. Kalau aku balik dulu solat kat rumah. Tu pun kadang dekat pukul 7 baru solat asar. Huhu. Malunya rasa.
Aku masih ingat ustaz aku pernah cakap, orang yang solat awal waktu, masa dia sentiasa rasa cukup sebab diberkati.
Patutlah masa Zah sentiasa rasa cukup. Kerja2 dia pun sentiasa settle on time.
Tak macam aku terkejar2. Ada ja apa2 rasa tak cukup masa. Lepas tu sambung esok, dah 1 hal tiba2 kerja jadi bertimbun.
Kalau kami pergi lunch dengan dia, kami mesti masuk tepat pukul 2. Kalau tak dia dah macam gelisah ja asyik ajak balik.
Tak sempat nak cuci2 mata kat watson kalau lunch dengan dia. Rasa terkejar2 sebab dia nak cepat balik office. Takut terlewat katanya.
Banyak kali dia akan naik motor sendiri ja kalau lunch dengan kami. Sebab dia nak balik awal. Kalau kongsi keta dengan kami jadi lambat katanya.
Lagipun kami kan lengai. Kadang rasa lewat 10 minit tak de apa. Tapi bagi Zah benda tu salah..
Kami kalau dengan dia terus rasa insaf setiap masa. Kalau order makan, dia lepas order terus pergi solat zohor kat surau mall.
Tapi kami sambung membawang sementara tunggu order sampai. Padahal boleh pergi solat macam dia kan.
Tapi kami balik office baru solat. Kadang dekat pukul 3 baru kami zohor. Kadang tu dah nak hampir2 asar kononnya nak sekali dengan asar. Langsung tak rasa bersalah kat Allah.
Zah hari2 lepas solat maghrib, sementara tunggu isyak. Dia akan baca surah al waqiah, al mulk dan surah as sajadah. Lepas tu satu page surah lain. Lepas tu dia terus solat isyak. Ni memang dia tak tinggal.
Lepas tu dia akan main mobile legend. Dia ada hobi main game jugak.. Tapi dia main pun sambil zikir.
Sebab hari tu aku saja tidur rumah dia sehari. So aku perhati sambil main dia ada tekan zikir tu.
Tapi dia kata dia bukan la baik sangat. Dia pun ada banyak kelemahan dan hobi2 merapu. Tapi di mata aku dia memang baik.
Tau tak baru ni Zah cakap. Dia nak reloan rumah dia sebab dia nak beli satu rumah flat ni cash.
Dia dah survey2 dah. Dah bincang dan lock harga dengan owner dah.
Aku tanya kenapa awak tak buat dua loan ja. Kan lagi jimat.
Dia kata dia tak suka ada loan lebih dari dua, takut tak boleh pusing. Tambah2 loan rumah kan panjang. Kedepan kita bukan tahu nak jadi apa.
Lagipun dia dah plan rumah kedua nak beli cash supaya tak de hutang. Dia dah plan semua dah.
Dia kata nanti nak tanya bank sebab value rumah dia sekarang dekat 150k tanpa ambik kira yang dia dah renovate tu.
Sebab rumah dia memang cantik. Dia ada renovate sikit2. Dia nak reloan dalam 70k ja kalau lepas la. Sebab rumah flat tu dalam 70 ke 80 macam tu la katanya.
Kalau reloan mungkin boleh kurang tempoh hutang. Tapi dia tak pasti lagi boleh ke tak sebab tahun ni dia baru 5 tahun loan. Refinance pun ada syarat dia dia kata.
Kalau tak, dia nak reloan kereta dia kalau bank ada bagi interest murah.
Tapi semua tu dalam perancangan dia ja la. Sebab kereta dia axia bukan boleh dapat banyak.
Zah kata rumah flat tu nanti dia nak bagi sewa 500. Area tu sewa ja 6 7 ratus. Tapi Zah nak bagi 500 ja.
Sekarang penyewa ada, bayar sewa 600. Tapi Zah nak kurangkan 100 nanti.. Baik kan dia.
Dia kira2 sendiri, rumah sekarang kan dia kena bayar 350 ja.. Tapi dia kan bayar 900 kat bank, so pokok dia dah kurang banyak dah.
Kalau dia tambah loan lagi 70k pun masih mampu bayar dalam rate 900. So kalau rumah kedua beli cash, dapat extra 500 sebab bagi sewa..
Dia akan guna duit sewa tu untuk bayar bank. Jadinya dia akan bayar 1400 kat bank supaya lagi cepat dia settle hutang.
Tapi dia kata ni plan dia ja. Sebab dia belum tanya kat bank. Untuk urusan duit lawyer semua dia akan guna duit kwsp. Dia tak suka tambah dalam loan sebab nanti bayar lebih kat bank.
Aku memang tergamam dengar plan Zah… Zah kata dia bukan pandai macam kami ada degree bagai nak apply kerja baru atau boleh dapat naik pangkat.
Gaji dia pun dah lama tak naik. Gaji 1800 tu ibarat macam gaji mati dah untuk dia. So dia kena fikir cara untuk majukan diri dia.
Kalau nak mintak kerja tempat baru pun starting tak mungkin akan dapat macam sekarang, tambahan dengan faktor usia lagi.
So dia ada cara macam ni ja untuk tambah pendapatan dalam masa yang sama kurangkan hutang..
Zah sebenarnya baik dengan family dia. Hari2 mak dia akan call sembang macam kawan.. Dia rajin belikan barang dari shopee untuk mak dia.
Mungkin benda2 macam ni jugak Zah nampak bahagia dengan hidup dia dan semua jalan dia nampak mudah.
Zah kata rumah kedua tu dia tetap akan beli walaupun tak dapat refinance loan dia. Sebab walaupun gaji dia kecik, tapi dia lepas loan sebab komitmen dia kecik.
Zah kata kalau ada baki duit sewa rumah baru, boleh makan mewah sikit kalau tak lepas dengan gaji. Lepas tu boleh bantu2 family sikit.
Zah suka habiskan duit dengan makan dan travel sebab dia kata tu kebahgian dia.
Aku sejak kawan dengan Zah memang banyak dah aku belajar untuk urus diri.
Kakak aku dengar pasal Zah, ada mintak Zah bagi cadangan macam mana nak settle hutang2 dia yang belambak tu.
Kakak aku gaji 3600, hutang kereta 2 biji, rumah 1500, personal loan dan lain2 lagi. Kakak aku dah rasa sesak dah sekarang ni.
Zah ada bagi cadangan. Memang berkesan untuk kakak aku.. Tapi next time aku tulis la. Sebab ni pun dah karang banyak.
Lagi satu nak tungu Zah punya refinanced loan tu berjaya ke tak. So boleh tulis sekali dia punya kos semua berapa in details.
Sebab sekarang Zah belum cerita detail lagi.Dia kata kena ambik kira interest, kos bayar valuer. Nak tengok apa yang dia jimat..
Hari ni last friday 2023, Zah belanja kami makan nasi beriyani untuk 7 orang weh..
Dia kata bulan lepas gaji ada lebih sikit tambah dengan e-madani 100 tu Zah belanja kami makan weh.. Terharunya rasa.
Orang rajin sedekah sentiasa Allah cukupkan.. Tak rasa pulak dia nak simpan untuk diri dia ke atau beli apa2 untuk dia. Masih jugak kongsi makan dengan kami.
Tau tak, kan dia simpan setiap bulan 150 kat tabung haji. Duit tu dah ada dekat 16k weh.
Sebab dia kata dari gaji 900 dia menyimpan. Roughly, aku bajet dalam 7 8 tahun dah dia menyimpan kan.
Tapi dia tak nak usik duit tu sbab dia nak pergi haji.. Berkat dia punya usaha dan niat untuk buat haji, aku doakan Zah dapat tunaikan rukun islam ke 5 tak lama lagi, aamiin..
– Amy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit