Mak & Abah Semakin Tua

Assalamualaikum, terima kasih pada admin jika confession ini di publish. Terlalu banyak dalam fikiran saya yang saya nak luahkan. Tak tahu nak start dari mana, harap maaf kalau penceritaan terlalu meleret2.

Cerita ini butirannya diolah sedikit agar dapat menyembunyikan identiti saya sekiranya yang membaca ini mengenali saya.

Pertama sekali, saya adalah perempuan, anak sulung daripada 7 adik beradik. Mak dan abah bercerai ketika saya berumur 12 tahun. Adik beradik seibu sebapa 3 orang termasuk saya. Abah berkahwin lain kira2 2 tahun selepas bercerai dengan ibu. Adik beradik sebapa lain ibu ada 4 orang.

Kesemuaaaaaa adik beradik saya masih bersekolah, yang kedua, selepas saya akan menduduki SPM. Adik2 lain terutama yang dari perkahwinan baru abah masih sangat kecil, tadika dan sebagainya. Manakala saya, berumur 20 an dan baru sahaja menamatkan pengajian.

Kami keluarga sederhana sahaja, mak dan abah sama umur (sebaya) iaitu 50 tahun manakala abah dan ibu tiri jarak umur dalam 9 atau 10 tahun macamtu.

Ceritanya bermula kira2 dua bulan yang lalu. Selepas tamat pengajian, abah minta saya tolong beliau dengan perniagaan kecil2an selepas beliau kehilangan pekerjaan akibat covid-19.

Sejak cerai, saya selalu juga back and forth rumah abah dan mak (saya tinggal dengan mak, mak tidak berkahwin sampai sekarang) maknanya, sekali sekala datang rumah abah time cuti atau bila2 masa dirasakan sesuai.

Rumah abah dan mak dalam satu negeri jadi tidak berapa jauh. Pendek cerita selepas tamat pengajian, saya tidak ada mencari pekerjaan di luar.

Saya ni boleh dikatakan kesayangan mak dan abah sebab saya sulung dan satu2nya perempuan. Mak dan abah sangat menjaga saya. Saya dibesarkan dengan, tidak keluar rumah selalu, tidak bergaul dengan masyarakat, mak dan abah amat menekankan pelajaran.

Dari kecil mak dan abah hanya suruh saya belajar belajar belajar. Jadi hidup saya belajarrrrr saja takda lain. Mak dan abah juga sangat kuat bekerja, terutama mak lebih2 lagi selepas bercerai.

Saya selalu tinggal di rumah sendirian waktu zaman sekolah (adik2 sekolah di kampung dsb atas beberapa sebab). Pendek cerita, dari kecil sampai sekarang, hidup saya hanya belajarrrrrr, tidak bergaul dengan masyarakat, mak tidak galakkan saya untuk selalu keluar rumah.

Saya pula memang dari kecil ikut saja cakap, lurus bendul (sekarang dah tak lurus sangat). Boleh katakan apa sahaja yang mak abah kata saya mmng ikut bulat2, okay sahaja hidup saya pun alhamdulillah la kan bila kita ikut cakap orang tua ni Allah permudahkan.

Jadi dari perkembangan saya dari kecil, saya boleh rumuskan yang saya sangat introvert, antisocial, depressed,

(Saya developed depression dari kecil, tapi saya biar saja, nak cerita bab depression ni panjang lebar la pula tapi mostly sebab saya selalu bersendirian) dan paling penting, dalam tumbesaran saya, saya jadi selfish dan tiada empathy.

Tiada empathy tu tidaklah saya langsung tiada perasaan tu, kadang2 tu ada rasa empathy terhadap orang lain,

Cuma untuk rasa empathy tu sangat sukar kerana saya tak membesar dengan berinteraksi dengan masyarakat, selalu alone, tiada soft skills yang bagus jadi tak ‘built in’ empathy tu dalam diri saya.

Berbalik kepada main point mak dan abah semakin tua (maaf meleret), sejak dua bulan lalu, saya perasan mak dan abah dah mula sakit2.

Abah tiba2 allergic itu ini, sakit badan sana sini, Mak pula asalnya salah makan, sampai sekarang sakit2 badan tak selesa sana sini, tak boleh makan itu ini, tak bermaya, kesihatan mak dan abah on off saya perhatikan sejak 2 bulan lalu.

Padahal mak dan abah jarang sakit2 yang melarat2 ni, kalau sakit 2-3 hari dah okay macam biasa tapi kalini tak. Mak sampai warded lama dan ambil cuti lama padahal mak sangat2 jarang cuti sepanjang bertahun2 kerja.

Pada masa yang sama, saya yang baru menamatkan pengajian, saya nak mula bina hidup saya, sambung belajar lagi, cari pekerjaan, beli kereta rumah dan sebagainya macam orang lain juga.

Mak dan abah, saya tak kata mereka control saya, saya pun tak pasti, mereka sangat risaukan saya (sayang sangat), mereka tak kasi saya buat itu ini.

Saya nak beli kereta (secondhand) untuk memudahkan saya bergerak kesana sini, mereka tak bagi. Sampai bila saya nak harapkan mereka kan. Lagi2 saya sulung, kenalah ada achievement bagi contoh pada adik2.

Tapi mak kata takpa, duduk dengan mak saja, kalau pasal kenderaan, nanti sambung belajar lagi dudk kampus saja, tak perlu beli kereta. In short, boleh nampak macam mak abah tak ready nak lepaskan saya lagi.

Banyak benda tak boleh, saya jadi tak pandai banyak benda untuk hidup independent di luar yang mana mereka sebaya saya dah pandai macam2 pasal hidup.

Maaf meleret lagi, jadi dari situ saya seolah2 blur, in dilemma, hidup saya macam tersekat, saya tak tahu apa saya perlu buat.

Keadaan saya sekarang hanya pandai belajar (soft skills saya sangat terhad), dudk rumah sahaja sekarang sebab mak nak saya sentiasa ada di samping dia temankan dia sebab dia tak berapa sihat.

Mak taknak lepaskan saya, mak tak kasi saya kemana2 termsuk tak kasi saya ke rumah abah. Kalau dulu saya memang ikut cakap tapi, sejak dah semakin dewasa jiwa saya mula memberontak. Saya jadi panic risau saya tak pandai apapa selain belajar, itupun belajar theory semua hmmm.

Umur macam saya patut dah slow2 step into the real world, belajar banyak benda tapi saya tersekat. Saya memberontak, saya nak freedom!

Saya nak buat apa yang saya nak, saya nak build hidup saya tanpa ada yang menghalang, tapi dengan keadaan kesihatan mak abah tak tentu ni, sanggup ke saya tunjukkan yang saya memberontak ni?

Jahat ke saya? Hidup saya macamana? Sekarang ni saya rasa nak keluar rumah, nak larikan diri sekejap dari family sebab lagi saya duduk dengan mereka saya rasa lagi banyak dosa saya buat.

Kita kalau ikut cakap ibubapa mmg Allah suka dan permudahkan segala urusan sebab redha ibubapa tu penting, cumanya dalam keadaan saya ni, apa patut saya buat? Kalau saya nak buat keputusan untuk hidup saya tapi against parent, salah ke? berdosa ke?

Berbalik kepada empathy, kan mak minta saya teman dia sebab dia tak berapa sihat jadi, sebagai anak biasalah kan anak ni kena jaga mak sakit macam tolong apa apa yang patutlah kan. Tapi tidak bagi saya.

(Part ni sangat stressful) Saya takda empathy, saya taktau macamana nak jaga orang sakit, saya literally langsung tak buat apa yang sepatutnya seorang anak buat waktu mak sakit.

Antara yang saya buat waktu mak sakit, tolong hantar barang2 ke hospital waktu mak warded haritu (pelawat tak dibenarkan waktu covid) jadi saya tak stay di ward jaga mak ke apa, kalau katakan pelawat dibenarkan pun saya pasti blur dan taktau nak buat apa.

Saya takda empathy, taktau nak jaga orang sakit. Tolong mak sikitttttt2 saja, time mak panggil minta tolong urut, saya urut tapi saya tak pandai, jadi macam tak berapa berkesan urutan nya tu, sekejap saja dan itu pun beberapa kali saja,

HANYA waktu mak panggil minta tolong, saya akan cuba tolong selain dari tu saya hanya mampu lihat dan pendam perasaan melihat mak tahan sakit, saya selalu nangis sendirian sebab rasa macam saya tak berguna sebagai anak. Saya jadi blur taktau nak buat apa, saya takda empathy.

Kalau macam masak ke apapa time sakit2 la mak buat sendiri semua, mak takda minta saya tolong ke apa tapi mak selalu cakap terima kasih saya ada dengan dia waktu sakit, mak lega Allah kurniakan saya sebagai anak dia katanya, padahal saya tak buat apa apa pun.

Ya Allah saya mmng taktahu kenapa diri saya, badan saya, tubuh saya macamni. Saya tak boleh nak tolong, saya tak reti.

Jauh di sudut hati saya, saya amat risau dengan keadaan mak dan abah terutama mak sebab currently keadaan mak yang macam merosot sangat CUMANYA saya mmng tak retiiii, taktau nak buat macamana haihhhh.

Kadang saya persoalkan diri saya, adakah saya anak yang baik? Saya dah cuba sedaya upaya tapi nampaknya semua tak kena, kalau orang luar tengok confirm saya kena cop anak derhaka tak pandai jaga mak abah dan sebagainya.

Yelah dahla umur macamni pun mak abah tanggung makan pakai semua, mak abah sakit pun orang akan nampak macam saya takda common sense.

Orang yang tak tahu keadaan sebenar diri saya pasti akan cakap perkara2 sebegitu padahal the truth is, saya sendiri tak pandai uruskan diri sendiri, saya sendiri ada conflict besar dengan diri sendiri (plus depression yang still ongoing dalam diri saya).

Saya taktahu nak buat apa, saya taktahu nak mula dari mana, saya taktahu taktahu taktahuuuu. Saya dilemma, saya stuck.

Harap yang membaca ni semua akan faham dengan cerita saya dan faham keadaan saya. Jangan la kita jadi masyarakat yang judgemental, kritik orang yang kita taktahu keadaan sebenar diri dia.

Cerita saya ni macam pelik kan, macam “eh takkan benda simple macam tu pun tak reti? takkan nak kena ajar, kan dah besar bukan budak lagi” Anda dibesarkan elok, anda tak dibesarkan dalam cara saya dibesarkan.

Cara saya dibesarkan, membuatkan saya tiada empathy tak pandai banyak benda, berperang dengan diri sendiri waktu dewasa ini. Tempoh tumbesaran kanak2 tu sangat penting ya, kesannya waktu besar, saya pasti semua pun tahu. SAYA TIDAK MENYALAHKAN MAK ABAH SAYA.

Anda yang membaca jangan ingat saya salahkan orangtua sendiri, sebaliknya saya luah disini untuk minta tolong, minta pendapat dan nasihat apa perlu saya buat, macamana, apa, dimana dan semuaaa lah yang patut saya lakukan.

Saya mengharapkan dapat banyak komen2 membantu agar saya dapat take my first step to survive my life for my future. Harap dapat komen2 membina, memahami dan membantu saya keluar dari dilemma ini agar saya tak stuck berpanjangan.

Minta maaf salah silap sepanjang penulisan dan terima kasih banyak2 sudi baca dan komen. TERIMA KASIH.

– Girl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *