Makin Kaya Makin Kedekut

Aku nak complain la… aku tk puashati dgn org yg dh kaya ni… makin kaya makin kedekut dan berkira.. apa salahnya bagi aku upah, bayar aku sepatutnya?

They hire me to look after their kids… mereka ni husband and wife berkerja gaji besar2, ada rumah sewa dua tiga… aku tk berkira tapi aku charge sepatutnya.. tk mahal sekadar market price… kadang tu mereka tawar menawar lagi, mintak aku reduce rate sampai kalau boleh free lah senang… kalau boleh nk aku buat anak2 mereka mcm my godchildren… kalau dh godchildren tk kan nk berkira kan…? gaji aku 1 hari cuma 1 jam gaji mereka… mcm tu punya murah tau!

Yang aku pelik bila mereka tengok aku tukar kereta baru, mereka dh mula rasa cemburu dan mula malas nk hantar anak mereka, walau tetap bayar tapi dah tk hantar sekerap dulu… Dulu masa anak mereka baby, toddler tengah lasak dan penat nk jaga, mereka tetap hantar walau cuti .. tapi mengomel kena bayar … kadang tu mereka ambik cuti sembunyi2 nk manjakan diri then hantar anak2 dorang kat rumah aku.. aku sebenarnya tk hardup duit sgt sbb aku dh senang, walau tk kaya tapi cukup makan… mereka ingat sbb mereka kaya raya, bayar gaji aku sbb tu aku mampu beli kereta baru… padahal aku pandai jimat cermat dan aku suka bersedekah tk kira apa status org tu, kaya atau miskin semua aku beri dgn ikhlas… aku tk cemburu apa yg mereka ada dan masa mereka berada diatas, tapi kenapa mereka pulak yg sakit hati tgk aku dh senang sekarang?

Kawan2 dan family aku yg kaya pun sama, just take advantage of me.. mereka tgk aku senang so ingat tk perlulah bagi aku duit, tolong aku bayar itu ini.. semua kalau boleh nk free… Walau aku tk kaya mcm mereka aku sendiri belikan anak2 aku buku sekolah baru2 semua… lepas tu aku bagi jer mereka buku2 tu percuma… aku tahu mereka kemudian jual balik pada org lain mana buku yg mereka tk perlu… kadang aku masakkan utk mereka, beri lauk pauk.. mereka bawak bekal guna lauk pauk aku, dh tu tunjukkan kat rakan pejabat mereka konon mereka rajin masak walau ada anak kecik.. aku dpt tahu bila Hari Raya kawan2 mereka puji2 mereka rajin… haiii mana tk nya, anak2 mereka letak kat rumah aku… boleh lah kan senang2 nk buat itu ini… aku pulak sibuk tk cukup tangan kelam kabut masak…. Mana nk jaga anak2 dorang yg tengah lasak… aku tk kisah semua tu cuma aku hairan, kenapa mereka mcm tamak perhatian dan pujian dan takut kalau org lain lebih dari mereka…?

Bila aku beli rumah besar pun mereka dh lain mcm… tgk aku cuma jaga anak2 mereka tapi mampu beli rumah besar… mereka dh tu mula lah berkira2 dgn aku… walhal mereka lagi kaya ada rumah sewa byk, apa lagi yg mereka tk cukup?

Kalau beli barang, mereka suka bargain… lepas tu cakap besar konon mereka pandai tawar menawar dgn harga yg rendah.. show off konon mereka ada ramai kawan jadi ramai yg bagi free, tolong mereka buat itu ini, bagi itu ini free, bla bla bla…. Dh tu show off dgn kekayaan yg mereka miliki…. Meluat lah perangai mcmni… pergunakan org utk kumpul kekayaan sendiri, at the expense of others… pijak org lain utk naik ke atas… aku tk respect manusia mcm ni….

Sedekah tu bukan saja utk org miskin tapi berikan juga pada mereka yg berhak .. janganlah berkira konon org tu ada duit, tgk dia senang dia tk perlu dibayar… ingat dia tk perlu duit ke? Ingat duit tu jatuh dari langit jer ke? Walau aku hanya bergantung pada gaji suami, rezeki yg Allah bagi tapi Alhamdulillah rezeki berkat, anak2 baik dan berjaya… keberkatan tu dtg dari pelbagai sudut… kalau mereka cuba nk sekat rezeki aku, aku yakin ada rezeki lain yg Allah dh sediakan utk aku sekeluarga… Cuma aku kesian tengok perangai org2 sekarang ni.. makin kaya makin kedekut… org biasa2 ni pulak yg bantu mereka jadi bertambah kaya….

– Mima

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *