Malas Kerja

Nama aku Ally. Berumur awal 30 an. Dah kahwin beberapa tahun masih mentah lagi perkahwinan. Alhamdulillah, anak dikurniakan sepasang sudah. Sekarang otw anak unplanned due awal tahun depan.

Cerita dia kat sini. Aku stress. Tapi taktahu nak luah dekat siapa. Aku nak minta tips kot kot ada sesiapa pernah alami masalah seperti aku.

Kenal suami di syarikat bekerja yang sama dulu. Alhamdulillah masa kenal dia tu, rajin orangnya. Kuat bersukan. Kerja elok. Peribadi elok. Solat memang tiptop. Tidak merokok. Soft spoken.

Rupa sangat elok. Memang jadi idaman para gadis dan lelaki kurang lurus. Datang dari fmily agak bagus, keluarga mereka besar dan rapat2 semua. Kesayangan mak ayah kakak adik dia.

Aku pula biasa saja, memang rupa dahla biasa, datang pula dari family broken. Jadinya aku punya skill hidup berkeluarga besar teruk. Tak pandai nak beramah dengan saudara mara suami walaupun hakikatnya kalau bukan dengan keluarga dia, aku sangat ramah.

Guard tak dikenali ke aunty mana mana ke semua aku tegur and bersembang, cuma bab family ni aku tak biasa sebab family aku jenis dari atuk nenek lagi dah broken. Aku jadi penyegan dan banyak diam kalau balik kampung dia.

Aku memang jenis kalau marah, kuat lah marah tu tapi cepat sejuk juga. Husband pula jenis penyabar. Dia take things slow and relaks je.

Dia penyayang sangat dekat anak2. Jaga anak elok je, lepas gaduh few times memang dia lah yang tolong mandikan anak, kadang2 masak untuk anak, basuh berak anak. Bawak anak berjalan main dekat luar.

Kalau balik kampung, semua kerja rumah dia buat untuk tolong parent dah tua. Peribadi dia pun baik sangat. Selalu husnudzon senang cite memang orang baik. Nampak macam okay je kan story kitorang.

Kami kenal few months. Dalam tahun sama terus kahwin. Tak sempat nak kenal setahun pun. Sepanjang berkawan aku memang jenis bukan “paw” duit lelaki. Kalau kami keluar, semua bayar sendiri2 atau tong2.

Aku tak suka susahkan orang, memang karakter aku begitu sebab sejak usia 13 lepas mak ayah pisah aku kerja partime untuk tanggung yuran sekolah, belanja makan aku, masuk universiti pun pergi sendiri, kerja partime lagi setiap weekend untuk tanggung hidup sendiri.

Sebab macam aku cakap family aku orang susah dan mak ayah aku rasa mungkin aku ni boleh berdikari sendiri jadi hidup aku dibiar sorang sejak form 1. So far so good life lepas kahwin. Sampaila aku pregnant anak pertama.

Aku perasan walaupun dia berduit, dia memang hanya bayar sewa rumah je. Api air aku bayar sebab dulu aku fikir takpela tong tong. Kami kerja bidang profesional ya.

Awal awal kahwin memang barang dapur dia beli, tapi kalau aku tak remind untuk beli dia akan buat buat lupa beli dan end aku yang beli semua barang dapur sebab aku tak berkira dulu. Fikir sama sama nak makan kan?

Aku tak pernah amik tahu gaji dia, bonus dia ke or kalau parent dia bagi belanja tu aku memang tak amik tahu. Tapi aku dah start kurang selesa bilamana pampers dan susu anak pun dia tak beli sampaila budak tu dah setahun lebih. Baju anak lagila jangan cerita semuanya aku je.

Sebabkan aku ni jenis tak mintak. Aku rasa lagi rancak dia lupa untuk beli barang2 anak. Barang2 aku lagila aku tak pernah minta apa apa pun untuk dia beli sebab aku fikir aku pun kerja takpela beli sendiri je. Malas susahkan dia kan.

Tapi lama lama aku rasa sikap aku ni buat dia naik lemak. Dahlah masa aku pantang anak pertama, zaman pkp dulu. Bayangkan lepas sakit beranak pertama kali. Lepas kena jahit hidup2 tu aku manala nak tahu lepas beranak tak cukup tidur kan.

Kat hospital, nurse tak tolong urus baby, anak pertama aku. Aku sendiri bangun dan urus semua pasal baby berak cuci baby, nangis nak susu. Masatu susu pun aku takde. Jadi baby asyik nangis kat ward aku berjaga malam pujuk and cuba susukan.

Lepas keluar ward, balik je rumah kami, penuh family dia dalam rumah aku. Aku dengan penat and barai tu nak kena layan tetamu. Makcik pakcik anak sedara sepupu sepapat dia semua ada melawat. Siap amik baby aku usia shari dua tu cium2 pipi, lukis kening pakai celak.

Aku nak menangis dah tapi dia langsung tak defend aku and paksa aku masuk bilik terus dengan bby dekat luar. Takde siapa heran wellbeing aku. After 2 weeks beranak, jahitan aku koyak balik smua sebab asyik mengensot bangun malam nak amik susukan anak.

Dia decide lepas jahit semula, hantar aku pantang dekat kampung dia. Sorang2 jela aku dekat sana sebab dia kena kerja kat sini. Aku segan nak susahkan family mentua aku. Jadinya aku buat semua sendiri, anak pulak high demand setiap malam taknak tidur menangis.

Aku handle sorang2 berminggu2 tidur 2 jam, kadang kadang tak tidur. Siang dapat tidurkan anak, jiran jiran kampung dia pulak datang melawat kejutkan baby. Kadang aku tengah susukan anak dalam bilik tiba tiba datang makcik2 mana tah tengok aku susukan anak.

Stress aku macam badan aku ni takde aib ke. Kalau aku cerita kat dia, dia suruh sabar je. Sampaila aku start dgr suara2 bisik suruh aku hempas baby kat lantai and aku mengamuk macam orang gila kat dia baru dia balik kg amik aku. Dia suka tidur je time aku bangun malam susukan anak. Memang tak tolong la.

Tapi macam aku cakap, dia ni baik. Pujaan family dia. Pujaan family aku juga. sebab dia kan softspoken. Rupa helok. Nampak lemah lembut. So kalau aku cerita dekat orang pun mesti orang suruh aku yang sabar and fikir aku overreact.

Okay ni cerita anak kedua pulak. Sepanjang pregnant dia tak prepare apa apa barang anak. Aku paksa la camne pun. Dia akan cakap nanti nanti nanti dan sampai kesudah tak beli pape untuk anak. End up aku beli jugak.

Oh ye dua dua anak aku hire CL 2 minggu, aku yang bayar. Tapi kes ni paling aku sakit hati sebab lepas beranak anak aku fresh lagi.

Nak dischaj hospital tu, dia tanya aku ada duit tak nak bayar bil hospital yang RM300 tu. Aku pass jela dompet aku sebab tengah sakit malas fikir apa. Macam biasa, teruskan life aku pantang sndiri kalini taknak balik kampung dia. Aku dengan CL je. Sakit ngandung aku, sakit beranak aku, bayar beranak aku, pantang pun duit aku.

Aku taktahu mana pergi duit dia. Rumah kami sewa murah gila bawah 500. Dia bayar yuran sekolah anak tong2 dengan aku tapi tupun aku dah downgrade kan hantar ke pengasuh tong2 sorang 400. Komitmen kereta motor takde semua habis bayar. Wifi dia bayar tp 100+ je. Makanan aku banyak support.

Kalau keluar berjalan memang 100% duit aku. Nak kata ada bini lain, takde pulak sentiasa dengan kami. Coway ke apa langsung takde. Kalau makan kat mall tu memang duit aku. Kalau time raya pun, baju raya aku and anak anak skli dia, duit aku juga.

Tapi yang aku sedar lepas kawen, dia ni boros bab barang gaming dia la. Or gadget ke. Or barang2 sukan dia tapi sekarang takdela sukan mana pun. Naik badan dah. Jadi beli pun terbiar gitu je. Saving pun dia takde weh. Asb semua tutup akaun dah.

Bayangkan baruni tv rumah kami rosak. Water dispenser aku pun rosak. At the same time PC gaming dia ada problem rosak jugak. Dia lebih prefer repair beratus2 kos PC dia dari anta tv pergi repair tau. Kadang aku wfh sambil jaga anak, jenuh jaga anak rancak kacau mak dia kerja sebab takde tv untuk dorg tengok.

Kalau ada tv tu kadang bolehla aku amik nafas sikit. Ni dia pentingkan diri dia dari wife or anak2. Tapi memang selalu nya camtu pun sampai aku dah tak heran. Kalau raya pun memang tiap tahun seminggu dekat kampung dia dri puasa lagi, sampai tang family aku. Jumpa pun tak sempat dalam bulan raya haha sedihkan.

Kemuncak stress aku, bila aku pregnant lagi tanpa rancang anak ketiga ni. Jangan salah faham bukan aku tak syukur dapat anak, aku happy. Tapi masa aku dapat tahu aku pregnant tu dia outstation luar negara 2 minggu.

Dulu kami kerja company sama lain dept and dekat dengan rumah. Tapi sekarang masing2 dah kerja tempat lain. Aku ni hybrid kerja sambil jaga anak dua orang dekat rumah sendiri. Masa kena masuk ofis, aku ulang alik kl- rumah jarak 30km hadap jem naik motor je. sebab nak jimat. Motor duit aku sendiri juga tau haha.

Dia pulak kerja company lain yang jauh dari rumah dalam 60km pergi sahaja. Naik motor juga kadang2 je drive. kadang kadang if wfh anak aku tak hantar pengasuh sebab aku takdan nak rushing siap semua anak2 pagi2 kerja aku ni awal dri common timing.

Dia pulak memang kena kelur rumah awal pagi sebab jarak ofis dia jauh. Balik dah senja atau malam. Anak memang aku urus la dari pagi sampai ke malam. Dia balik cepat2 aku pass anak kat dia sebab aku penat wfh smbil urus anak tp kadang kadang aku faham dia penat, aku takde la bagi anak kacau dia.

Masa dapat tahu pregnant lagi tu aku nangis la. Tak ready weh. Bukan je badan tak ready, mental tak ready. Aku dahla tengah aim nak climb ladder dekat company baru. Dapat offer iv untuk naik pangkat lagi. Masa aku inform dia aku pregnant eh kemain dia happy sampai ngis2. Aku tak happy.

Aku memang sakit hati. Sebab dia ni kondom pun tak pernah beli sepanjang kawen aku yang beli kondom tu. Ntahla macamana dah rancang elok pun tetap pregnant. Aku anggap Allah nak bagi, jadi nya kita plan pun tetap lah Allah isikan. InshaAllah ada hikmahnya. Amik masa berbulan untuk aku reda.

Tapi yang aku sakit hati, sebenarnya setiap bulan laki aku ni akan amik MC or EL. memang dari company lama lagi. Padahal dia tak sakit. Dia bagi alasan sakit itula sakit inilah.

Benda ni dari seminggu sekali dia buat, jadi habit dah. Kat company lama tu bosses pun kenal aku, aku jadi malu sebab suka petik nama aku sakit la untuk dia justify tindakan dia ponteng kerja tu.

Kat company sekarang lagi rancak dia tak pergi kerja sebab aku fikir dia penat kot. Kan jauh. Tu la dulu aku dah nasihat kerja jauh ni tak berbaloi dengan offer yang dia dapat. Dia taknak dgr nasihat aku. Padahal aku dah buat kira2. Tapi sebab fikir mental health dia aku diam jela.

Sekarang anak ketiga, dia tak pergi kerja sebulan terus. Gaji takde kena potong. sebab semua MC, AL dia dah habis sebab perangai suka malas pergi kerja ni dari tahun 2023. Aku yang sarat ngandung ni dari dulu sampai sekarang elok je ulang alik hadap jem kl tu pergi kerja.

Dia sakit kepala sikit terus mc. Bangun tidur letih sikit terus MC. Anak badan dedau sikit terus EL. Alasan dia penatlah. Itula inilah. Kalau aku atau anak tak sihat, memang jackpot la kat dia bagi alasan anak or wife tak sihat padahal bukan dia yang jaga aku pun.

Perangai taknak gi kerja dia ulang2 hari hari dahni. Stress aku tengok. Kami pernah pi berubat darussyifa check kot kot orang buat ke apa ke, elok je dia ustaz cakap takde apa. Aku yang histeria adalah. Pergi hospital pula, siap full medical checukup. Sakit sikit terus pergi hospital check sampai ke mri apa semua elok je jugak. Jadi dia sakit apa ni??

Aku suruh dia cek psikiatri dia taknak pulak. Kot lah depress ke apa ke kan? Kalau sampai mood dia malas pergi kerja tu, bukan kerja je malas. Hal rumah pun dia malas. Urus anak dia malas. Basuh berak anak atau buat susu pun dia tak nak buat. Rumah aku yang kemas hari hari tau.

Nak harap dia kemas memang tak bersih la. Masak pun aku. Jaga anak pun aku. Kerja pun aku. Hantar dan amik anak kat pengasuh pun aku. Dia kalau datang mood malas. Dia makan tidur makan tidur and main game pc je manjang.

Malam malam tidur 4-5 pagi sebab busy tengok reels youtube. Dia tak aktif socmed.. adalah juga kadang aku intai kot sebenarnya dia chat orang lain tapi so far memang takde. Lifestyle dia yang pemalas ni kot yang buat dia laju naik badan.

Family dia pulak baik je. Cuma dorang ni memang sayang kan suami aku kan. Kalau suami aku ni nampak stress ke apa ke mulala mak dia pesan kat aku, jgn buat anak dia stres kesian anak dia la apalah

Suami aku tu dulu kuat bersukan. Sekarang naik badan berkilo2. Parent in law aku cakap kat aku, bagila dia bersukan jgn halang dia keluar bersukan la apalah. Dia ngadu apalah agaknya kan kat parent dia. Padahal tiap bulan ada je laki aku balik 12 malam sebab pergi futsal la bola lah, reunion kawan lah.

Kadang dia pergi berfutsal angkut aku and anak2 untuk teman tapi yang letihnya mestilah aku sebab anak aktif berlari sana sini aku jaga sorang. Dia sibuk dengan member.

Eh habis aku ni? Aku pun atlet dulu, lepas kawen melepak dengan kawan tak pernah. Bersukan tak pernah. Habis kerja straight balik rumah. Takde pulak family dia peduli. Aku dah start stress.

Bila aku nak meluah perangai dia malas kerja tu kat kakak ipar aku, kakak ipar cakap orang lain pun ada masalah. Pastu akan balik ke aku konon2 aku punca adik dia malas kerja tu. Terus terbantut aku nak meluah. Nak meluah dkt family aku, dorang pun dah banyak masalah and aku taknak aibkan laki aku.

Kadang aku rasa laki aku takde responsibility, dia macam belum ready nak kawen perangainya. Dah kalau berkahwin, ada anak kecik, memang la susah sikit nak keluar bersukan tu sebab takde orang lain nak jaga anak.

Bukan nya duk dengan family besar. Nak taknak kena la dia juga jaga anak sebab tu anak dia kan? Tapi dia macam anggap lps kawen dengan aku ni la dia susah nak bersukan macam dlu. Sabar jela aku.

Lagi beberapa bulan baby ni nak keluar. Satu sen pun laki aku tak beli barang preparation. Gaji dia kena potong adala tinggal gaji less than 1k gara gara tak masuk kerja langsung.

So memang semua bil aku bayar, makan minum aku support (walaupun dari dlu memang aku), barang bby aku beli, bahkan duit makan minum minyak and tol dia pun aku support untuk paksa dia pergi kerja.

Aku dah taktahan dah. Rasa macam aku lah suami, aku lah isteri. Kalau dia tak pergi kerja tu, dia dok rumah main hp, main pc. Anak pun dia anto pengasuh je jaga, bukannya dia nak jaga kalau time dia malas pergi kerja. Jenuh dah aku nasihat cara baik, pujuk baik2, mengamuk pun ada dah. Tetap sama tak jalan.

Kadang kadang aku rasa tawar hati tapi aku sayang je dia. Ntahla apa aku patut buat sekarang. Kalaulah suatu hari nanti dia memang kena buang kerja sebab attitude dia tu, memang aku la jadi tunggak utama keluar duit kan.

Dia macam selesa je tak gi kerja sebab dia takde duit pun, urusan rumah still jalan bil bil dan makan minum anak still ada orang handle kan?

Aku sebenarnya lepas bersalin anak ketiga ni plan nak resign sekejap and cari kerja lain. sebab kerja aku ni dah tak boleh hybrid tak boleh wfh tahun depan. Kena masuk ofis. Kalau masuk ofis 530 pagi wajib keluar rumah dah untuk elak jem sebab aku masuk kerja pkul 7.

Aku kira kos anta 3 anak ke playschool / pengasuh tu tinggi juga. Tapi laki aku ni cam biasala, takde satu urusan anak or rumah pun dia fikir. Semua benda dia letak atas bahu aku untuk handle sorang. Aku penat la. Logik ke aku penat ke aku ni kuat complaint.

Kadang kadang aku rasa aku pendam benda ni bertahun buat aku jadi menyampah sangat dah dengan dia and family dia. yang betul semua dia, yang buruk semua aku. Kadang aku rasa nak lari, lari dri semua benda ni. sebab aku letih sangat.

Oh last sekali, iv naik pangkat tu. Bos besar aku yang rekemen nama aku untuk position tu sebab dia tengok potential aku,

Tapi offer tu dah kena tarik semula lepas higher management dapat tahu aku pregnant.Sebab position tu kena sentiasa ada kat ofis dan aktif kesana kesini and dorang nak position tu orang fill sekarang, memandangkan aku pregnant dorang tak jadi amik aku and auto kawan aku dapat.

Memang rezeki kawan aku tu. Dia pun layak di mata aku sebab rajin orangnya. Sorryla panjang. Jangan kecam aku please. Mental tengah rapuh huhuhuhu.

– Ally (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Lepas pantang anak ke-3 ni nanti, terus ambil Implanon, RM600+ di klinik swasta, merancang untuk 3 tahun.. jangan selesakan sangat kehidupan suami tu sampai support minyak dan tol pun. Sedangkan tanggungjawab sebagai suami dan ayah banyak culas… Usahakan dengan doa bersungguh2 kepada-Nya tetapi perlu ambil tindakan yang strategik seperti laporkan kepada pejabat agama untuk sesi kaunseling. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…tetapi sanggupkah Ally bertahan seumur hidup dengan keadaan semasa yang berterusan?

  2. suami ada penyakit malas ni, kaki gamer, anak manja pulak, awak jgn manjakan suami, kena bertegas sebelum keadaan parah, adik sepupu sy skrang di hospital ICU, bersalin, tetapi terlalu letih, kurang darah, tak tidur jaga anak, sudahnya dia yg tumbang, terus ICU skrang di hospital, jadi awak kena buat sesuatu sebelum awak yg tumbang, semoga Allah mempermudahkan semua urusan awak dan diberikan jalan keluar yg terbaik

  3. Penyakit ‘malas’ ni, klau dah dtg, mmg susah nk dibendung.. klaw suami tu dah xnak kerja jauh, sruh la dia cari kerja di tempat yg dekat dgn rumah.. macamne pon t/jwb dlam r/tangga msih di bwh suami, kalu isteri nk bantu, terpulanglah.. tp, dia kna rela n redha, dan x bole lah lbh bnyak dr suami tu.. x perlu mngadu dgn family dia, sbb diorang mesti akn ‘sokong’ dia punya alasan n endup awk jugak yg disalahkn.. klaw awk betul syg dia n r/tangga awk, bgilah dia ‘semangat’ utk mencari nafkah yg berkat utk family awk n dia.. ingatkan yg dia punya tangyungan isteri n anak2 yg perlu mkan, pakai n kasih sayang.., mmg “duit bkn segalanya.., tp skrg segala2nya perlukn dt..” nk isi petrol, nk mkn, tempat tinggal dll., semuanya perlukn kos utk byr.., ank2 lg xtau apa2, yg mrk tau, klau lapar, nangis je.. jgn jdikan anak2 mangsa keadaan bapa yg malas.. Allah pon xsuka hamba2-Nya yg mls.. lastly, doakan dia, dgn sungguh2.. wallahu a’lam

  4. Hug for you sis. Mmg malang nasib perempuan dah kawen dpt baby tua mcm suami kau tu. Lepas bersalin nnt prepare duit psg implanon terus. Kalau hospital kerajaan nurse terus akan tanya.

    Mula control expenses hari ni. Kau catu mana yg tak perlu. Beli yg mana perlu je. Masak cukup untuk anak2 dgn kau je. Stop jalan2. Dia mintak duit minyak tol nak keluar kau jwb je tak ada. Setiap kali nak beli susu pempers anak kau mintak. Bunyi je bnyk kali smpai dia fed up. Nak gaduh naik hantu pun jadi lah. Kau mula ajar dia hidup susah mcm mna. Duit yg ada spend untuk baby baru ni. Prepare siap2 brg untuk bantu kau pantang nnt dah tahu lelaki tak membantu pun kan.

    Sewa rumah jgn tolong byr dah. Kau berkeras biar dia byr. At the same time kau spare saving untuk masuk rumah lain. Worse case kalau korg kena halau pun kau ada tempat nak pergi. Laki kau tu confirm balik rumah mak dia.

    Laki kau tu boleh suka2 mls pergi kerja sbb dia tak de rasa komitmen ats kepala dia. Kalau la Allah tunjuk nuhh masalah masing2 yg tgh hadap jem tiap2 hari pergi kerja tu.. bersepah muka terpaksa pergi sbb ada anak bini nak kena tanggung bagi makan. Lelaki kau ni apa lagi yg dia nak? Kerja sedap.. Gaji besar.. dah. Dia tak pernah jatuh lagi tahap paling bwh sbb tu perangai mcm tu.

    Kuat ya mommy. Nak bersalin dah tu tak mau stress2. Kesian dkt baby. If you need to cry.. Just cry Allah dgr. Mommy boleh refer MENTARI if you need mental health check up too. Just Google the nearest your area.

  5. saya yang baca confession puan ni pun penat, apatah puan yang menghadapinya. mungkin boleh slow-slow start bagi tanggungjawab suami kepada suami. seperti beli pampers & susu. saya memang awal-awal time kahwin pesan dkt suami. 3 benda wajib (bagi saya) yg awak kena beli: beras, pampers & susu anak. yang lain, inshaAllah saya tolong sikit-sikit. 3 tu mmg sy tak tolong. semoga puan tabah, ambil sedikit masa untuk rehat, tenang kan diri. apa pun keputusan puan, semoga yang terbaik buat puan dan anak-anak.

  6. Bagi saya, sis ada masalah komunikasi dengan suami. Banyak pendam. Kita selalu fikir suami dapat baca kita. Padahal lelaki bukan macam tu.

    Kemudian, bab duit. Dengan lelaki, bab nafkah jangan sesekali hulur duit kita melainkan lelaki tak mampu sangat2 dah. Mana2 laki kalau kita tak jadikan dia provider disebabkan kita terlalu berdikari dan tak berkira, lama2 suami memang akan naik lemak.

    Takpe sis. Benda dah jadi. Sekarang sis kena fokus cari solusi. Makan hati dengan suami? Buat sesi deep talk dengan suami. Suami tak bagi kerjasama? Bagi kata 2 pada dia. Cakap elok2. Bagitahu secara matang, apa yang sis harap dari dia.
    Tentang padangan org pada dia tu, sis lantakkan aja. Fokus pada diri sis je sekrg ni.
    Prof Muhaya pernah cakap, masalah terbesar kita ni, kita selalu hilang fokus. Terlalu fokus pada masalah. Tapi sebenarnya kena tukar fokus. Cari solusi.

    Bab anak pun sepatutnya kena ada plan. Bincang elok2 dengan suami. Cakap terus terang tak ready nak ada anak. Dah ada 3 anak ni, bagitau terus terang, terlalu penat jaga anak. Jangan pendam. Cakap je
    Takde guna pun pendam2 ni sis. Rugi nya pada kita. Jangan tunggu bila ada konflik baru nak terluah semua benda

    Suami ni ada cara nya kita nak bagi dia faham apa yang kita nak. Bila berterus terang tu, cakap lembut2. Kalau tak jalan cara lembut, baru bertegas

    Semoga dipermudahkan urusan sis. Bangun tahajjud sis. Yakin dengan Allah. Baca kelebihan2, kisah2 org buat tahajjud. Masa buat tahajjud, jangan sesekali minta dunia. Minta akhirat. Inshaa Allah lagi mudah doa makbul

    Cth. Nak rezeki bertambah. Jangan minta Ya Allah, bagi lah aku rezeki yang banyak supaya aku dapat bayar komitmen bulanan

    Tapi tukar
    Ya Allah, bagi lah aku rezeki yang banyak supaya aku dapat bersedekah, bagi keluarga makan supaya dapat pahala (anything yang relate dgn akhirat atau redha Allah)

  7. Suami yg x diberi tanggungjawab yg berat, yg isteri rela hati kongsi2 bayar itu ini, cenderung berlaku curang & abaikan nafkah zahir & batin. Ingat! Naflah batin tu bukan sekadar hubungan kelamin, malah lebih dari menjaga hati & perasaan isteri, jaga masa rehat utk isteri, jaga emosi isteri, beri perhatian pd dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *