Mandi Tak Basah, Tidur Tak Lena, Makan Alhamdulillah Kenyang

Assalammualaikum wahai warga iium sekalian. First of all aku nak ucapkan terima kasih kepada admin jika luahan aku ni disiarkan disini.

Dan aku mintak sangat pandangan, pendapat dan segala macam tips untuk masalah yang aku hadapi sekarang jika masalah ni pernah alami korang. Terutama kepada perempuan.

Aku perkenalkan diri aku, korang boleh panggil aku Cik Moody (semestinya bukan nama sebenar) umur aku 20an dan aku bakal melangsungkan perkahwinan aku lepas raya nanti. InsyaAllah. Guys doakan aku ya.

Masalahnye sekarang aku bukan nak cerita pasal masalah dalam perkahwinan aku ke, masalah hubungan dengan tunang ke ape. Double NO! Aku cuma nak luahkan dekat korang tentang bakal Mak mentua aku.

Aku akan cerita serba sedikit tentang bakal mak mentua aku ni. Bakal mak mentua aku ni memang kuat agama. Solat tak tinggal. Sama macam bakal ayah mentua aku. Kiranya bakal mentua aku datang dari keluarga yang baik2.

Anak perempuan dia pakai tudung labuh, baju ikut syariat agama islam, kalau nak dibandingkan dengan aku?

Aku bukan lah tak tutup aurat, cuma biasalah tudung fesyen zaman sekarang dorang punya style. Belit dekat leher, singkat atas dada. So aku pun sejenis macamtu punya style, alhamdulillah sekarang tudung aku dah labuh dan menutup dada atas nasihat daripada tunang aku sendiri. Syukur!

Berbalik kepada cerita bakal mak mentua aku, tadi dia call mak aku. Aku ingatkan nak bincang pasal majlis perkahwinan kiteorang. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Dia call mak aku nak mintak izin bawak aku pergi rumah dia untuk dia dengar aku mengaji quran depan dia. Yes guys, mengaji!!!

Aku bukan tak tahu langsung baca quran, aku masih boleh baca, masih kenal huruf2 jawi dalam quran cuma bacaan aku tak berapa lancar, kadang2 sangkut dan kadang2 aku kena mengeja. Masyaallah! Inikan pula bakal mak mentua nak dengar aku mengaji. Takut tak terkeluar je suara aku nanti. Hahaha.

Kataya jugak, menantu2 dia sebelum ni (sebelum kahwin dengan anak dia), dia akan panggil datang rumah untuk mengaji dan dia cakap menantu2 dia sebelum ni ada yang boleh mengaji dan ada yang tak boleh mengaji.

Tapi dia bukan reject jadi menantu, cuma apa yang salah dia akan tegur dan dia akan ajar kalau bacaan salah.

Cuma itulah yang jadi masalahnye sekarang, aku takut kalau2 dia random mintak baca surah2 dalam Al-Quran terkial2 aku nak mencari. Kalau dia tunjuk surah tu then aku baca InsyaAllah aku boleh.

Aku nak mintak tips daripada korang yang pernah alami situasi sama macam aku. Ape tips korang ye?

Dan tolong jangan kecam aku. Aku cuma mahu mintak pendapat dan kalau boleh berikan aku secebis dua tips untuk naikkan semula semangat aku. Dan kalau boleh share jugak lah pengalaman korang, aku akan baca.

Terima kasih luangan masa korang membaca luahan hati aku yang gundah gulana ni. Assalammualaikum WBT.

– Cik Moody (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *