Manisnya Hidayah

Assalamualaikum iiumc readers. Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada admin iiumc jika kisah aku disiarkan. Aku nak kongsikan pasal kisah silam aku. Serba sedikit tentang latar belakang aku. Seorang gadis berusia 21 tahun, berasal dari utara tanah air, dan mula merantau ke ibu kota since umur aku 18 tahun.

Dulu, aku sorang gadis liar yang berpakaian sexy. Aku suka sangat pakai pakaian yang menjolok mata sbb ianya dapat tarik perhatian orang lelaki. Walhal aku tahu diorang cuma pandang rendah dkt aku. Tapi semua tu aku tak kisah. Asalkan hati aku puas dapat buat apa yang aku nak. Dulu aku berpegang erat dengan kata-kata “dosa aku bukan kau yang tanggung, kubur masing-masing”. Aku pergi club malam, aku minum arak, aku rasa puas bila buat semua ni. Nasihat abah dan mak pun, aku tak endahkan.

Berkali-kali mak abah mengalirkan air mata mereka kerana aku. Tapi aku tak peduli. Allahuakhbar, betapa kerasnya hati aku dulu. Sungguh berdosanya aku terhadap kedua orang tua aku. Ampunkan aku ya Allah. Btw, aku bukan culture shock. Memang dari aku form 1 lagi aku dah mula liar. Punca nya ? Terpengaruh dengan rakan sebaya. So, kepada mak ayah diluar sana, perhatikanlah gerak geri anak anda. Jangan mementingkan kerjaya melebihi anak-anak. Sebab, tak mustahil anak-anak korang akan jadi macam aku jika dia dibiarkan bersendirian tanpa pengawasan. Dah terlambat untuk korang mula control dia sekiranya dia dah terjebak dengan kawan-kawan di luar sana.

Okay, sambung cerita. Berkali-kali Allah jentik hati aku. Sampailah satu hari, aku terjumpa video ustaz ebit lew. Dalam video dia, dia selalu sebut “Allah uji sebab Allah sayang”. Cara dakwah dia, buat hati aku tersentuh. Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir. Dan aku teringat pasal niat aku yang lama, iaitu menutup aurat dan berubah ke jalan yang di redhai Allah.

Aku dah ada niat, tapi aku masih lagi tak menutup aurat. Masih lagi pakai seksi. Cuma dah tak jejak club malam lagi. Then, lama-kelamaan, aku rasa tak tenang bila keluar pakai pakaian yang menjolok mata. Aku rasa macam aku tak berbaju walaupun aku pakai baju. Aku rasa tak selesa dengan pandangan mata sekeliling. Lama aku tahan dgn perasaan ni. Sampailah satu hari tu, aku dapat gaji, then aku terus pergi mall beli baju lengan panjang yang labuh dan longgar. Aku mula jinakkan diri dengan pakaian sedemikian. Pakaian seksi semua nya aku buang ke dalam tong sampah. Tiada satu pun yang tertinggal.

Tapi, aku masih lagi rasa tak selesa. Aku masih lagi rasa ada benda yang tertinggal. Sampai lah 1/1/19, aku mula berhijab. Ya, aku tekad untuk menutup aurat sepenuhnya. Aku berniat kerana Allah SWT. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku. Tiada sikit pun rasa rimas, sakit kepala dan panas. Dan yang paling penting, aku dah tak jadi pandangan mata orang awam lagi. Aku dapat ketenangan yang aku cari selama ni. Syukur ya Allah. Tak dapat nak gambarkan macam mana rasa ketenangan tersebut. Cuma mampu ucap rasa syukur seribu kali syukur. Kepada gadis di luar sana yang masih lalai, aku doakan agar korang semua cepat sedar. Dunia ini hanya sementara.

Kepada semua readers iiumc, aku minta korang semua doakan aku untuk terus istiqomah dalam mencari jalan yang di redhai Allah. Aku mintak korang doakan aku supaya tak sia-siakan hidayah yang Allah dah berikan kepada aku. Aamiin ya rabb. Aku minta maaf andai ayat aku tunggang langgang. Aku tak pandai karang ayat. Maaf sekali lagi ya. Terima kasih semua. Semoga kamu semua selalu di dalam lindungan Allah SWT.

– S (Pendosa Yang Ingin Ke Syurga)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *